Pages
▼
Thursday, July 04, 2013
Petua Bila Anak Kena Cucuk
Alhamdulillah Afia tak demam. Ibu dia yang terlebih risau badan anak tak panas pun bagi ubat. Padan la Afia muntah pun.huhu. Ada yang beri petua tak nak bagi anak demam bila kena cucuk. Share kat sini sebagai panduan. Mana yang berkenaan boleh la cuba.
Petua 1 dari Mama Qayyum Sumaiyah : Sapu ubat gigi kat tempat cucuk
Petua 2 dari Ummi Syukri : Sapu susu ibu dekat tempat cucuk kemudian balik terus mandikan anak.
Petua 3 dari MIL : Guna bawang besar. Potong sikit dekat atas kemudian sapu bagi getah dia kena dekat tempat cucuk. Sebaiknya segera buat lepas anak kena cucuk. Sila sorok jangan bagi nurse nampak.
Yang dua tu macam senang. Petua MIL cukup berkesan. Aiman dulu kan selalu ditinggalkan dengan maktok. Bila cucuk memang MIL buat petua ni. Aku je tak pernah buat sebab macam lece nak bawak bawang pergi klinik. Lagi pulak sekarang ni lepas cucuk nurse tampal dengan plaster. Kesian pulak bila nak koyak kan sakit. Dah la baru lepas nangis kena cucuk, tambah melalak anak aku nanti.hiks..
Hmmm... nampak mcm no 2 tu la senang dan selamat =)
ReplyDeletetadi tak leh masuk blog ni...dh tengah malam baru leh masuk...alhamdulillah baby x demam...
ReplyDeleteguna bawang?
ReplyDelete1st time dengar...
Kalau ikut nurse memang tempat cucuk tu tak boleh kacau.Disebabkan takut ada effect. Fiza tak letak apa. Alia ok je... Just demam sikit.
ReplyDeletewah byknya petua..nt nk cuba..good sharing.. sy guna bwg jgk tp bwg putih..
ReplyDeleteSaya terus bg ubat demam/tahan sakit mcm doc beritahu. Alhamdulillah tk pernah demam lps kena cucuk. Mungkin sebab jarum kecil di klinik swasta. Kalau jarum besar tu yg sakit sampai demam anak.
ReplyDeletexpernah cuba pun tiga2 petua nie..good sharing nie
ReplyDeleteoo bagus gak ni. sy sll blk trus taruk ais batu jek..2-3jam pastu kemahin aktif si hero ni melasak..uhuhu
ReplyDeleteHehehehe.... petua akak tu memang petua arwah mak semua kami adik.beradik buat.... ingat lagi qayyum masa tu akak pantang diperlis mak siap bawa ubat gigi lepas cucuk dia sapu diluar klinik.... senyum je misi tu
ReplyDeletetak demam oklah tu.. kuat afia ni, amir dulu sapu vicks jer.. ok jugak..
ReplyDeleteohhh.. baru tau petua2 tu semua. k.izan takde buat apa2 pun. biar gitu je.
ReplyDeletepnh buat gak dulu yg sapu bawang tu tp sapu kt umahla
ReplyDelete