Lambat lagi nak bersalin, tapi sekarang masa yang sesuai untuk penuhkan dada dengan ilmu. Lain orang lain pengalaman bersalinnya. Melalui apa yang aku baca, hanya terdapat tiga tanda bersalin. Tanda tersebut ialah :
Show
Ini merupakan tanda awal bersalin. Kebiasaannya ia berlaku dalam bentuk lendir atau darah. Jika mengalaminya, tidak perlu segera ke hospital. Tanda sebegini biasanya mengambil masa hampir beberapa hari sebelum melalui proses bersalin.
Kontraksi
Ketika kontraksi, perut akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Bagi kontraksi sebenar, kekerapannya perlu konsisten, kerap dan bertambah kuat dari semasa ke semasa. Apabila melaluinya, segera ke hospital untuk mendapat pemantauan doktor. Jika sebaliknya berlaku, (sebagai contoh kontraksi dialami pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, selanjutnya 5 minit ), hal ini bukanlah kontraksi.
Air ketuban pecah
Air ketuban keluar tanpa mengalami rasa ingin membuang air kecil. Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada pancutan air yang keluar dalam jumlah yang banyak. Perlu diperhatikan air yang keluar seharusnya jernih dan tidak berwarna. Jika air berwarna hijau, itu tandanya bayi sudah membuang air besar dalam kandungan. Segera ke hospital jika keadaan ini berlaku kerana bimbang mungkin akan terkena jangkitan kuman.
Walaupun ketiga-tiga tanda ini merupakan petanda awal bersalin, namun ibu perlu segera kehospital jika mengesyaki bayi kurang bergerak. Dalam 12 jam, bayi perlu sekurang-kurangnya 10 kali bergerak. Jika secara tiba-tiba bayi kurang bergerak, segera dapatkan rawatan kerana bimbang bayi lemas dalam kandungan.
Ketiga-tiga anak kakak masa nak bersalin tanda awal keluar darah. Air ketuban semua sampai bilik bersalin doktor yg pecahkan lepas tu baby pun uwek-uwek-uwek... kakak senang bersalin.
ReplyDeleteselamat menambah pengetahuan kak..=)
ReplyDeleteteringat pulak memori masa nak bersalin dulu2...
ReplyDeleteAkak ni kiranya mudah bersalin walaupun ada yang lahir menyongsang. Kontraksi berlakupun tak lama.
ReplyDeletesaya pun nak bersalin minggu depan :P
ReplyDeletesaya pun nak bersalin minggu depan :P
ReplyDeletesy pun trun darah jugak...air ketuban doc yg pecahkan...
ReplyDeletetq for sharing info...sgt menarik dan berguna terutama kepada bakal2 ibu...
masa bersalim anak sulung, sy ke hosp. terlalu awal. Anak kedua, pergi lps air ketuban dah pecah. Anak ketiga pun air ketuban dah pecah tp tak terus bersalin pulak. Mlm sakit, tghr keesokan baru bersalin.
ReplyDeleteTak prnah rasa tanda2 ni..teringin sangat2 nak rasa
ReplyDeletesaya dulu dipaksa bersalin awal mmg tak merasa tanda2 tu semua
ReplyDeletealhamdulillah... tanda2 bersalin tu jelas. cuma masa azfar je la mcm tak berapa nak pasti sbb air ketuban dipecahkan kat hospital.
ReplyDeleteDarah.... Hihihi
ReplyDeleteTurun mcm period, tapi sakit sikit. Hihi
tak merasa sangat keluar tanda atau air ketuban pecah sendiri.. sebab saya sakit perut jer.. kuat sgt kontraksinya...
ReplyDeletesy 2 2 anak keluar tanda darah + lendir.. tp xda la pulak sampai beberapa hari baru bersalin, hari ni keluar tanda, hari ni gak bersalin :-)
ReplyDeletekak fieda tanda2 semua lendir darah..
ReplyDelete