Mengandungi Probio DR10 untuk menyokong penyerapan Nutrien yang optimum. |
Petang semalam pergi Tesco beli barang, terus cari susu untuk ibu mengandung.hehe..Akhirnya aku pilih Anmum Materna. Selera aku tak berapa kena sangat dengan coklat, jadi aku beli yang perisa asli. Aku tak berapa tahu tentang susu lain, so malas nak pening-pening, aku ambik keputusan untuk teruskan dengan anmum seperti kehamilan dulu. Lagipun ramai antara korang yang memberikan komen positif tentang anmum kan.
Sekarang tekak tengah layan fresh milk dengan soya segar, jadi anmum aku belum terusik. Melalui pembacaan, aku dapat info yang anmum materna bagus untuk ibu yang menghidap kencing manis. Kandungan gula yang sedikit mampu memberikan tenaga, sumber protein dan khasiat kalsium yang diperlukan badan ketika mengandung. Sesuai sangatlah untuk aku yang ada sejarah keturunan. Bulan depan nak minum air gula harapnya tak ada apa-apa.
Pesanan buat Puan Kutu, selamat berjinak-jinak menelan susu!hiks..
sedap susu anmum.. penah minum berat badan naik..sebab berselera makan..hehe
ReplyDeletetake care kak;)
Susu nie memang bagus...Cr mengandung duulu minum susu nie jugak perisa asli...sedap..
ReplyDeleteooo sbb muni ada sejarah, tu yg kene telan air gula ek... nanti g checkup dkt klinik ibu n ank sg petani tu ke or dkt ma yer?
ReplyDeleteorg kata air gula ni semua yg mengandung kene minum tp klinik yg sy g checkup ni x semua..
muni ngandung ke? tahniah!!! sgt hepi untukmu :)
ReplyDeletepenah rasa susu anmum ni tp x sedap la huhu x kena ngan selera org x pgnant kot hahaha gatai p minum sapa suh kan
ReplyDeletebestnya dah pregnant..sy ni 7 tahun menunggu..belum ada rezeki.:)
ReplyDeleteHehe... Pilihan yang terbaik. Samalah kita Muni. Fiza pun tak berapa suka dgn perisa coklat. Lebih suka yang biasa :)
ReplyDeleteyacksss~ husna x suka susu..
ReplyDeleteselamat berjinak-jinak dgn susu kak murni..=)
dah beli kena selalu minumla.
ReplyDeletexleh langsung nak minum susu...
ReplyDeletegeli tekak
suka coklat drpd asli. selamat menjalani rutin sgb pregnant mommy ye.
ReplyDeleteselamat minum susu...
ReplyDeletesaya minum masa blan2 pertama sahaja..pastu,..dah tak lalu,...hiihhi..saya suka milo jer...apapun moga kandungan sihat yer
ReplyDeletesedap.. saya dulu curi2 makan saja.. tak bancuh pun :)
ReplyDeletetake care ye
Suka atau tidak, kenalah berkorban utk baby dlm kandungan.. betul tak?
ReplyDeleteJadi, selamat minum susu..
kalo saya minum anmum materna ni, adakah saya akan mengandung? haha
ReplyDeletehahaha... gelak jap baca komen @Cikgu Ma.
ReplyDeletetak pe rasanya. Asal susu. zaman dah moden, so, susu2 semua dah dipelbagaikan dengan macam2 khasiat tambahan :)
akak suka perisa vanila....sedap. Masa pregnan akak pn amalkn minum anmum....
ReplyDeleteselamat minum susu dengan jayanya tau muni. k.izan pun masa peknen cuma boleh telan yg susu coklat aje.
ReplyDeletesinggah intai kot2 ada entry baru ;-)
ReplyDeleteselamat minum susu ya dik...elok sangat utk ibu mngndung...tapi akak dulu tak minum susu...tak boleh telan...
ReplyDeletesinggah lagi..
ReplyDeleteSaya pun minum susu ni masa pregnant dulu! Masa morning sickness ade minum yang ori pastu lepas tu tak lalu pulak try yang choc. Best!
ReplyDeletesalam puan kutu...xper la klu tak suka tp fikir ttg bayi yg dikandung.Utk kesihatan baby jgk kan...
ReplyDeleteberapa duit ni kutu?aku pon kene beli untuk bini aku dah ni..haha
ReplyDeletekalau dah serasi dan dah pernah minum baik teruskan sebab dah tau kelebihannyakan.. nnt cuba yg lain pyh kalau x serai :)
ReplyDeletejage diri, jage kesihatan..
saya dl minum susu ni juga tp kakak ipar saya, nurse kat klinik ibu mengandung cakap xleh minum sll susu jenama ni,..nnt baby besar...
ReplyDelete