Kembali lagi dengan entry selagi tak tutup mata kita makan. Serupa drama bersiri ja kan.haha.. Bukan saja-saja nak tayang menu yang entah apa-apa, cubalah fikir positif mana tau boleh bagi inspirasi pada korang yang tengah memikirkan apa benda nak makan. Resepi yang sempoi-sempoi je. Antara makanan spontan bersama kisahnya tersendiri, layan!
Bila kebulur tahap dewa maggi adalah penyelamat. Pantas dan sedap! Tengah malam senyap-senyap masuk dapur dan bergerak solo mengtekedarah maggi brokoli sosej. Potong sosej pun tak semegah. Berkungfu atas periuk je potong dan terus campak. Kalau jamu orang makan tobat tak senonoh.
Sesekali lunch makan nasi goreng apa salahnya. Nak kata aku malas la tu! hehe..Aiman yang request nasi goreng lada hitam lepas tengok gambar dekat buku resepi ibu. Alang-alang tema lada hitam, aku buat daging blackpeppers. 3 pot nasi clean and clear ditempat kejadian.
Ingat lagi tak betapa kempunannya aku nak makan laksa tempohari? Kali ni pun versi sadis gak tau. En suami menonong je balik rumah lupa belikan aku lada kering. Padan gak la dengan bini beliau ni apa benda dapur dah habis tak pernah alert. Waktu nak masak baru perasan lada kering dah habis. Nak keluar semula dah malas, makanya laksa kali ni guna cili padi saja. Apesal entah dua kali dah buat laksa ada saja halangan menimpa. Tak berjodoh betul kita.
Demam cheese berakhir disini. Saki baki cheese dalam freezer telah selamat menjadi pizza pemanggang ajaib buat kesekian kalinya. Kali ni guna isi ayam hancur dan udang comel-comel taruk serbuk kari sikit. Sedap menjilat kaki kau. 4 bijik licin semasa kejadian, 2 bijik lagi panaskan untuk breakfast esok. Yang dua bijik tu memang berebut la kami makan tiga beranak.hehe..
Bapak besar kepala ikannya. Kari Ikan Semilang tanpa santan versi PK. Aku memang fesyen tak suka masakan lauk berasaskan santan ye, harap maklum tak berapa masuk anak tekak. Kalau kari macam ni makan nasi kuah banjir taruk kicap memang kesukaan aku. Harus di ingat, wajib ada kicap baru layan makan.ngehngeh..
Mabeles semua makanan tu.. adoi. Terus rasa terliur nak makan magee, pizza dan laksa tu.. rajin2..6 biji piza selamat dihadam. Best tu
ReplyDeletewah pesta makanan ke nie...Akak masak kari pn jrg sgt letak sntan...
ReplyDeletemengaku kalah ngan kerajinan PK..
ReplyDeletemengaku kalah ngan kerajinan PK..
ReplyDeleteamboi kemahin menu .. sy pun suka kari tanpa santan .. cicah roti perghh mantap...
ReplyDeletebagus share PK...boleh la kasi kitaorg idea nk masak apa...pening nk fikir bab masak ni...
ReplyDeleteBikin lapor jer...semua sedap2...
ReplyDeletememang jeles ngan kerajinan PK memasak..:)
Kena kali ketiga baru jadi bebetul laksa idaman itu. Tapi guna cili padi pun sedap juga tau. Kalau kakak yg suka pedas ni rasa kakak laksa itu pilihan utama kakak:)
ReplyDeletetokey makan ke? hihi....
ReplyDeletemaaf naa..lama x singgah...ingat cek lagi ka...
tu laksa lemak ya..:)
ReplyDeleteakak pun tak suka guna santan kalau buat gulai...
kalau tak rajin tu masih letak sosej dgn broccoli. Saya ni kalo mkn megi lagi la tak senonoh, megi kosong je. Hahah... Piza tu doh dia buat sendiri ke? Terkesima kejap sbb kagum.
ReplyDeleterajin.. rajinnyer dia memasak... macam2 menunyer..
ReplyDeletex simple sgt maknan ni..
ReplyDeletebnyk acesori tu yg jd sedap
adoi..plg best tgk laksa tue..xde cabai kering pun menjadi..
ReplyDeletesemua yang dishare ni mabeles giler ler
ReplyDeletesemua nampak sedap + memang tabik springlah rajin buat.. yang penting bahan2 cukup kat dapur baru semuanya menjadi kan.. ;)
ReplyDeletesaya sangat terliur melihat gambar2 ni..aduihhh lapor eh..
ReplyDeleteRos pun suka je makannasi goreng lunch. tapi kalau kat tempat kerja memang tak dapatlah makan.. tak de jual. hihihi
ReplyDeletemaggie saya plg suka
ReplyDeleteIni kes menu simple ke apa nih? Hai, PK nampak gaya kena lebih aktiflah saya di dapur bagi menandingi kerajinan dan kemithalian ibu yang di sana nih. Kang tak dapat pulak award isteri/ibu mithali :)
ReplyDeleteSemputnya tgk... Huwaaa... Laparrr
ReplyDeleteLagi semalam okje teringin nak makan pizza ...tengok ni lagilah teringin weyh... Macam teringin pulak nak buat sendiri...macam ajelah tak habis habis hehe...
ReplyDeleteIkan sembilang tu ingatkan masak asam pedas...rupanya kari...Tapi betul PK makan kuah banjir campur kicap mmg pengsan hehe