Pages

Wednesday, April 03, 2013

Pemanggang Ajaib, Batik Sarung, Jus Delima



Alhamdulillah, hadiah Top Komen Jan-Mac Blog Umi Alya telah selamat terima tengahari semalam.  Pada yang belum kenal Umi Alya, jom pakat serbu blog beliau. Orangnya baik hati dan peramah. Pasti aktif mengomen kat blog korang nanti.

Super pantas Umi Alya hantar pakai skynet. Sehari je dah sampai. So let me review kesemua hadiah kemenangan.haha over!

Mula-mula, sila buntangkan bijik mata 90 darjah. Enterframe dekat sofa lagi.hakhak


Dah lama idamkan pemanggang ajaib. Yang ni jenama Idaman Suri dari Langkawi. Selalu gak la berangan nak miliki satu pemanggang ajaib. Benda ni wajib ada kot kat setiap rumah yang punya iron chef rajin masak plus masak sedap pulak tu.ehem.. Sangat praktikal buat aku masa dalam pantang nanti. Kerja masak memasak akan jadi lebih mudah dan berkhasiat. Moga cepat kembali slim.



Jus Delima & Madu I-qucik ni salah satu produk yang di jual oleh Umi Alya. Untuk keterangan lanjut dan kalau nak order, korang boleh usha kat SINI. So far en suami dan Aiman dah cuba guna. Sedap si chubby kata. Pagi tadi nak pergi sekolah pun sibuk suruh abah spray kat bawah lidah dia.

Kain Batik sarung Langkawi plak takde gambar. Malas dah nak lipat balik. Bukak tengok je terus letak dekat baju kotor. Nanti boleh terus basuh. Boleh la tambahkan koleksi uniform masa dalam pantang nanti. Terbaik hadiah dari Umi Alya!

Buat Umi Alya,terima kasih daun keladi, ada rezeki boleh saya menang lagi.hiks..




23 comments:

  1. Insya Allah.. itu le tgh fikir2 nak bg hadiah apa lak pasni?

    Samalah ngan Alya, dia suka sgt ngan I-Quick tu, dia kata cam gula2..

    ReplyDelete
  2. wahhhh... tak sia2 muni jadi pengomen tegar kat blog umialya tu! hadiah2nya semua super duper best.... k.izan pun tumpang happy ni...

    ReplyDelete
  3. wawawawawa... hadiah yang berbaloi² tahniah murni.. apa lagi lepas ni lagi senanglah.. nak maska menu dalam pantang.. pangang² gitu.. mmg ajaib lah...

    ReplyDelete
  4. Wowwww....menariknya hadiah. Tahniah dear..mmng berbaloi2....

    ReplyDelete
  5. mak aiiiiii lumayannya hadiah! pemanggang ajaib!

    ReplyDelete
  6. Tahniah.. rezeki berblog kan?..
    Best nya! Pemanggang Ajaib tu..teruja tgk nya..ada impian nak beli juga..hehe:)

    ReplyDelete
  7. best2nye semua hadiah yg dia dapat..tahniah..

    ReplyDelete
  8. Bertuahnya. Alhamdulillah rezeki ibu mengandung :) bolehlah guna masa berpantang nanti. Senangkan?

    ReplyDelete
  9. tahniah..banyak tu dapat hadiah

    ReplyDelete
  10. Hohoho tahniah, huishh hadiah gempak sangat.

    *thanks for explain pasal bsp tu semua, maaf la susah2 pulak u kena explain kat I.

    Bukan apa, I was hairan sebab I bayar check up mahal pastu macam takder semua ni.. baru nak hamunan klinik I tu hahaha. Thanks again dear, and hope all goes well with u and little one.

    ReplyDelete
  11. wah hadiah memang hebat!
    dapat pemanggang ajaib lagi hebat!

    ReplyDelete
  12. Tahniah dari kakak.
    Seronok bila dapat sesuatu dari teman blogger kan. Terasa dekat dihati.

    ReplyDelete
  13. tahniah pk...tak sia2 komen hihihi

    ReplyDelete
  14. best nye ...rejeki berganda2 tu sis..

    best lah dlm pantang boleh mmbakar dgn pantas gitu.

    ReplyDelete
  15. sekali dapat 3 hadiah.. semua bermanfaat pulak eh puan kutu? best lah.. tahniah puan. :)

    ReplyDelete
  16. Wahhhh!!! Hadiah yg sesuai sangat utk pantang

    ReplyDelete
  17. tahniah puan kutu...mesti x sabar2 nk guna pemanggang ajaib tu...

    ReplyDelete
  18. wah kuali pun landing atas katil..ehe..tahniah

    ReplyDelete
  19. budak2 kalau dah kata sedap tu mmg sedap la.

    ReplyDelete
  20. aiyokk..mama husna dah teringin lama dah pemanggang ajaib tuh..tp x sempat lg nak carik dan pitih pon belom ngam..huhu..

    ReplyDelete
  21. tahniah!1 bagus muni berusaha utk dapatkan sesuatu... senang berpantang nanti :-)

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!