Pages
▼
Sunday, April 28, 2013
Petua Memudahkan Bersalin : Orang Sekeliling Dah Mula Risau, Aku Pun Dah Mula Cuak!
Amik kau tajuk kemain panjang. Selagi tak beranak, korang hadap jer la cerita membebel aku pasal bersalin.huhu..
Ramai juga bagi reaksi tak berapa nak positif pasal bersalin paksa. Diberi pencerahan aku pun kalau boleh memang tak nak kena induce. Setiap hari dok doa, amalkan zikir dan baca surah Maryam, tu belum lagi part gaya memujuk baby, dah macam-macam cara dah aku buat tapi baby tak mau keluar apa kuasa aku nak lawan takdir?
Malam tadi SIL yang dok dekat Pahang tu call, dia ada kat rumah mak abah balik sebab nak mengundi. Kemain panjang borak. Baru je baca entry Mun pasal Petua Melayu Lama Untuk Memudahkan Bersalin. Keret je aku komen minum air hujung rambut tu macam tak releven je nak amalkan, sekali SIL dah sebut pasal ni. Pak mertua dia yang bagi petua. Yang paling best aku pun disuruh buat. Bila fikir balik, tak luak kot kalau aku cuba. Bermula hari ni haruslah buat!haha..
Lusa SIL yang dekat Lumut tu pulak balik mengundi. Mertua SIL yang ni punya petua memudahkan bersalin minum air akar fatimah. Kawan aku pernah suggest. Kena rendam akar tu biar kembang pastu minum airnya. Susah gak nak carik akar fatimah ni sebab bendanya hanya boleh dapat dekat Mekah. SIL dekat Lumut ada akar fatimah ni. Mungkin aku kena minum air akar Fatimah ni nanti.
Ingat lagi minyak selusuh yang Kak Imah bagi pada aku? Ada orang kata makan sesudu sehari minyak kelapa yang ditanak sendiri yang dijadikan minyak selusuh ni baik amalkan sejak kandungan 6-7 bulan. Kak Imah kata makan bila dah mula kontraksi, aku hanya mengikut arahan.hiks.. SIL dengan mak suruh aku mula amalkan sekarang.
SIL kata lagi ambik lebihan minyak yang aku makan dekat sudu kemudian selawat, gunakan ibu jari tekan atas perut ke bawah. Malam tadi dah cuba telan dan buat seperti diarahkan. Konfiden aku makan sampai jilat sudu, tak lama pastu gila punya mual. Haruslah bertahan memenuhi segala ikhtiar yang ada.hoho..
semoga dipermudahkanNYA.. inshaaAllah.. perkongsian yg baik ni utk saya jugak..hehe.. minum minyak kelapa tu mcm nk try jgklah.. :)
ReplyDeleteaiyokkk..mcm2 diberi petua..
ReplyDeletebnyak pulak nk kena telan..mcm pelik je smua ubat tuh..>.<
selamat ye kak..
Selagi x memudaratkan, mana2 yg mudah tu ikutl kan aje. Tapi, kalo x tertelan, xyah la kot. Letih nk rasa mual2 loya tu lagi
ReplyDeleteHohohoo banyak kekdah nyer.. takper la PK amalkan selagi tak datang mudarat, no harm pun kan,kita usaha. Good luck dear. I nak tolong bagi tips petua pun I tak tau...
ReplyDeletesemoga segalanay dipermudahkan akak... :)
ReplyDeleteInsyaAllah moga dipermudahkn....kalau PK nk tahu 4F lahir genap 44 minggu= 11 bulan...2pn akak dh curi tarikh lewatkn 1 bln lbh krn keturunan belah mama akak mmg bunting kerbau...hehehe.......4F semua kena induce.......
ReplyDeleteada satu lg petua; campurkan milo dan telur mentah dan mkn. tak pernah cuba sbb mcm loya sikit dengar telur mentah. Masa nak bersalinkan Husna thn lps akk kena induce. Agak sakit sikit berbanding yg no 1 & 2.
ReplyDeletebaby taknak tengok dunia lagi ni...tu yang lambat je ...
ReplyDeletehehehhe..
sabar kak....hope semua selamat ye
hehe..husna dah lama abeh final exam la kak murni..entry final exam tu pon dh lebih sebulan kot..
ReplyDeleteskarang tgh cuti sem..=)
mg dipermudahkan muni...
ReplyDeleteBelum tiba janjinya nak keluar tu... yg penting baby sihat :)
ReplyDeleteminum air hujung rambut tu mcm pernah dgr jugak kikikiki ....
ReplyDeletemakan banyak sayur bendi jugak bgs.. senang bukak jalan bwh tu.. tetttt xtaulah btl dak ...
jgn makan makan berunsurkan pulut ... nnt pyh nak bukak bwh tu tettt... xtaulah btl dak ..
haihh bnyklah lg.. apa² pun sy doakan moga cepat bersalin.. x sabar nak tgk baby..