Dulu aku pernah buat entri pasal Mengesan Jantina Anak Tanpa Ultrasoud, masa tu masih awal pregnant,jadi tanda-tanda tu semua belum terserlah. Even beberapa hari je lagi baby bakal deliver, nak jugak main teka-teka pasal jantina baby.
Ramai yang tanya tak excited ke nak tau jantina anak? Gila tak..tapi aku suka suprised. Walaupun semua ni ketentuan Allah, aku suka bila dapat berharap dan terus berdoa apa je jantina yang aku nak. Kalau dah tahu awal-awal tak best la kan.
Benda ni sekadar tekaan, Just for fun ok!
- Perut bulat tanda anak lelaki, kalau melebar anak perempuan. Macam Aiman dulu, so far sesiapa saja yang tengok perut, sorang pun belum kata boy. So girl
- Morning sickness teruk tanda anak perempuan, sebaliknya lelaki. Boleh dikatakan aku tak teruk, so boy
- Suka tidur mengiring sebelah kanan tanda anak lelaki, sebaliknya perempuan. Aku sangat suka sebelah kanan, sebelah kiri tak boleh lama-lama, sakit pinggang. So boy
- Mak usu aku kata kalau perut penuh anak perempuan, kalau perut macam jatuh sikit lelaki. Aku rasa perut aku penuh, so girl
- Mak usu kata lagi, kalau puting breast hitam anak lelaki, kalau perang sikit tanda anak perempuan. Rasanya memang tak berapa perang, tapi time pregnantkan Aiman dulu lagi hitam, so aku andaikan sebagai girl
- En bundle kata kalau leher hitam tanda anak lelaki, kalau biasa perempuan. Pregnant kali ni leher hitam. So boy
- Garisan perut putus-putus tanda anak perempuan, kalau bersambung lelaki. Rasanya bersambung, so boy
- Suka mekap anak perempuan, tak suka anak lelaki. Memang tak suka la mekap. Pakai bedak pun malas. So boy
- Muka berseri petanda anak lelaki, sebaliknya perempuan. Muka memang tak berseri langsung. Kulit pun jadi gelap sikit. So girl
- Suka masak tanda anak perempuan, tak suka anak lelaki. Sangat suka masak especially masa mula-mula pregnant. So girl
Seri 5 girl 5 boy! Orang sekeliling macam officemate dan jiran semua kata girl. En suami kata girl, Aiman siap cakap kat baby, baby jangan keluar laki tau, keluar la perempuan. Mula-mula dulu naluri aku macam berbelah bagi je antara boy or girl. Tapi sekarang aku macam sangat yakin girl. Siap nak beli tilam warna pink lagi. Kalau keluar boy mesti jambu.haha..
Tak tau la kalau tersasar sebab instincts aku ni kadang-kadang tak betul plus dok mengidam nak anak girl kan.hiks. Apa pun jantinanya, boy ke girl tak kisahlah. Anak yang dikandung selama sepuluh bulan gila kot kalau tak sayang. Moga baby selamat, sihat dan sempurna. Ameen..
asl kn siht. syukur.
ReplyDeleteeh ade name aku kat situ..haha..ko wat checkup takbuat la ultra sound ek..gigih ko sabo..haha..semoga ko dpat la anak perempuan yang ko inginkan..aminn..
ReplyDeletehehe.. nice sharing.. sy mmg tak tahu jantina anak yg second ni sbb tiap kali nurse scan, takmo tunjuk dia boy ke girl..maybe sbb kedudukan dia kot yg buat tak dpt tgk dgn jelas..
ReplyDeletebestnya, bilalah akak nak timag malaikat kecil ini..hehe :)
ReplyDeletehurmm..husna dpt agak boy..tp kasik suspen sikit r..hehe..
ReplyDeletehehe..abg aiman dah truja dh tu nk main dgn adiknyaa..
InsyaAllah...yg pnting sihat n selamat......
ReplyDeleteada guna yang kena dengan gender bb MQ ;)
ReplyDeletetapi ade jugak tekaan ni cam tepat je.sy dua2 dpt boy masa ngandung makcik2 tgk perut diorg teke boy.so masa anak 2nd tu rs mls nk scan sbb makcik2 dh bg hint anak lelaki.bile scan.waahh..tepat sekali..hehehe.
ReplyDeletewah macam main bola plak.siap markah seri hehehe apa2 pun s doakan semuanya selamat ye PK
ReplyDeleteapa pun baik lelaki ke perempuan.. syukur... :)
ReplyDeletenoe dulu instinct girl...doktor kata boy...keluar girl...
ReplyDeletemg selamat melahirkan
ReplyDeleteakhirnya dah tau girl :-)
ReplyDeleteALHAMDULILLAH AKHIRNYA YG KELUAR GIRL HIHIHIHI....
ReplyDelete