Semua sudah sedia maklum tentang perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan pasangannya, Husna. Aku malas nak cerita panjang sebab aku pasti korang semua mesti lebih explore tentang perkahwinan ustaz selebriti yang popular ni. Apa yang menarik perhatian aku, majlis ini dibuat secara sederhana tetapi cukup meriah. Ini adalah contoh majlis sepatutnya semua pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan contohi.
1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.
2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.
3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.
4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.
5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.
6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.
*Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :
" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya" (Riwayat Abu Daud no.1260)
7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.
8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh ahli keluarga ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.
* Rajinnya aku update hari ni kan.huhu
alangkan berkat nya perkahwinan seperti ini.. harap majlis saya nanti pun akan seperti ini. ehe
ReplyDeleterajin update la bagus,, :D
ReplyDeleteniceeeeee
ReplyDeleteha'ah kan..baca pun rasa seronok je..
ReplyDeleteni tak buat hantaran semua pakat nak lawan sapa yang mahal..dan lawa..
Suka begitu!!! :D
ReplyDeleterajin update lar bagus kak murni..=)
moga prkahwinan sebegini menjadi ikutan dan mendapat keberkatan......
ReplyDeleteada gak baca ni kat fb..dulu bila kecoh pasal haram lukis inai sy jadi susah hati sbb masa kawen sy pun lukis inai gak.tp bila ada pnjelasan mcm ni rasa lega:)
ReplyDeleteMOGA PERKAHWINAN MEREKA DIBERKATI .. AMIN.. KEKAL HINGGA KESYURGA ...
ReplyDeletediberkatilah hendaknya.
ReplyDeletesy baru tahu pasal yg ltk tgn kat ubun2 tu ms baca kt fb baru ni...
ReplyDeletenice...baru CR tahu...
ReplyDelete