Pages
▼
Tuesday, March 10, 2015
Cik Pia Kesayangan Ramai
Alhamdulillah Afia dapat famili pengasuh yang sangat sayangkan dia. Sebelum ni masa Aiman, aku berdepan pelbagai ragam pengasuh yang semuanya tak bagus untuk tumbesaran. Nak cerita macam hati sakit. Trauma 6 tahun lamanya nak bagi Aiman adik pun. Macam tak berapa kukuh alasan.huhu..
Afia tak pernah langsung buat drama ke rumah pengasuh. Dulu masa newborn ada sekali dua nangis masa hantar. Normal rasanya kalau dah lama tak hantar dia buat peel. Anak-anak pengasuh semua rajin melayan dia. Kalau ditanya mana Kak Yani, mana Kak Syifa, mana Abang Wan and so on dia dah boleh tunjuk dan kenal pasti setiap seorang mengikut nama. Syukur Afia dijaga sebuah famili besar dengan penuh kasih sayang.
Selain famili pengasuh, kalau ke kedai ada saja habuan untuk si bambam. Kadang dapat roti, dapat kek, dapat jajan (yang ni tak berapa digalakkan.huhu). Ni gambar tempohari dapat mainan dan vitagen makcik kedai bagi.
Ibu tengah membeli dikedai sebelah, tok kedai sebelah lagi tolong jagakan siap upah. Kalau nampak ibu bawak Afia mesti tok ambik dukung bawak ke kedai. Kemain dia duduk dikerusi sebelah kaunter. Selalunya tok kedai ni dan kedai sebelah yang dok bagi dia macam-macam. Depa kata geram, Afia comel!
"Aceh.." kata Afia. Semoga murah rezeki makcik-makcik yang dok selalu murahkan rezeki cik pia. Ameen!
Alhamdulillah.. moga terus disayangi ramai dan murah rezeki sampai bila2. InshaaAllah
ReplyDeleteAlhamdulillah.. syukrii pun g kdai salu dpt upah. jajan lah apalah.. lg ade pulak papa angkat. kwn abah dia.. ramai suka dia. muka xmalu la katakan. hahaha
ReplyDeleteaamiin
ReplyDeletealhamdulillah.
afia memang comel sbb tu mnjdi rebutan..
jadi anak yg solehah tau..
syukurlah di kasihi.. mmoga terus dikasihi...
ReplyDeleteMacam Alia jugak si Afia ni Muni. Tiap kali pergi ke pekan kedai Aunty Ann dia mesti dapat habuan.
ReplyDeleteAmin...
ReplyDeleteLega bila anak2 dapat pengasuh yg baik :)
Salam Puan Kutu..murah rezeki Afia yer
ReplyDeleteMmg comel dia !!!!
Aalololooo comelnya..
ReplyDelete#CikCandy singgah follow sini (=
syukur alhamdulillah, aura cik pia mmg bagus, magnet rezeki :)
ReplyDeletetak lama lagi buleh lah cik pia naik pangkat jd 'kakak' insyaAllah #eh tetiba :p
budak yang comek gini, maunya tak ramai yang suka.. ai, untung la cik pia ye, jadi perhatian ramai .....
ReplyDeletewahhh Afia jadi kesayangan ramai...
ReplyDeleteBudak pompuan, dah tu rambut curly curly, mulut becok, pipi bam bam....mmglah org semua geram....
ReplyDeleteUntung cik Pea, asal gi kedai jer kenyang hihi
Alalalalala.comey je fia da bsar. Nmpak sgt lama betul auntie x jenguk fia..insya allah..Semoga slalu disayangi Dan murah rezeki ya
ReplyDeleteUntung PK kalau Cik Pia disayangi ramai. Itulah, saya kalau pilih menantu memang yang terbaik jer. Hahaha....
ReplyDeleteDah pandai cakap terimakasih ya, Cik Pia ni. Dah besar dah. Dulu masa aunty mula-mula datang 'rumah' ni, Cik Pia kecil lagi alahai.
PK, bila kita nak bawa anak-anak pi dating kat Burger King Parit Buntar ni? *_*