Part 1 dekat SINI
Aku turun LR around 4pm. Serius tak ingat bilik no berapa. Tak sempat fikir nak ambik detail pasal ni semua. Masuk je nurse mintak buangkan kain pastu terbalikkan baju hospital, butang ikut belakang. Aku terus baring bersedia dilakukan apa saja. Firstly memang kena seluk la. Baru je kot tadi doktor seluk. Still 3cm.
Baring la kt LR menunggu. Time ni memang tak sakit. Bukan maksud takde kontraksi langsung, bagi aku memang tak sakit la. Rasa sakit perut yang terlalu biasa. Nurse keluar masuk pantau aku. Seorang doktor lelaki melayu pun asyik keluar masuk depan pintu. Mula-mula aku ingat sapa la dia ni, pakai kemeja biasa je takde gaya doktor pun.
Lepas ni aku memang dah lupa pasal jam semua. Aku belasah je cerita. Gila kot nak bawak buku nota catat segala detail dalam keadaan genting macam ni. Tau la blogger.hakhak..Tak lama lepas tu datang seorang nurse pelatih, comel orangnya. Muka banyak senyum. Dia check bp dan ajak sembang. Sebab tak sakit kemain galak aku tanya macam-macam kat adik ni.
Datang pulak seorang doktor melayu perempuan. Nampak macam doktor baru. Tengok gaya lemah lembut. Doktor ni seluk dah 4cm kemudian dia pecahkan air ketuban. Agak terlebih waspada doktor ni buat kerja. Siap cakap saya tak berapa nak cekap, takut kena kepala baby. Dua tiga kali dia buat aku terasa air suam mengalir keluar. Lepas pecahkan air ketuban memang dok menunggu je la jalan buka.
Buka 4cm pun aku masih sakit biasa-biasa. Lama menunggu, doktor yang pecahkan ketuban tadi datang cucuk kat tangan. Aku tanya dekat adik pelatih tu apa benda ni. Dia terangkan depa nak masukkan air dan ubat. Apa yang aku jangka memang sah la. Aku kena induce drip. Nak lari dari induce masuk ubat bawah la konon. Padan muka!
Bila dah start induce, kontraksi pun mula dengan jayanya. Aku yang tadi dok sengih-sengih dah mula rasa sakit yang cukup mencabar. Makin lama makin sakit. Mulut tak berhenti dok baca doa nabi Yunus. Ternyata aku terlalu awal membuat ramalan yang bersalin kali ni tak sakit mana. Nurse datang cucuk kat belakang, katanya ubat tahan sakit. Aku tanya adik pelatih tu "epidural ke?" Dia kata ya. Aku tak request pun depa bagi.
Doktor lelaki melayu tadi pulak datang seluk. Kali ni aku rasa macam dia cukup ganas berbanding doktor-doktor yang sebelumnya. Dah la main seluk je tak say sorry or keluarkan bagai sepatah perkataan. Macam takde etika sikit. Ceh kemain aku komen doktor. Dia robek-robek lagi ada la sakit sikit tapi aku tahan je. Aku agak dengan rasa sakit yang sedang aku alami bukaan mesti around 6cm or 7cm. Yang amat mendukacitakan bukaan still 4cm.
Entah kenapa aku tiba-tiba rasa kecewa yang amat sangat. Ditambah perasaan nak marah doktor ganas yang seluk tadi aku nangis tak henti-henti. Automatik kot sedih gaya macam baru mati laki. Bukan nangis sebab sakit, tapi kecewa kenapa bukaan masih 4cm? Walaupun nangis aku tak berbunyi, mata aku pejam, air mata berderai tak henti-henti.
Staff nurse datang bagi oksigen letak dekat mulut. Katanya oksigen untuk baby. Tak pasti aku apa fungsinya. Adik pelatih dok kata ctg tak cantik. Baby bantai tido lagi dalam keadaan macam ni. Kuat tido sungguh macam ibu dia. Adik pelatih tu dok goyang-goyang perut kejut baby buat derk. Ni la musibahnya time pregnant aku kuat tido. Nak gelak pun ada tapi aku maintain nangis keluar air mata, sedih belum habis.hakhak
Sebab baby dok tido, depa stopkan sekejap ubat drip. Doktor perempuan yang pecahkan ketuban tadi datang. Dia tengok aku nangis dia pegang aku gaya pujuk "eh kenapa ni? tak mau sedih-sedih, kami buat bagi selamat semua, jangan risau.." Gaya ayat dengan kata penuh syahdu dia buatkan aku makin sedih. Bercucuran lagi air mata buat kesekian kalinya. Kali ni lebih hebat. Siap ada sikit effect bunyi sedu sedan.hoho
Lama aku nangis pastu datang balik kekuatan. Awat la aku lembik sangat. Semangat aku yang hilang tadi tiba-tiba datang balik. Adik pelatih tanya "kak nak minum?" Aku memang dahaga, kering gila tekak mulut dok terkumat kamit baca doa dah berapa jam. Tapi aku cakap, "takpe dik, nanti nak terkencing pulak."
Staff nurse tanya adik pelatih dengan perkataan medic apa benda. Rupanya dia suruh keluarkan air kencing. Menyesal tak sudah aku tolak air tadi. Kalau tau depa nak masuk tiup keluarkan air kencing baik aku minum. Ada rasa pedih sikit masa nak masukkan tiup air kencing. Tu dia selambak air kencing adik pelatih keluarkan. Katanya "dah nampak kepala baby dah kak. Tak lama dah ni". Lama tak lama dari pukul 4 sampai pukul 8 dah 4jam kot aku kat LR. Adik pelatih kata bukaan rasanya dah 6-7cm. Kadang-kadang air kencing banyak boleh gak menghalang kepala baby turun.
Sakit memang sakit. Masa bersalinkan Aiman dulu tak sakit macam ni. Adik pelatih bagi gas suruh sedut pun haram tak membantu. Sebab sakit sangat aku sedut je la. Ada rasa mamai sikit-sikit tapi bila kontraksi datang, aku sedut macam mana pun memang tak membantu langsung. Epidural tadi tak cucuk pun takpe kot. Tak membantu jugak. Sakitnya ya Rabbi je tau.
Aku mengiring ke kiri pun tak mengurangkan walau sikit rasa sakit. Adik pelatih tolong urut belakang tak membantu jugak. Dia dok ajak sembang. Dalam keadaan sakit aku layan gak sembang. Sambil tu mulut terkumat kamit lagi baca doa. Makin lama makin sakit. Aku dah tak dapat tahan. Aku dah mengerang kesakitan. Dah cuba tak nak keluarkan suara tapi sakit tak menahan. Dah gaya orang hilang akal sebab sakit sangat.
Nak bagitau betapa sakit, dua perenggan aku ulang pasal sakit.haha.."dah tak tahan nak teran ni.." Adik pelatih suruh kankang, dia check "tapi belum full lagi ni..". Gila la belum full aku sakit nak mampus dah. Yang ni dialog dalam hati je la. Gas dok sedut lagi walau tak membantu. Kan aku kata dah rupa orang hilang akal, benda yang takde fungsi pun aku bantai sedut.
Akhirnya staff nurse yang nak sambut baby datang. Dia ni macam kerek sikit. Tak tau la aku kalau suara dia memang macam tu. "Tak mau sedut dah!" Adik pelatih ambik gas dan bersedia di depan bersama staff nurse tadi. Aku ikut arahan terus kankang, tangan pegang buku lali. Datang je kontraksi aku terus teran. Tarik nafas panjang pastu aku teran lagi.
Masa aku stop sekejap sebelum nak ambik nafas dengar suara stuff nurse macam kerek " teran la!". " Sat la!" aku melawan haha. Yang ok nya staff nurse ni selalu remind aku jangan angkat punggung. Bila dengar arahan dia automatik aku letak bontot. Adik pelatih dok suruh pandang perut aku bantai pejam mata. Janji aku teran dengan jayanya.
Tepat 9.05 malam meluncur baby keluar sekaligus terus melalak. Lega rasa azab dah habis. Nurse angkat baby tunjuk karipap tanya anak apa. "Perempuan, Alhamdulillah..". Pastu baby diletakkan atas dada aku. Aku cium baby banyak kali. Syukur sangat doa aku dimakbulkan. Aku pandang baby mata terkebil-kebil tengok aku. Aku cium lagi. Nurse suruh pegang kuat-kuat. Lama depa letak baby atas aku sampai siap keluarkan uri.
Bila baby dibawa keluar untuk dibersihkan tiba sesi menjahit. Aku tanya nurse banyak ke jahit. Dia kata sikit je. Koyak sendiri ni. Masa jahit memang ada rasa sakit tambah-tambah part yang last sekali. Tapi kira cepat jugak nurse ni jahit. Aku tahan je, dah lalui sakit nak bersalin lagi teruk kot. Yang paling penting aku dan baby dah selamat.
Dah siap jahit doktor lelaki melayu yang ganas tu datang. Dalam hati aku kata masak la dia mai lagi, nak korek apa lagi ni? Luckily dia cuma check jahitan. Adik praktikal datang bagitau "ayah dia dah azankan dah". Aku tanya "baby berapa kilo?" "derang dok bersihkan kejap lagi timbang saya bagitau, rasanya lebih 3kg tu, tembam pipinya".
Aku tak putus-putus ucapkan terima kasih kat adik pelatih. Say sorry jugak sebab aku dah hilang akal time sakit.kehkeh...
Afia 3hr after deliver. Memang tembam pun, 3.43 kg. |
:') speechless..
ReplyDeletedlm sakit2 pon sempat lawak lg nohh..=D
bby tembam!... bby kite lhir 2.5kg jer.. tu pun azab gak r nak meneran..
ReplyDeletekalu dah sakit tu sakit jugakk.. sy sedut mende tu macam hape ntah lg dulu.. adoiii...
Hohoho tu dia penangan Afia. Wuishh tembam dia, berat sama dengan JJ la. Owh benda yang sedut2 tu mmg takder fungsi kan, buat makin penat jer I rasa, I dulu siap baling benda tu sambil *&%$# bila nurse duk bising suruh I sedut. (my hubby yg citer, I apa pun tak ingat).
ReplyDeletebila baca pengalaman PK..tringat pulak pengalaman akak masa bersalin.:)
ReplyDeletelebih kurang pngalan hanie juge masa ank ke nerapa yek.. lupe... tp bab induce drip tu mmg tak boleh lari kan.. start induce tu dah berdebor2 tunggu sakit yg hebat tu...
ReplyDeleteye, anak ketiga dan keempat, induce awal2... mmg azab dan bukaan masih kecil.. sgt keciwa kan? paham sgt2 tu...
apa pun, dah slmt.. syukur.. congrats again dear !
alhamdulillah..
ReplyDeletesemoga membesar sebagai anak solehah aamiin
sepasang sudah :)
saya gerun bab jahit tu.. huhu
nak2 part last..alahai
kak murni..tetiba teringat balik pengalaman kt lb haritu..mengerikan..mcm tu ek bersalin? ya allah...sakit!
ReplyDeleteknur pun masa bersalinkan Husna thn lps kena induce (first time kena). mmg org cakap induce lg sakit dr sakit yg biasa.
ReplyDeleteSedut oksigen tu, utk kurangkan sakit. Doc la bgtau dulu
ReplyDeletewah,siap ada part by part lg..caya lah!beranak mmg sakit tp mak2 selalu cepat lupa sakit tu camna..setahun dua lagi dah terasa rindu nak bau baby..haha..
ReplyDeletemmg gebus....
ReplyDeleteTiga tiga kerana ceaser!
ReplyDeleteehe..comel afia..tembam cam mia dl... bc pegalaman bersalin mmg ngeri..trauma nak beranak dah..ehe
ReplyDeletelama gak menahan sakit yer.. sy alhamdulillah, 2 2 ank, lps minum air zam2, bukaan x lama.. cpt je tebuka.... tp yg aqilah ni lg sakit dr alisha dulu kot
ReplyDeleteAs salam Murni,
ReplyDeleteRasa serammmmm... ngeee... tapi lega sikit sb awak buat lawak kan...hikhik... Berdebar2 ni... less than 2 mths je lagi ni... saya ni tak fikir dah caesar atau normal yg penting nk tgk muka baby & semua selamat! Lepas tu nak balik Msia! hahaha... doakan saya ye... comelnye Afia! Putih melepak!