Pages
▼
Wednesday, December 25, 2013
Botol Pigeon Peristaltic Plus Untuk Afia
Aku singgah Manjaku lepas menjala di Happy Home hari tu. Nak kejar sangat diskaun 50% untuk botol susu Afia punya lama baru beli botol susu pigeon Peristaltic plus ni. Entah bila la pulak pigeon nak buat diskaun replace botol susu macam tu. Kalau nak tunggu murah berjanggut la kan. Zaman serba serbi mahal ni memang kena bijak berbelanja.
Aku ambik yang 3 month punya sebab botol susu dia baru 8oz, yang besar punya tak layak untuk Afia. Afia sekarang pun sekali hisap paling kuat 3 or 4 aunz. Pengasuh kadang-kadang sekali hisap letak 2 aunz je. Afia hisap memang tak banyak, tapi berulang. Yang ni harganya RM 45.00, lepas diskaun dapat RM 38 something kalau tak salah. Niat hati nak beli yang PPSU tu, bijak berblanja punya pasal aku ambik yang PP ni je. Harga PPSU tu mahal dalam RM20 lebih gak.
Yang penting puting tu je kan. Botol susu jenama segala mak nenek ada kat rumah ni tak terpakai pun. Yang Tommee Tippee aku guna untuk letak air masak Afia buat asah gusi juga. Dia lagi suka minum pakai cawan macam orang besar. Sebelum ni aku guna botol susu Avent tapi puting pigeon peristaltic plus. Kalau ikutkan semua botol wide neck match kot dengan puting pigeon, cuma sestengah mungkin leaking. Botol MAM dua bijik dok buat perhiasan nak gak beli yang Pigeon ori.hehe..
Pada korang yang ada anak masalah keliru puting aku nasihatkan tak payah berhabis duit beli segala macam brand botol susu, buat membazir je macam aku. Kebanyakan baby memang reject terus puting botol, dia bukan kira brand. Paksaan je jalan penyelesaian. Nak paksa kena cekal hati, jangan sampai anak kebulur plak, slow-slow training, jangan paksa teruk sangat. Bagi anak masa untuk belajar benda baru. Afia pun ambik masa 3 bulan juga tau. Sabar dan teruskan berdoa. Aku pegang ayat ni je, bukan senang jadi ibu, sebab tu pahala besar.
pakai MAM.
ReplyDeleteawal dulu pakai pureen pasal beli kat warehousale.. sian dia keras sgt. beli mam dia suka. skrg 4bulan ajar gak lain2.. dia main2 gak sebelum isap..last2 isap jer
Hanya yang terbaik untuk afia :D
ReplyDeletesyukrii sekarang nak botol avent je la pulak.. kalau x tkmau minum botol. huhu
ReplyDeleteCantik botol susu Afia. Hehe... Apa pun jenis botol yg penting anak suka guna.
ReplyDeletesemoga dipermudahkan buat afia
ReplyDeletethanks pk share info. semogabguna utk sy nti.
doakan utk sya ye. tima kasih :-)
Saya mmg pengguna tegar pigeon peristaltic dari zaman Irfan lagi... masa tu RM25++.... zaman Aisyah pula dah naik RM30++.... zaman Danish, RM32++... huwaa, tak sangka dah naik RM45...
ReplyDeleteTiga2 anak serasi dgn botol jenis ni :)
Bagi saya, putingnya lembut berbanding avent.. dan suka sgt btk puting tu :)
Betul...setuju sangat, bujan senang nak jadi ibu.. macam2 kena hadapi dan kena kita buat..semoga anak2 kita bakal jadi insan yang baik dan boleh menggembirakan kita bila dewasa nanti..
ReplyDeleteAda juga botol buat asah gigi ye? Haa.. afia...
payah jugak nak sesuaikan dgn budak nih.. jenuh pecah pala.. hahaha..
ReplyDeleteTgh pening. Awal2 dh bg minum botol, aleesya ok je. Pastu x kasi dah. Ni dh 2 minggu dok bertarung... minggu depan nak kerja dah. Huhuhu
ReplyDeleteYalah PK. Botol susu si Adik pun bersusun buat perhiasan. Kalau dia nak satu, satu botol itu ajelah yg dipulun sampai habis. Tapi maknya ni tak pernah setia pada satu jenama. Itu aje masalahnya.
ReplyDeleteibu selalu fikirkan yang terbaik buat mereka kan..
ReplyDeletesinggah petang nak tgk citer baru afia. hikhik
ReplyDeletemacam jenama kete haha
ReplyDeletedah lama tak membeli bendani tak tauler kan... anak2ni memang kena paksa sikit.. ikut sangat kehendak dia nanti jadi tabiat..
ReplyDeletememang tak mudah jadi ibuni... harap kita mampu jadi yang terbaik...
lain budak..lain taste nye pasal puting susu nih
ReplyDeleteanak kita ni pulak tak mahu berbotol ni, acanerrrr tu?.. hihih
ReplyDeleteBoleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog
wah mahalnya harga botol susu ni yer.. anak saya minum direct, tu yg xtau.. ala2 terkejut..hihii
ReplyDeleteYang sebenarnya dia tak mo susu botol dan puting plastik...dia nak puting kulit haha...betul tu PK kena paksa je!
ReplyDeleteAda berminat tak? Saya nak jual botol susu pigeon sama macam dalam gambar tu.. Dan dua puting saiz L, belom guna lagi. Rm60. Saya beli rm70++ boleh sms 0194744019
ReplyDeleteTumpang iklan.sy ada jual botol pigeon wideneck ppsu.yg 160 ml rm35 n 240ml rm40.blh wassap 01132279853.tq admin
ReplyDelete