Kalau ikutkan, aku memang nak Afia teroka sesuatu kebolehan dia dengan sendirinya. Tapi kan tunggu punya tunggu, dah 4 bulan lebih nak mengiring pun boleh tahan malas. Dalam kereta aktif dah panggung-panggung kepala. Aku dengan Aiman sampai gaduh-gaduh suruh dia betulkan kepala adik dia. Yang Afia tu tak nak kalah, abang betulkan dan-dan tu jugak dia panggung kepala balik. Seriau je aku tengok aksi dia tu.
Perkembangan setiap baby tak sama. Abang Aiman dulu 3 bulan lebih dah meniarap. Afia ni kira lambat la. Tak perlu kot nak bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Selagi Afia tunjuk kebolehan baru, berminat untuk bergerak dan teroka persekitaran dia, tak ada yang perlu aku risaukan. Kepala dah tegak, kaki tangan pun dah kuat, cuma masalahnya badan semangat dia tu mungkin berat dan membataskan pergerakan. Mungkin Afia perlukan si pompom ibu untuk beri galakan pada dia.
So bermulalah latihan meniarap bersama Afia.
Tengah berlatih pun sempat bagi special pose |
Sebelah tangan Afia yang selalu tak lepas |
Mula menunjukkan aksi marah bila tangan tu tak lepas |
Usaha tangga kejayaan |
Angkat kepala cari nafas, |
Ni yang aku jumpa,
Jika bayi tidak berpusing ke kiri dan kanan pada umur 5 bulan, cara nak galakkan PUSING KE KIRI DAN KANAN SERTA MENIARAP ialah :
1. Bengkokkan tangan kanan dan bawa ke kiri
2. Bengkok kaki kanan dan bawa ke kiri
3. Tolak punggung secara perlahan ke kiri sehingga baby meniarap.
4. Ulang aktiviti 1,2,3 untuk sebelah lagi, ulangi sebanyak 3-5 kali sehari
Afia susah nak ikut step ni, dia cuma nak mengiringkan badan tu je malas. Kalau dah mengiring dia sendiri usaha pusing meniarap. Kali pertama latihan dah boleh panggung kepala cari nafas. Bila penat dia berehat seperti aksi gambar pose istimewa. Kawalan tangan dan kepala dah ok. Kiranya time dia meniarap, lama dia dapat bertahan. Abang Aiman je kadang-kadang emo lebih risau betul Afia sakit, sibuk nak terbalikkan adik dia. Konon sayang sangat la kat adik dia tu.haha
betul tu..tak yah nak bandingkan dgn baby lain..setiap baby tu tak sama, ada cepat ada lambat..yg penting kita tahu tahap perkembangan anak2 kita kan..kdg org ni suke sgt bertanya yg buat kite tersinggung..sabo jelah kan.. afia badannya semangat, normallah tu..nt dh selalu latih pasti dia berjaya.. jgn riso..kot afia takmo niarap..nk pandai merangkak terus..sbb ade jgk baby cmtu tau..
ReplyDeletehehehehe akak dulu tak pulak menggalakkan anak2... ok tunggu nanti akak ceritakan perkembangan anak2 akak ni ek... hehehehe terima kasih bagi idea yang bernas untuk n3 hari ini hehehehehe
ReplyDeletesebab pompuan kot slow skit..anak aku 3 bulan lebih ni pon dah meniarap..
ReplyDeleteyang kelakar tu, kejap je dah penat, pastu menjerit la..hahaha
alisha dulu pun lambat jugak.. xyah risau.. alisha dulu lg 2 hari nak 5 bulan baru pandai meniarap.. lps tu dia ambik sekali harung semuanya.. 6 bulan dah pandai merangkak duduk..
ReplyDelete*saya xpasti la kan.. tp org2 tua xbg kita tolong anak2 ni.. bkn apa, katanya takut nanti dah besar asyik nak mintak tolong je... itu org tua2 kata la...
chaiyok baby..u can do it..takpa nnti afia akan meniarap ngan sendiri..tui2..perkembangan baby tak sama:)
ReplyDeletesbb special pose Afia tu la yg slalu datang jenguk2 kat sini..suka sangat ngan si manis ni..:)
ReplyDeleteLupa dah PK....bila sepatutnya baby meniarap maklum le dah lama tak beranak kecik hehe
ReplyDeleteOKje dulu pun tak sabo nak tengok kemajuan anak anak...dari satu bab ke satu bab hehe
org tua tua ckp jgn ditolong...nnt dia mkin malas... tapi kita yg risau tgk tangan dia tak lepas....mia dl 4 bln br meniarap...lepas tu bak kata ina intan berlian tuu...terus je aktiff....sat je dah duduk n bangun berjalan ...
ReplyDeletesyukrii dulu lagi 3ari nak masuk 4bulan meniarap. tp nak boleh merangkak ni sampai la.. xboleh2 lagi.. huhuhu.. tgok jela.. kot2 terus berdiri.. hehe
ReplyDeleteTak lama makin keraplah dia buat. Betul satu-satu anak tak sama. Kalau montel macam Fiya berat bontot hihi... tengoklah dia pun geram bila tangan tak lepas:)
ReplyDeleteAla... tak lama pandailah tu.
Pa'e dulu dlm 4bln juga rasanya br meniarap..tp dia meniarap dgn sendiri nya..chayo..chayoo Afia...
ReplyDeletepenyayangnya abg Aiman..:)
cumil sgt.. geramnya
ReplyDeletecomel nya afia ni...afia bambam ni..tu sbb lambat meniarap...x per...sabar..lain anak lain perkembangannya..biar dia meniarap sendiri
ReplyDeleterindu rasa nak berbaby lagi... bila tengok perkembangan dia dari hari ke sehari... :)
ReplyDeleteaiyooo tgn afia manyak gebusssss!! berlapis2..sedap gigit nih.. :p
ReplyDeletebab ni sy konfius ckit, ada yg kata kena latih anak jgn bg malas, ada yg kata biar bgerak secara smulajadi, jgn paksa anak..
tp kan, my mom dh biasakan dak aisy tido mengiring masa dlm pantang lg, takut kalo tersedak susu. jadinya aisy mmg cepat mengiring n meniarap.
psstt..panggung kepala tu mcm mana kak?
Berat punggung. Tu yg jdk mls tu. Haha...
ReplyDeleteTak ingat pulak bila si Abang ngan Adik start meniarap :D Saya pun tak pernah bandingkan dgn anak org lain. Si kecil tu dah nak masuk 2 tahun tapi berat mulut. Sepatah2 aje perkataan yang keluar dari mulutnya.
ReplyDeletewaa tangan dia berketak gebu lak tu ...geram nengoknyer...
ReplyDeleteHa orang tua2 selalu tak nak kita tolong baby meniarap, nnt sampai ke besar depa kata sikit2 minta tolong hihihi. Ibu pompom la selalu bagi galakan, yang tak leh blah tu abang Aiman kan.. hahah sayang benor dia.
ReplyDeletebukan dgn ank2 org lain saja PK, antara ank2 sndiri pn amat brbeza kecekapan n kebolehan mrk w.pn dr rahim yg sama.....sbb tu kita sbgai ibu bapa xboleh nk banding2kan kebolehan antara ank2 .....semua tu ikut kemampuan ank2....
ReplyDeleteBetul kata muni. Setiap baby tak sama perkembangannya. Fiza yakin... Afia pasti boleh :)
ReplyDeleteAdam dulu lambat juga. Tapi hanif laju!
ReplyDeleteAnak2 mmg x sama. Bukan bandingkan sebab satu lebih hebat dr yg lain. Cuma bandingkan utk suka2. Variety dalam hidup.
tahniah afia!! cepat gak afia nak meniarap dah tu....
ReplyDeletegeram lieya tgk tangan die tu...berketak2 hah....sedap gomol2 ni....
alolo sweet dan gigihnya dia usaha untuk meniarap. bagus2x...
ReplyDeletebetul tu dik..stiap anak berbeza prkmbangannya...
ReplyDeleteAnak akak dulu, benda lain cepat..tapi nak bercakap punya lah lambat..risau kita dibuatnya...
Afia pasti boleh...!!!! gerammm tengok si kecik tu...
alololo geramnye tgk afia bambam.
ReplyDeletetgn pon ketak2 tu ha dah mcm muscle
hehehe
haah kan kak tak perlu nk bnding2kan
anak sndri dgn anak org lain sbb tak sama pkmbgan msg2 ye kak hehe
*blm kawen lg. tak sabor plak nk kawen bile tgk baby2 comel2 mcm afia ni hehe
bg akak yg penting baby sihat. Mcm akak dulu mmg rajin melatih. Tggl berdua je kan d rmh. Dari meniarap, duduk, sampaikan berdiri. Kdg2 rangsangan kita tu boleh bantu mereka.
ReplyDeletePK..lamanya tak kesini..
ReplyDeleteafia gebu gebas la.tengok tangan dia tu aduiiii geram2
anak adk sy pun x pandai meniarap lg dah nak masuk 5 bulan
ReplyDeleteyeay,,
ReplyDeletebambam afia dh meniarap,
boleh pusing2 satu umah pasni yer.
thanks pk berkongsi..
ReplyDeleteanak saya hari tu masuk 4 bulan 3 hari bru nerap.
sebelum tu punyalah, gigih usaha naknkalih badan.x blh mengamuk sensorang.suara tak padan dgn tuan.hahaha
nak dijadikan citer cik abe kesian, terus dia pi tolong. yg saya pulak masa call mk perak terkeluar bab nerap ni.skali pi la citer kat mak perak.gtau cik abe tlg pusing.
mk perak, kata. jgn tlg nanti dh besar dia buat kerja separuh separuh je.nak surih kita tolong.
wallahualam.
baru ni balik kedah cita kat mak kedah pulak.pon sama juga dikatanya..
mmmmm..
Masing2 ada kelebihan sendiri kan akak....hihi
ReplyDeleteAnak saya bambam..skang dah masuk 5 bulan lebih..
ReplyDeleteAritu masa hampir 5 bulan die mula nak meniarap sendiri, tapi dapat2 je meniarap soknya demam. Then stop meniarap..Bila dia berjaga, saya tiarapkan juga sebab nak kuatkan muscles perut dia..dah seminggu lebih die camtu..Malam semalam, dia meniarap sendiri tapi ketika mengigau dalam tido. Siang masih tak nak meniarap sendiri.. Hahahaha..
Saya buat macam dalam list ni, bengkok2 kaki dan tangan, tarik, tolak punggung...hopefully dia boleh meniarap tak lama lagi..