Pages
▼
Thursday, April 03, 2014
Afia Imanina 11 Bulan
Semalam Afia genap 11 bulan. Ibu tak sempat nak taip tentang perkembangan Afia, so publish entry demam cheese yang dah didraft dulu. Pulak tu Maktok,Wan, Acu dan abang Afi nak datang mana ibu kalut rumah macam tongkang pecah. Tukang kemasnya sorang, tukang kecahnya tu ramai. Dah macam aksi kartun ibu sapu dan mop lantai. Afia menjerit mintak perhatian pun ibu tak peduli.huhu
Afia Imanina 11 bulan makin aktif. Dia punya semangat nak explore sesuatu makin meninggi. Kena sentiasa alert sebab sekarang dia dah mula nak explore pelbagai rasa. Pantang lepa sampah sarap menjadi santapan.kehkeh. Macam ibu mention sebelum ni, Afia kat rumah dah tak pernah tidur buai. Dah macam orang besar golek-golek je tertidur sendiri.
Peribadi masih cool, cuma semakin teserlah sifat garang. Kita marah dia, dia marah kita balik. Dia punya melawan bila kita melarang tu boleh tahan. Pendek kata Afia nampak lebih dominan dari abang Aiman yang lebih lemah lembut sifatnya. Nama pun girl, wajiblah garang ye tak.
Afia dah pandai melambai bila dengar perkataan bye, flying kiss, give me five, main wa wa bulan dan cak cekak udang gamit juga ikut mood. Dia dah tak berapa friendly dan mahal senyuman dengan kebanyakan orang. Memilih orang juga, ada setengah dia tak kisah bila dukung dia. Kalau tak mau kat orang tu siap la aksi berpaling muka sambil bunyi huh dia bagi.
Afia sudah boleh berdiri dengan baik cuma tak konfiden nak melangkah sendiri. Masih meniti bila berpaut pada sesuatu. Yang penting Afia ni jenis berani. Semua benda dia nak pegang untuk berdiri, lasaknya macam boy. Afia belum merangkak. Boleh merangkak tapi malas atau sayang lutut agaknya. Kalau tak, takkan dia boleh duduk dengan sendiri. Gigi sebatang pun masih belum menunjukkan rupa. Lawak bila Afia sengih tanpa gigi. Dah besar tapi gigi takde, macam nenek tua!
Nanti ibu masuk pic Afia 11 bulan, tak sempat nak transfer gambar. Hari ni baru boleh rilex sikit, Insyaallah akan mula BW sampai lebam bila tugas maid dah selesai...:)
dah besar dah dia..suka kan tengok anak membesar depan mata..
ReplyDeletekejap jer dah besar...afia auntie ni tau...
ReplyDeletemesti vomey dia senyum gigi takdek hehe
tak sabo nakk negok dia jalan...
ALahai cik puan kutu..seronok bace perkembangan afia...seronokkan tgk anak punyer perkembangan....lagi2 dah cerdik mcm afia nie....
ReplyDeletebetul tu, umur mcm afia ni laa umur kuat mengexplore..semua bende nak teroka....bende2 kecit atas lantai laju je kutip masuk mulut...mmg kite kene alert selalu...takleh sepah2 hah.....
11 bulan dah meniti2 tu...rasenye tak lame dpt kaki tu ...laju lee berjalan lepas ni ekekekeek
hehehe yg penting membesar dgn sihat kan !
ReplyDeleteDah besar dah puteri PK...anak2 seusia ni nak kene perhatian lebih lagi...usia camni dah nak belajar berdiri sendiri dan berjalan...
ReplyDeleteKene hati2..bucu meja ke...tikar atau lantai licin ke..
Salam ziarah dari bunda...
Hahah... sama plak afia ni dgn Luth. Gigi belum tumbuh. Pandai merangkak tapi tak merangkak. Lasaknya afia. Bagus ni.
ReplyDeleteHaha sesekali kena spot check ....melenting lenting ibu jadi maid yeh Afia..
ReplyDeleteSama je kat rumah ni PK....yg kemasnya sorang...rasa nak pengsan pun ada kekadang
Tulah asyik ke dapur aje, kuak lentang atas katil kan dah bila orang nak datang cam lipas kudung. Habis satu rumah kena mop :) Kata ibu Afia rajin masak, camna anak boleh makan sampah nih? Lenkali kalau dah tahu anak suka memungut, tabur ajelah cheese cake, cheesekut, pizza ke apa atas lantai. Takdalah anak terbiasa makan sampah, PK.
ReplyDeleteAfia tu garang rasanya ikut ibu kot... dah muka pun sebiji cam ibu. Agak-agak kalau dengan saya, dia nak peluk tak? Sure nak kan. Mana boleh anak kita dia nak, anak kita punya emak dia tak nak. Mahu kena siku kang!