Pages

Wednesday, September 26, 2012

Anmum Materna Jadi Pilihan


Mengandungi Probio DR10 untuk menyokong penyerapan Nutrien yang optimum.

Petang semalam pergi Tesco beli barang, terus cari susu untuk ibu mengandung.hehe..Akhirnya aku pilih Anmum Materna.  Selera aku tak berapa kena sangat dengan coklat, jadi aku beli yang perisa asli. Aku tak berapa tahu tentang susu lain, so malas nak pening-pening, aku ambik keputusan untuk teruskan dengan anmum seperti kehamilan dulu. Lagipun ramai antara korang yang memberikan komen positif tentang anmum kan.

Sekarang tekak tengah layan fresh milk dengan soya segar, jadi anmum aku belum terusik. Melalui pembacaan, aku dapat info yang anmum materna bagus untuk ibu yang menghidap kencing manis. Kandungan gula yang sedikit mampu memberikan tenaga, sumber protein dan khasiat kalsium yang diperlukan badan ketika mengandung. Sesuai sangatlah untuk aku yang ada sejarah keturunan. Bulan depan nak minum air gula harapnya tak ada apa-apa.

Pesanan buat Puan Kutu, selamat berjinak-jinak menelan susu!hiks..




Saturday, September 22, 2012

Susu Untuk Ibu Hamil


Salam Bahagia

Buat yang ucapkan tahniah, terima kasih.  Alhamdulillah, secepat ini Allah memberi kesempatan untuk aku melalui fasa-fasa kehamilan buat kali kedua. Memang tak tergambar dengan kata-kata, rasa macam hamil sulung. Setahun menunggu akhirnya rahim tak merajuk lagi.hehe..Keadaan kesihatan Alhamdulillah masih baik walaupun ada mabuk sikit-sikit. Kalau ikutkan sangat memang dapur tak berasap, pergi kerja pun malas, tunggang terbalik la semuanya. Nak blogging pun bukannya ada mood sangat. Ditambah dengan kelembapan beruk yang dah habis limit, adui!

Waktu mengandungkan Aiman dulu, aku masih muda. Tak punya pengalaman dan naif dalam segala hal. Jadi bila mengandung kali ni, memang aku agak excited. Aku sudah niat nak menyusukan sepenuhnya sebab masa Aiman dulu aku tak dapat. Masa tu terpaksa tinggalkan Aiman dikampung. Bukan senang nak susukan secara eksklusif apatah lagi kalau tak dapat sokongan. Doakan aku kuat dan tabah.

Baju Aiman masa baby dulu pun aku dah keluarkan dari almari. Dalam kepala dah merancang macam-macam untuk baby. Kata orang tua-tua jangan terlalu teruja. Kandungan aku masih baru. Selalu saja terbit perasaan takut kalau apa-apa berlaku. Tak putus-putus berdoa semoga segalanya baik-baik saja. Mungkin perasaan yang sama dirasai orang yang mengandung kan. Doakan semoga selamat semuanya dan dipermudahkan sepanjang kehamilan. Ameen.

Sebelum meneruskan keterujaan aku dengan cerita yang lebih merapu, (Intro pun dah 3 perenggan.kehkeh), aku cuma nak minta pendapat korang semua yang berpengalaman tentang susu apa yang sesuai waktu hamil. Masa mengandungkan Aiman dulu, aku minum Anmum. Lepas bersalin pun aku minum Anmum juga. Alhamdulillah susu badan pun banyak. Tak tahu nak kata sesuai ke tak, 6 tahun dulu tak banyak lagi produk susu untuk orang mengandung. Kira Anmum tu paling femeslah. Jom kongsikan susu apa yang korang minum masa hamil? Mungkin dengan komen korang, aku boleh buat pilihan mana yang sesuai. Terima kasih daun keladi, Lain kali nak mintak pendapat lagi.

* Diet kena stop dulu, sambung belajar pun kena postpone nampaknya.hehe


Wednesday, September 19, 2012

Sunday, September 16, 2012

Anak Bijak Matematik


Selamat Hari Malaysia,

Salam bahagia. Malas masih membelenggu. Tapi sebab ada cerita yang menggeletek tentang si chubby, aku update ringkas.hehe..

Alkisah malam tadi layan Masterchef Malaysia ke 2 dengan Aiman. Menyedari yang kanak-kanak mampu belajar dengan baik melalui hiburan, aku lantas berkata,

Anakku Aiman Mukhlis, Mari kita belajar Matematik!haha

Aku selalu gunakan persekitaran untuk mendidik anak. Asal ada peluang tak kira masa dan tempat. Aku percaya budak akan cepat dapat sesuatu pelajaran kalau kita menggunakan kaedah yang menarik perhatian mereka. Almaklum ibu Aiman tak berapa rajin nak mengajar dengan buku ni semua. Ajar Iqra pun selalu skip. Malas punya pasal.hiks..

Ok berbalik pada pelajaran malam tadi. Cerita Masterchef tu kan bila orang bercakap mesti tertera nama, umur dan negeri asal si peserta. Bila keluar je umur, Aku akan tanya Aiman, tu berapa? Aiman akan tengok dan sebut nombor mengikut umur peserta seperti dua puluh dua (22),  dua puluh lapan (28), tiga puluh tiga (33). Ini kira macam latih tubi mengenal nombor.

Yang menggelikan hati, bila keluar peserta umur 31,

Ibu : Tu berapa Aiman?
Aiman :  Tiga puluh satu.
Ibu : Pandai anak ibu..
Aiman : Aiman tau la, depan tiga,belakang satu..
Ibu : Kalau depan satu, belakang 3, berapa?
Aiman : SATU PULUH TIGA..

Ok, anak ibu sangat bijak Matematik!muahahaha




Thursday, September 13, 2012

Tips Mendidik Anak Mengikut Gender



* Ajaran haruslah seimbang asalkan tidak menyimpang naluri lelaki dan perempuan. Tak ada salahnya kalau lelaki diajar membasuh pinggan,mengemas rumah dan kerja-kerja yang biasa di lakukan perempuan. Dah besar nanti tak adalah tengok je bini buat semua kerja rumah. Yang perempuan pula tak ada salahnya kalau nak belajar betulkan paip, Kalau dalam keadaan terdesak misalnya tanpa ahli keluarga lelaki, wanita dah boleh berdikari.






Sunday, September 09, 2012

Petua Untuk Anak Hadapi Peperiksaan


Peperiksaan UPSR akan berlangung beberapa hari lagi. Teringat aku dulu-dulu bila nak menghadapi peperiksaan besar, aruah pak akan buat air penerang hati kemudian buatkan sekali bacaan doa untuk alat tulis seperti pensel dan pemadam yang akan aku guna didewan pepriksaan. Macam kelakar jer rasa. Korang ada? 

Aku cuma nak share petua untuk membantu anak menghadapi peperiksaan yang aku dapat daripada Fanpage Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

1. Doa, fikir, cakap & yakin yang anak akan berjaya!
2. Bentuk suasana yang tenang di rumah untuk anak mudah study
3. Elak gaduh, marah atau rajuk agar anak dapat getaran positif
4. Ahli keluarga korban dengan bantu, temankan belajar, tutup TV, etc 
5. Pesan kepada anak untuk amalkan rutin harian macam hari peperiksaan agar tak terperanjat bila exam nanti
6. Pesan anak hadap Qiblat & baca Surah Al Insyirah sebelum study 
7. Maafkan & Doakan guru & kawan2 
8. Ibubapa berpuasa, solat hajat & banyakkan berdoa
9. Nyatakan yang ibubapa akan redha dengan apapun result anak asalkan dia dah mencuba yang terbaik
10. Pesan anak untuk solat taubat, hajat & istikharah untuk mudah study & jawab soalan masa periksa
11. Ibubapa buatkan atau cari air penerang hati sebagai booster kepada anak.




Selamat berjaya buat semua adik-adik yang bakal menghadapi peperiksaan!




Saturday, September 08, 2012

Kenduri Kesyukuran


Alhamdulillah, selesai sudah kenduri di Alor Setar. Abah pun rancang last minute, aku ambil cuti sehari je. Pagi ni balik SP aku terus masuk kerja. Penat masih lagi terasa. Nanti ye aku BW. Sekarang ni Aiman dok gila main game, ibunya dok gila buat taik mata, maka masa untuk blog sangatlah terhad. Ini pun kira gigih jugaklah nak update walaupun kepala masih tintong.huhu

Oh ye tiba-tiba je cerita pasal kenduri kan. Alkisah semalam selepas Zohor keluarga en suami buat tahlil, buat kenduri sikit merangkap jamuan raya. Kebetulan semalam juga sambutan hari lahir abah yang ke 53, kami semua rancang tempah kek buat abah dan mak. Abah dan mak pun feeling-feeling la potong kek macam pengantin  siap adengan suap menyuap.haha Gambar aku tak sempat nak transfer, ada dalam kamera adik ipar.

Kami cuma buat mee kuah, rendang daging dan kari ayam. Abah order mihun goreng, roti jala, ketupat dan dua jenis kuih. Jiran-jiran dan sedara mara ada yang sponser kuah kacang, nasi himpit dan segala mak nenek kuih. Banyak gila makanan dan Alhamdulillah habis dengan jayanya. Tu je nak cerita.haha..




Wednesday, September 05, 2012

Wordless Wednesday : Motivational Poster


 
 
* Esok baru nak start excercise. Alhamdulillah hari ni dah selesai puasa 6.
 
 
 


Tuesday, September 04, 2012

Bahaya Minuman 3 in 1


Salam,

Eh aku dah makin rajin update kan?hihi Aku pasti ramai antara korang dah sedia maklum tentang keburukan minuman 3 in 1 yang berlambak dipasaran. Aku sudah beberapa tahun mengharamkan benda ni sebagai stok di rumah. Sampai sekarang pun, aku memang jarang minum minuman bergula atau bersusu. Air kosong je yang sentiasa menjadi teman aku sepanjang hari. Untuk sihat dan cantik kena minum air kosong banyak-banyak ok!hehe..

Share untuk peringatan bersama. Pada penggemar minuman 3 in 1, masih belum terlambat untuk korang berubah.hiks..




Monday, September 03, 2012

Masterchef Di Kampung


Pada yang belum sedia maklum, aku adalah anak yatim piatu yang sudah kehilangan kedua ibu bapa. Syukur masih punya mak abah mertua buat menumpang kasih. Rasa kehilangan sebenarnya mengajar aku menghargai hidup. Raya tanpa mereka mengimbau banyak sekali kenangan. Hanya korang yang pernah melaluinya saja yang faham. Ok intro tak bley blah!

Rumah aku di kampung dekat Nibong Tebal sana hanya tinggal abang dan dua orang adik lelaki. Adik perempuan aku yang bongsu masih belajar. Kalau adik aku ni balik, kadang-kadang beliau masak gak la. Tapi sangatlah jarang sebab anak dara ni pemalasnya boleh tahan jugaklah. Tak macam kak beliau ni rajinnya sejuta lemon.kehkeh (nasib adik aku tak baca blog ni).  Kalau yang perempuan tu malas, yang bujang bertiga ni lagi kroniklah tahap penyegannya. Hari-hari beli lauk kat kedai. Bilik masing-masing pun dah macam sarang spider, bersawang tak payah cakap!

Berbicara soal mengemas satu hal. Sesekali bila balik kampung, akulah chef yang akan menyinsing lengan menyiapkan juadah didapur. Apa guna jadi perempuan sulung kalau nak masak jamu adik-adik pun fail kan?eceh!Walhal adik aku selalu juga jadi mangsa kena belanja kami semua makan kat kedai.haha. Balik beraya tempohari, aku selaku kakak yang misali akan memikirkan apa juadah perlu masak. Depa ni semua memang jenis kuat makan, badan je cekeding macam cicak. Selalunya apa yang aku masak kompem licin. Sedap tidak tolak tepi.

Alkisah waktu lunch aku suruh adik aku yang bongsu tu masak nasik. Aku bersilat masak lauk. Adik aku perempuan nan sorang ni kena dera juga cabut serai kat rumah jiran, kupas bawang semua supaya memudahkan kerja kakaknya.hiks. Tengoklah hasil nasi yang beliau masak. Terkejut beruk aku tengok bila bukak tutup periuk. Mentang-mentang aku suruh masak banyak, pertama kali aku tengok nasik melimpah melebihi periuk.  Ini sudah seperti nak buat kenduri tahlil. haha




Tajuk masterchef di kampung, aku ke adik aku sebenarnya?hoho




Sunday, September 02, 2012

Yeay! 12kg in 4 Month



Salam bahagia dan Selamat berhujung minggu,

Ini bukan testimoni. Aku dah update dekat blog Diari Diet Kutu sebenarnya tapi nak gak tepek pic kat sini sebagai motivasi (sebenarnya takde modal nak update.hehe). Saksikanlah betapa tembamnya aku dulu.huhu


Aku masih perlukan penurunan sebanyak 4kg. Aku nak cuba dapatkan berat badan ideal sebelum raya haji. Doakan aku berjaya!



Saturday, September 01, 2012

Contoh Perkahwinan Islam


Semua sudah sedia maklum tentang perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan pasangannya, Husna. Aku malas nak cerita panjang sebab aku pasti korang semua mesti lebih explore tentang perkahwinan ustaz selebriti yang popular ni. Apa yang menarik perhatian aku, majlis ini dibuat secara sederhana tetapi cukup meriah. Ini adalah contoh majlis sepatutnya semua pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan contohi.



1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.


3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

*Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :

" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya" (Riwayat Abu Daud no.1260)

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh ahli keluarga ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.
 
* Rajinnya aku update hari ni kan.huhu


 
 

Petua Buasir : Pengurusan Diri


Salam bahagia,

Kisahnya tadi opismate ada tanya soalan budget macam aku pengamal perubatan, tau tak ubat untuk sakit buasir? Agaknya beliau baru kena. Malangnya aku bukanlah insan yang sesuai untuk soalan tersebut. Tapi berbekalkan sedikit keprihatinan dan sifat ingin tahu, aku cuba tanya en google, mana tahu ada diantara korang diluar sana atau sedara mara yang menderita sakit yang sama.

Buasir memang menyeksakan. Ia berpunca daripada saluran darah vena yang membengkak di sekitar dinding dubur. Ada dua jenis buasir utama iaitu buasir dalam dan buasir luar. Apa bezanya dua buasir ni korang boleh google sendiri aku malas nak taip. Tapi melalui namanya kita dah boleh agak macam mana jenis buasir tu kan.hiks... 

Aku bukan nak share apa ubat yang sesuai untuk penyakit ini, tapi bagaimana pentingnya memahami yang cara hidup kita mestilah berubah sama bagi mengurangkan risiko buasir berulang semula. Pengurusan diri adalah ubat paling mujarab aku rasa. Insyaallah buasir akan bertambah baik dan terkawal.

Apa yang perlu diamalkan secara berterusan adalah :


  • Amalkan pemakanan yang sihat seperti mengambil lebih banyak makanan berserat tinggi contohnya bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang. Makanan yang berserat tinggi akan membantu najis menjadi lembut.
  • Bersenam dan mengambil makanan berfiber tinggi membantu perjalanan membuang air besar.
  • Elakkan pengambilan julap kerana ia menyebabkan cirit birit dan memburukkan lagi buasir.
  • Elakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi. Minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air sehari bagi mengelakkan badan kekurangan air dan berdepan masalah sembelit.
  • Amalkan pembuangan air besar yang baik seperti mengelak meneran terlalu kuat. Segeralah ke bilik air jika ada gesaan untuk membuang air besar.
  • Jangan amalkan duduk terlalu lama dalam tandas kerana ini akan menyebabkan buasir menjadi teruk.
  • Pastikan tidak duduk dan berdiri terlalu lama serta jangan mengangkat barang berat.