Lately mood berblog sedikit lemau. Hari ini Insyaallah aku akan cuba balas jejak dan BW. Pagi tadi lepas hantar Aiman ke sekolah, aku pergi jogging dengan en suami. Sebaiknya aku sebut senaman berjalan kaki saja.hehe. Kerana terikat dengan jadual kerja yang tak menentu tak dapatlah nak buat setiap hari. Lepas ni kalau menjadi rutin, setiap minggu mesti tak sabar nak timbang tengok berapa kilo bert badan turun.haha..
Terlanjur sedang bersemangat dengan misi berjalan kaki di Taman Jubli, aku cuma nak kongsi manfaat berjalan kaki dengan laju.
Berat badan stabil
Siapa tak suka kalau dapat mengekalkan bentuk tubuh idaman. Amalan berjalan kaki laju akan meningkatkan metabolisma tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolisma tubuh meningkat sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku.
Menurunkan berat badan
Selain mampu menstabilkan berat badan, orang yang mengalami pertambahan berat badan macam aku disarankan supaya melakukan senaman berjalan kaki laju secara rutin.
Risiko elak serangan jantung
Seperti yang kita semua tahu, otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan kaki laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung. Kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah. Ini dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku di pembuluh darah ke jantung.
Angin ahmar atau strok
Walaupun masih tiada bukti kukuh mampu mengaitkan senaman berjalan kaki laju dengan strok namun kajian dilakukan terhadap 70,000 pesakit di Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, yang sering berjalan kaki iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak 2 daripada 3 kes.
Mencegah kencing manis
Dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar 6 kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes Tahap 2 terutama di kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber : Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan). Gula di dalam darah juga dapat dikawal dengan cara berjalan kaki (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Ini bermakna berjalan kaki laju sama manfaatnya dengan mengambil ubat anti diabetes.
Mencegah osteoporosis
Pergerakan badan yang aktif dan berjalan kaki laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium di dalam badan boleh terhindar daripada ancaman pereputan tulang sehingga usia 70 tahun.
Meredakan sakit lutut
Lebih sepertiga golongan lanjut usia di US mengalami masalah sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjalan di dalam kolam renang. ia mampu meredakan masalah itu. Untuk penghidap osteoarthiris, disarankan tidak terlalu gigih melakukan senaman berjalan kaki. Cukup sekadar berselang-seli supaya sendi tidak terjejas.
Tekanan
Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju dikatakan membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.
Kanser
Seperti yang kita semua maklum, pergerakan badan membantu melancarkan penghadaman usus. Kanser dikatakan mampu dijauhkan jika anda rajin berjalan kaki, setidak-tidaknya kanser usus besar. Kajian juga ada menyebut mengenai peranan berjalan kaki di dalam mengurangkan risiko terkena kanser payudara.
SUMBER : http://kelabdiet.com/
Kakak memang percaya jalan kaki boleh sihatkan badan dan memang boleh kurangkan berat badan. Masa musim haji dulu sebab ulang-alik dari hotel ke Masjidilharam kakak susut sampai 7kg tau PK itu baru 43 hari saja..
ReplyDeleteTapi sekarang nak buat jalan kaki balik rasa mim alif lam sin betul.
byk manfaat berjln kaki dgn laju ni yer... tp org mls cam sy ni.. xbuat jugak..huhuu
ReplyDeletesy tiap2 ari berjalan kak sbbnya parking ngan opis jauh yg teramat.lebih kurang 10 minit.pagi petang dalam 20minit senaman kira ok la ek hahahaha
ReplyDeleteberjalan kaki mmg bagus..jom kita jalan2...sll jalan2 window shoping...err..boleh ker gitu??..
ReplyDeletewah! Chaiyok!!!!! saya ni, tiap2 pagi ada je org jogging kt kawasan rumah. malam2 pulak opis wat main badminton. tapi, saya x pernah join. ada penyakit M. kalo rajin mlm ni, ada la update pasal tu ( main badminton ). kuikuikui
ReplyDeletesaya suka berjalan masa nak keluar lunch..tapi jalan slow2 la.. lepas ni kena kayuh kasi laju lagi :)
ReplyDeletetu la kalau hari2 dapat lakukan misi ni kan bagus..
ReplyDeletekalau window shoping pun kira senaman jalan kaki gak kan..?
ReplyDeleteemm tuh la nnti pas bersalin kena wat senaman jalan kaki byk2..
nak jalan2 kt umha.memang xlag tp kalo wndow shoppng ok la kan.huhuhu
ReplyDeletebanyak info dr blog pn.Kutu...:) tq for sharing..;)
ReplyDeletelya sndiri suka bjln..dan x diakui keberkesanan dlm mnurunkan berat badan
ReplyDeletecuaca tk menentu ni salah satu faktor malas nak berjalan kaki wahaha .. alasan banyak
ReplyDeletecuaca tk menentu ni salah satu faktor malas nak berjalan kaki wahaha .. alasan banyak
ReplyDeletehr2 dah jln kaki pergi kerja. balik ambik anak2 kat sekolah pun jln kaki sbb sekolah tak jauh sgt dr rumah.
ReplyDeleteKALAU JALAN KAKI DALAM RUMAH OK JUGAK KAN..HEHEHE
ReplyDeletehusna klau kat rumah pyah sikit nak bjalan..nasib tgh kerja ja..ada jgak exercise berjalan tuu..tp klau kat merbok lg sakan..haha..:D
ReplyDeletepaling ringkas dan mudah ! ..
ReplyDeletehurmmm tu punn adakalanya x sempat huhuh
memang byk kebaikkan senaman ni PK cuma trkdg akak ni xlarat nk menapak panjat tangga ke naik turun ke tingkat 3 dan 4 , 2-3X sehari...abis sakit lutut n tumit nie..hu.hu.hu.....
ReplyDeletesoal berisi saya pun sama tapi lately ini berat badan menurun sampai adik saya kata "kamu pakai baju belang2 tapi nampak kurus", rahsianya makan hati sebenarnya...
ReplyDeleteNak kurus! Saya punya metabolisme yang sangat rendah. Makanan apa yang boleh meningkatkan metabolisme selain bersenam (lol)?
ReplyDeleteMmg kalau jln laju ;) tapi skrg cepat rasa lenguh kalau jalan
ReplyDeletelama2
sama la kita. kalau datang takde mood tu kena paksa diri buat entri.
ReplyDeleteBetul tu.. tp betis juga akan mantap. Hahaha..
ReplyDeleteps: bercakap dr pengalaman, sebulan berjalan kaki dari komuter ke pejabat buat betisku berotot2..
izan pun suka sbnrnya suka jalan kaki ni... rasa best je. cuma skrg ni dah lamaaaa sangat tak buat. apa taknya, nak pegi kedai pun tak sempat nak berpeluh ketiak... huhu...
ReplyDeleteaku sangat tertarik bab menurunkan berat badan tu menigkatkan metabolisme. itu la kunci untuk kebaikan yg seterusnya. bila metabolisme tinggi lemak pun tiada!
ReplyDeleteMemang banyak manfaat berjalan laju ni.. Akak memang sejak dulu tak reti jalan perlahan. Kawan2 kata akak ada "memelihara" sebab sekejap je dh muncul kat satu2 tempat. hehe..
ReplyDeleteJadi cikgu kena berjalan cepat, kalau tak, sempat anak murid bergusti dlm kelas..
makan hati caranya berkesan untuk kurus hihihi
ReplyDeleteLAMA TAK BERJALAN KAT BATU².. TANPA SELIPAR.. SELALU DEKAT TAMAN PERMAINAN ATAU PADANG ADE... ORANG KATA BGS UNTUK ALIRAN DARAH...
ReplyDeletexyah nk bli alat2 yg mahal..jalan pon dh sihat.. :)
ReplyDeletecaiyok2 beb ! hanie jugak tak JALANKAN LG MISI NK BERJOGGING NI...
ReplyDeleteduduk saja2 dan terlalu byk ni tak sihat kan... haihh... bdn pun tak fit
org cina sgt rajin jogging kan
caiyok2 beb ! hanie jugak tak JALANKAN LG MISI NK BERJOGGING NI...
ReplyDeleteduduk saja2 dan terlalu byk ni tak sihat kan... haihh... bdn pun tak fit
org cina sgt rajin jogging kan
caiyok2 beb ! hanie jugak tak JALANKAN LG MISI NK BERJOGGING NI...
ReplyDeleteduduk saja2 dan terlalu byk ni tak sihat kan... haihh... bdn pun tak fit
org cina sgt rajin jogging kan
dah lama tak jalan laju2..dah tua nih..semput lak
ReplyDelete