Pages
▼
Monday, January 06, 2014
Sibuk Sibuk Sibuk
Usha tajuk la kan. Kepala dah tintong ada hati nak menaip. Rindu ok dah tiga hari tak bebel. Opis aku sekarang tak cukup orang. Ramai yang bercuti menguruskan anak sekolah. Dah la memang ada dua kekosongan yang belum diisi, seorang lagi dari opismate aku dah melepaskan jawatan. Dia dapat masuk polis. Makanya kalau takde budak baru datang, akan ada lagi upcoming OT. Alhamdulillah, tapi penat sikit la nak menguruskan anak-anak yang sedang membesar bagaikan juara. Ayat tu macam ramai je anaknya,haha..
Semput rasa sejak Aiman dah sekolah ni. Mana nak basuh dan iron baju sekolah dia (tak kaya nak beli 5pasang baju), mana nak sediakan sarapan dan bekal lagi. Tu pun sekarang ni cuma sediakan sarapan je, Aiman dah expert membeli dekat kantin. Yang paling memenatkan aku nak kena hantar dan ambik Aiman dari sekolah Agama. Pergi pulak dengan mengangkut sekali Afia. Dua hari ni dok panjat tingkat 3 mengendong bambam untuk urusan pendaftaran dan bayar yuran. Tu belum lagi fikir macam mana nak ambik Aiman dari sekolah kalau aku kerja petang. Serabut kepala otak walhal anak sekolah baru sorang.haha
Sibuk tau kalau aku kerja pagi. Bangun pukul 5 pun dok kalut lagu tu gak la. Nak kena masak bubur Afia. Bubur baby faham je la nak kena masak lama. Perah susu dah la marmet. Asal aku bangun je si bambam pun celik mata. Nak kena masukkan Afia dalam buai, tidurkan dia baru sambung buat kerja. Lately si bambam makin melasak tak kira masa, mata mengantuk tapi susah betul nak tidur. Dah tu asyik merengek sampai tak boleh buat satu kerja. Asal tidur bila terjaga ibu takde kat sebelah mula la melalak. Cengeng tak tentu hala. Ibu yang cool dah semakin tipis sifat sabariahnya.hehe..
Aiman dah tak payah jerit suruh tidur awal, malam ni pukul 8 dah selamat sampai London. Kesian tengok muka dia letih yang amat. Bangun awal pagi, sekolah dari pagi sampai petang masa bila nak rehat. Mengaji malam pun dok miss. Sementara nak biasakan diri camni la. Ibu pun tak terbiasa lagi jadi ibu Supir. Tak hilang lagi semput dua hari ni dok ulang alik hantar ambik Aiman. Esok Selasa en suami cuti lega sikit rasa. Aku tengah fikir macam malas nak balik rumah lunch break esok hari. Nak membuta kat opis melepaskan lelah. Tapi tengok la macam mana. Macam kena balik jugak untuk marmet. Lunch break takde port sesuai la pulak nak memerah.
Aku bukan bebel merungut tau, semuanya ini hanya untuk permata hati aku. kehkeh..Nanti ada masa baru aku BW. Nasib kau la blog kalau aku tak update. Aku nak beradu dah. Esok nak bangun masak awal pagi. Takkan nak biar laki makan luar hari-hari.Daa....
Wahhh... mmg supermom kan!
ReplyDeleteSaya pun bangun awal skrg. Aleesya mmg la bangun menyusu. Kul 5 kena bangun pagi nak pump etc. Pastu aleesya dulu. Baru hantar adam.
Bahagia pulak rasa aimab tidur kul 8. Hihihi
Adam time tu baru nak makan. Balik kerja tempoh jem. Smlm jem teruk. Abangnya sakit perut nak ke tandas. Adiknya nk menyusu. Aishhh... mmg x tenang drive. Hahaha.
Balik ke 6 tahun lepas. Dalam seminggu dua nnti, ok la tu. Gud luck utk kita berdua :p
Mula2 mmg mcm tu la PK.. saya pun mcm tu jugak masa Irfan mula2 masuk sekolah.... siap rasa kagum dgn orang yg anak ramai ni.. mcm mana la mereka adjust masa utk uruskan anak2..
ReplyDeleteInsya Allah, lepas ni Ok la tu :)
Sibuk sungguh muni. Rasa fiza pulak penat baca entri muni yang terpaksa ulang alik ambik aiman. Agaknya begitulah nanti fiza bila Alia dah sekolah. Hurmmm...
ReplyDeleteAlhamdulillah....walaupun penat dan kejar masa, nampak PK berjaya uruskan semuanya.. mmg supermama ni.. untung afia dan aiman ada ibu macam PK.
ReplyDeletePositif selalu pasti kita rasa tenang walaupun penat...
hehehehe bambam dah besar ye... dah comel sekrang.... miss u bambam
ReplyDeletetak pe.. puan kutu kuat..benda enteng je buat semua tu.
ReplyDeletemelekat macam kutu..hi..
Rehat yek dulu...takper nanti dah tak membizi bolehnupdate lelaju...aiman dah pandai membeli dah yek..seronokla dier..tidur awalnyer kul8 dah sampai londao aiman hehe...penat sangat tu...
ReplyDeletealahai...gitu laa besar pengorbanan seorg wanita kan...serba serbi dari celik mate kite kene nak buat.....takpe, mule2 mmg kekok, nanti2 dah lame in sha Allah dah biase dgn urusan rumah...
ReplyDeletelieya pun bangun awal2 tau..nak masak bekal budak2 nie, masak lunch lagi....aduh ketang ketung kat dapur awal2 pagi dah heheehehe....
alah cik puan kutu, lieya tak beli la baju sampai 5 lai tu...beli 2 lai jek, baju tahun lepas elok lagi kite gunapakai lagi hahhahahaha...
Singgah jgk ari ni bila rindu nak BW, apakan daya kudrat masih x daya sgt. buat2 sihat & kuat ajelah kan. TQ ttp sudi singgah blog KA yer!
ReplyDeleteAlahai, nangis-nangis saya baca. Ramainya anak sampai tak cukup 24 sehari hah... :)
ReplyDeletePK, standardlah tu kalau kita semput selalu walaupun anak cuma dua orang aje. Macamana ya mak-mak dulu ada anak 5,10 orang. Rasa sayalah, kalau saya orangnya yang ada anak 10, mahu tertonggeng atas lantai aje. Nak buat macamanakan, katanya nak jadi mak mithali. Kenalah buat semua tu. That's whylah I subcon kat my sis aje mana kerja yang dapat....hahahaha...
mmg kalut nak prepare itu ini kan
ReplyDeleteLetih sangat Aiman tu...pukul lapan dah di London ..hihi
ReplyDeleteItulah kesibukan seorang ibu , isteri dan pekerja..rutin harian yg terpaksa diteruskan ..
assalam PK..masa anak2 kecik memang macam tu..tapi kita tetap rasa seronok menguruskan anak2 walaupun penatkan..kadang2 datang juga..hanginnya
ReplyDeleteassalam PK..masa anak2 kecik memang macam tu..tapi kita tetap rasa seronok menguruskan anak2 walaupun penatkan..kadang2 datang juga..hanginnya
ReplyDeletebgus anak2 bgn sebelum ibu die celik..wah afia tdo dlm buai rupenye..agak2 klu xde buai die xblh tdo kee?
ReplyDeletebaruilah supermak .. nsb baiklah aiman tu senang nak jaga yer.. jenis x merenggek² ke hapa.. pandai jer bwk diri .. cume murni kene bijak bahagikan masa jer.. mcm bubur afia tu .. ape kate cr alernatif yg blhh memudahkan masak dan cpt .. ce google .. ce google kot blh membantu yg penting mkn berkhasiat..
ReplyDeletesy yg baru anak sorg pun dh kelam kabut pagi2 hehehehe inikan pulak kalo dah dua tiga..apa2 pun semogaa cabaran ni lbh kuatkan hati PK dlm memberi yg terbaik pd anak2..
ReplyDeleteAaaaa... mmg tak tentu hala jadinya... saya yang xbekerja ni pun, tintong jdnya sepanjang minggu lepas... jadi supir anak2...
ReplyDeleteMmg le PK.....time sekolah ni mmg emak emak bizi yek.....kalau okje yg tak tahan kena bangun awai! Ngantuk mak tau! Hehe....
ReplyDeletealah biasalah tu...kita bukan mengeluh tapi sharing dgn kengkawan!