Pages

Saturday, December 08, 2012

Cadangan Hidangan Jagung Manis



Update lagi walaupun belum habis BW. Actually bukanlah sibuk mana, tapi asal lepas Zohor, wajib ada kuliah taik mata. Jangan marah ekk banyak lagi tak terbalas jejak. Nanti malam Insyaallah aku maratahon.hiks..

Jagung memang menjadi kegemaran kami tiga beranak. Selain sedap, jagung mempunyai mineral dan serat yang tinggikaya dengan antioksidan dan pelbagai khasiat lain. Jagung juga kaya dengan folat sesuai sangatlah bagi ibu mengandung macam aku ni kan.

Setiap kali aku dan Aiman ke pasar malam, jagung manis fresh pasti di beli. Sepinggan jagung RM5 atau RM 6 ada lebih kurang 5,6 batang. Kadangkala bila buat muka comel sikit, pasti abang jagung bagi free sebatang jagung lagi.haha Alkisah semalam en suami bergerak solo ke pasar malam bawak balik dua pinggan jagung. As usual orang lelaki kalau membeli persis nak buat kenduri.



Aku cuma nak kongsi hidangan jagung yang selalu aku buat untuk habiskan stok jagung yang banyak kat rumah ni. Mana tahu korang yang suka makan jagung boleh jadikan inspirasi untuk jamu anak suami kan.

Jagung Campur kelapa

Ini hidangan wajib sebab kegemaran en suami. Even pak mertua aku pun suka jagung manis campur kelapa parut. Nak buatnya tak susah. Rebus jagung hingga masak. Bila dah sejuk, guna pisau untuk kopek isi jagung. Masukkan jagung dalam sebuah mangkuk pastu campur kelapa parut, garam dan gula secukup rasa kemudian gaul rata. Dah boleh ngap!

Cekodok jagung

Jemput-jemput jagung atau lebih mesra dipanggil cekodok memang menjadi kegemaran ramai. Buatnya cukup mudah. Kopek isi jagung pastu masukkan dalam adunan tepung. Kalau nak lebih umphh, boleh tambah hirisan kentang, udang, taugeh, daun sup dan daun bawang. Jagung saja pun dah cukup heaven kalau makan panas-panas cicah sos. Ini ada satu petua bagi korang yang tak tau. Bancuh tepung terlebih dulu pastu simpan dalam peti ais beberapa jam. Time nak goreng baru keluarkan. Aku selalunya kalau nak goreng cekodok untuk breakfast, malamnya aku dah siap bancuh tepung. Tekstur jemput-jemput akan jadi lebih gebu dan sedap.

Jagung Rebus atau Bakar

Rebus atau bakar jagung pun sodap! Jagung rebus kira kegemaran aku. Nak rebus dan bakar pun takkan aku nak ajar macam mana. Sendiri mau ingatlah! Untuk tambah perasa boleh jer sapu butter dan siram dengan black/white peppers.


Ala Sweet Corn Cup

Kadang-kadang aku buat jugak tapi sangat jarang sebab hasilnya tak cukup sedap macam beli dekat kedai satu cawan RM 2.50 tu. Aku selalunya akan rebus jagung (malas nak stim), kopek isi pastu letak sedikit butter, susu pekat manis dan sedikit garam. Kalau malas lagi guna je jagung frozen yang siap kopek, tapi kualiti rasa dan khasiat kurang la nak dibandingan dengan jagung fresh.


Bubur jagung

En suami memang peminat bubur. Bagi je bubur apa pasti licin seperiuk beliau hadap. Bubur jagung simple selalunya aku cuma letak jagung dan apa kenama benda yang bulat-bulat macam mata ikan tu lupa plak aku. Bubur jagung antara menu wajib aku buat untuk menambat selera cinta hati. Sekian



13 comments:

  1. aku terliur lak sweet corn cup tu..nasib kat petronas dekat umah aku ni ade..haha

    ReplyDelete
  2. Eh betul la bila buat sweetcorn mesti tak sama dengan yg beli.agaknya depa ni ada secret ingredient kot
    Bubur jagung..i like
    Jagung + kelapa parut..mil suka buat sbb fil pminat tegar huhu

    ReplyDelete
  3. Jagur bakar ialah pilihan utama saya kalau ke pasar malam..best kalau bakar makan panas-panas :)



    Penulis komen ialah admin laman web untuk tambahkan Facebook fanpage LIKE secara percuma!! Jom ramai-ramai sertai :)

    ReplyDelete
  4. semua yang diatas tu akak suka... tak ada yang miss pun hehehehe....

    kejap je dah 21 minggu kan...

    ReplyDelete
  5. homaigad!! semua tu feveret husna..kak murni ni sja je kan..=P

    tp sekarang teringin cucuq cempedak..huhu..

    ReplyDelete
  6. jagung ?.saya pun suka..buat bubur + sagu..pun sedap....buat bingka jagung pun sedap..buat puding jagung pun sedap..haah

    ReplyDelete
  7. jagung cmpr kelapa macam menarik je. biasa buat bubur jagung e tapi tak suka letak sagu tu.

    ReplyDelete
  8. Suka bubur jagung. Tapi x sukamkao letak sagu aka mata ikan tu. hihiihih

    ReplyDelete
  9. Jagung dekat cameron highland sangat sedap. Makan mentah-mentah pun dah sedap.

    ReplyDelete
  10. bulat2 mata ikan?? sagu kan? hhuhu

    ReplyDelete
  11. benda bulat mcm mata ikan?.. sagu kot... :-)

    yg muni senaraikan ni, semua sy pnh wat kecuali yg ala sweet corn cup tu xpnh try lagi...

    ReplyDelete
  12. paling sedap sweet corn cup tu...kak fieda selalu gak buat..budak2 ni suka..

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!