Pages

Tuesday, October 29, 2013

Random Pictures Trip Aiman Sekitar Perak



Gambar sekitar Trip Tadika Aiman pada 25.10.2013. 

Sebelum bertolak, berbaris dulu ye anak-anak. Menyengih je Aiman. Yang penting dia paling besar dan tinggi, dalam kelas pun selalu berdiri paling belakang jadi bodyguard. Bas berhenti dekat Hentian Juru untuk breakfast Aiman tak turun pun en suami kata. Dia seronok sangat dengan kawan-kawan dalam bas. Nasib baik ibu ada bekalkan roti.


First place Muzium Perak. Masa aku pergi lama dulu tengah renovation. Kecik je tempatnya, takde apa benda sangat pun. Dalam setengah jam je dekat Muzium terus ke Zoo Taiping. Yang penting senyuman tu sepesen setiap gambar. Bolat je muka Aiman.






Dekat zoo ni satu gambar Aiman naik train. Yang lain semua gambar binatang. Tak kuasa aku nak upload sini. Giraffe tu saja nak habaq antara picture wajib snap kalau kami pi Zoo Taiping.huhu



Lepas Zoo ke Bukit Larut berpiknik dan berkubang. Time ni dekat SP hujan lebat gila. Tak sangka Taiping panas. Kira cuaca betul-betul menyebelahi budak-budak ni. Dalam surat cikgu tak nyatakan akan ke sini, rugi la en suami tak bawak baju mandi. Sampai balik rumah Aiman dok kata "best Aiman mandi pantai ibu, Aiman selam...". Pastu siap request nak pergi sana lagi. Bukan pantai la nak, air terjun! 


Last destination, Pusat Pembuatan Labu Sayung Kuala Kangsar. Tekun Aiman tengok pakcik ni buat. Boleh cuba buat en suami kata tapi beliau malas nak kotorkan tangan. Sempat jugak la Aiman dan abah belikan buah tangan untuk ibu. Semalam dah testing masak kari dalam claypot. Walaupun kari tak berapa umpphhh, sedap en suami kata.


Kebanyakan parents kawan-kawan tadika Aiman mak-mak je ikut. Ada juga beberapa pasangan suami isteri. En suami kata beliau sorang je wakil bapak. Suami soleh habaq hang.haha. Terpaksa rela tu pergi sebab kesiankan Aiman. Sebenanya trip macam ni paling best boleh eratkan siraturrahim. Pergi sendiri-sendiri manakan sama meriahnya kalau ikut rombongan.







15 comments:

  1. waa seronok la aiman dapat jalan2 & mandi manda siap berkubang tu..
    nanti nak pergi jugak la bukit larut ni...

    ReplyDelete
  2. skenye aiman dpt g jalan2 trip yee

    ReplyDelete
  3. Comel2 picture2 Aiman..
    seronok je tgk gaya budak2 ni..:)

    ReplyDelete
  4. Kakak suka tengok gambar anak-anak macam ini. Seronoknya tergambar di muka mereka.

    Aiman memang nampak lebih besar dari kawan-kawan, macam bodyguardlah ye sayang:)

    ReplyDelete
  5. sepesen je gambar dak Aiman tu..
    masa ni lah pun dapat g jenjalan, nanti dah masuk sekolah rendah, ntah ada ntah tidak aktiviti macam ni..

    ReplyDelete
  6. Byk jugak tmpt aiman pergi.

    ReplyDelete
  7. huhuhu

    nak amek gmba ape lg ye tak kat zoo?

    yg penting aiman happy

    :)

    ReplyDelete
  8. Senyum memanjang aje Aiman, mesti seronok. Nasib baik Aiman ada bapa mithali. Yalah maknya kena jaga Afia kan, kalau tak for sure melonjak nak ikut serta :D

    ReplyDelete
  9. Ha kan, dia la paling besar dan tinggi, senang nak kaut leher budak2 lain hhihi. Tu la rombongan beramai2 gini lagi best la kan, budak2 la paling bahagia semua kawan ngan mak pak ada sekali.

    ReplyDelete
  10. syoknya tgk aiman n kawan2 pegi rombongan. mesti dia seronok sgt kan muni... tgk gambar2 dia pun tau dah.

    ReplyDelete
  11. Amboiiii Aiman..Senyum memanjng jer...seronokkan...

    ReplyDelete
  12. hahha mmg suami solehah ni.. oklah tu janji aiman ade jgk yg temankan kan.. kot xde sesape.. dia pun mesti bosan .. semua kwn dtg dgn parents masa rombongan

    ReplyDelete
  13. seronok g rombingan sekolah... dulu sy ada gak tingin tp xdpt izin.. hihii

    ReplyDelete
  14. hehehe anak2 mmg excited g tmpat2 cenggini. Ingat menemankan adik ikut rmbgn skolah ke zoo melaka, dier ckp excited & teruja, mak dier ni je duk semput keliling zoo tu hehehe

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!