Sebagai ironchef dirumah masing-masing, kita perlu peka terhadap khasiat makanan yang kita masak. Tambahan pula hidangan yang kita masak itu menjadi santapan keluarga tercinta. Sudahlah dua hero pujaan hatiku sudah pun memiliki berat badan berlebihan. Kalau ambil mudah, bahaya pula bakal menjelma.hehe. Hari ni nak share cara bijak dalam penyediaan makanan yang boleh membuatkan sesuatu hidangan itu lebih berkhasiat.
1. Buang lemak pada daging dan kulit ayam. ( memang sedia aku amalkan)
2. Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran segar sebelum dimakan. Elakkan merendam buah-buahan dan sayur-sayuran, sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir. (untuk yang segar je. Buah dan sayur yang kita beli banyak bahan kimia kot, aku selalu rendam dulu, kadang-kadang dengan air garam, tak sihat ekk?)
3. Jangan memotong atau menghiris kecil buah-buahan dan daun sayur kerana ini boleh menghilangkan khasiat makanan itu. (sayur memang tak potong kecil, kalau buah ada buat juga, lepas ni dah tahu kena makan sebijik-sebijik la)
4. Untuk mengekalkan khasiat ubi kentang dan keledek, biar bersama-sama kulitnya. (tak lalu kot nak makan kulit. Lepas ni kena cuba)
5. Pastikan air mendidih atau minyak benar-benar panas apabila memasukkan makanan untuk dimasak. (sudah semestinya)
6. Kurangkan penggunaan garam, gula dan bahan pengawet dalam masakan anda. (Akan cuba improved lagi, selalu tambah sedikit serbuk maggie bila masak. Nak sedap punya pasal. Adui..)
7. Jangan gunakan minyak masak berulang kali sehingga warna asal minyak berubah. ( aku pasti ramai yang sudah sedia maklum )
* Virus M menyerang lagi, dua hari aku langsung tak BW. Vitamin plz..hehe
setakat ni rasanya buat semuanya yg di atas. cuma sayur mmg suka rendam gitu... kentang tu sbnrnya boleh kalau tak buang kulit dgn syarat kita cuci kulitnya bersih2... kita cuba eh pasni...
ReplyDelete~nice sharing..kna praktikkan :)
ReplyDeleteyg no 2 tu.. sy pun selalu rendam dgn air garam dulu.. br tau upanya xelok yer..
ReplyDeletekulit kentang? patutlah mat salleh selalu tak buang.. cheezy wedges pun ada kulitkan? tengok jenis kentang kot. kalau yg coklat biasa kat kedai tu mcm keras je..
ReplyDeleteerrr..bab bahan perasa tu..kadang2 x bleh nak elak..lg plak..mak mmg gunakan..
ReplyDeletepastu minyak plak..kadang2 x pasti da berapa kali guna..sebab slalunya bercampur T____T
Minyak masak, kompem ok. Pasal saya pakai sekali aje. Kecuali yg buat goreng kuih, berkali-kali juga.bhihihi
ReplyDeleteowh ye ke..rupanya xleh potong kecik2 yer... biasa kalo nk hidang buah k..slalu ptong kecik2...
ReplyDeleteinfo yang bagus ni muni. ada yg kita tahu tp buat2 tak tahu.
ReplyDeleteoo kulit kentang tak yah buang..tp tuh la kita tak buang jadi tak sah plak kan..
ReplyDeleteemm makanan2 kena berhati2 skang kan...semua ada pro and cons..cuma kita perlu maintain dn amik ikut keperluan kan..
baguss infonye... kebanyakan dah dibuat kan... ;) bravo !
ReplyDeletehanie pulak antara smepat tak smepat jer nk BW, bukan vitamin M tp kesibukan dan kesihatan yg kureng sikit...
minyak tu sekali tak bkeladak mmg pyh nak buang..haha
ReplyDeleteyang bab rendam sayur 2 saya suka Puan Muni...
ReplyDeletebila air dh mendidih..tunggu 5-10 saat sblum matikan.. :)
ReplyDeletesayur x leh rendam sbb ada jenis vitamin yg larut air..sy selalunya basuh guna air garam sama mcm kutu utk tawarkan racun kimia hihi
ReplyDeleteubi kentang 2 penah la sy buat x buang kulit.mmg sedap la kak.
ReplyDeleteyg minyak 2,ikut kan boleh guna skali je.sbb 2 kalau goreng apa2 sy guna ckit je.pas2 terus buang..erkk mcm membazir x
yg lain tu ok la..cuma bab kentang tu alamak...mcm tak best la plk nk mkn sekali dgn kulit...pastu buah mmg selalu hiris kecik2...sbb sng budak2 ni nk mkn..
ReplyDeleterasanya semua di atas dah diamalkan , cuma sayur tu kalau tk potong si suami bebel .. haha dia tk suka , tp bee lebih suka makan sayur tk di potong .. cth sayur sawi cina tu sedap kutu ..
ReplyDeletekalau buah epal atau lai, akak lebih suka potong dulu...xlarat nk gigit..hu.hu.hu....
ReplyDeleteMenarik ni Murni! Tqsm! mmg kena amik berat ni... Nampaknye kena lah masukkan aje dgn kulit2 kentang & keledek pasni... carot pun sama gak kot...hehehee.. :))
ReplyDeleteSaya rasa banyak orang rendamkan buah buah and sayur sayuran nampaknya cara ni tak betul.
ReplyDeleteSaya rasa banyak orang rendamkan buah buah and sayur sayuran nampaknya cara ni tak betul.
ReplyDeletePendapat ibu Yusuf, yg no 2 tu tak sesuai dgn sayur yg kita beli sebab sayur tu diracun.. Memang kena rendam air garam rasanya. Wallahu a'alam..
ReplyDeletecik rose jarang rendam sayur...main basuh jer hihihi
ReplyDeleteDAH TENTU²LAH DIAMALKAN... TAK MAHU TING TONGGG... OKKK... MESTI BERTAMBAH SIHAT LPS NI.. TP BILE MALAS MELANDA.. MULELAH MAKAN KAT LUARR.. ALAMTNYA REDHOO JERLAHHH KAN KEBERSIHANNYA TUU...
ReplyDeletey kentang tu mmg ira pnh bc pttnya kena msk dgn kulit2 sekali..wuu..
ReplyDeletekena basuh bersih2 laa..heee
ira bz bkn m..haha tp m pn kdg2 gak..wuuu ni br smpt nak bw :D
tang minyak tuu..saya guna sekali jer pastu buang..
ReplyDelete