Salam bahagia.
Baru berkesempatan untuk mencoret sesuatu di sini. Sibuk menguruskan aktiviti harian. Terlanjur ada yang bertanya mengenai entry Wordless Wednesday : Main Air, aku nak cerita sikit pengalaman aku bermain air. Ekceli gambar tersebut adalah salah satu outdoor activities semasa aku berkursus dekat Rompin Beach Resort tahun lalu. Pengembaraan bermula di Hutan Endau Rompin. Semua peserta kursus bergerak secara berkumpulan untuk jungle tracking. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam.
Pada yang tak kuat stamina tu, mengah jugaklah..Aku maintain jer.huhu..Tapi yang merimaskan aku, kasut sukan aku hampir tercabut. Nak lekang tapak. Biasalah kasut murah.hehe..Habis aktiviti aku campak terus kasut tu dalam tong sampah. Rugi wey masuk hutan pakai kasut lawa dan mahal. Ekceli nak habaq aku tak ada duit nak beli kasut.haha..Teringat cerita kelakar waktu kursus di Kulai, kasut aku tercabut tapak waktu bersenam. Tengah-tengah orang ramai. Malu gila. Bimbang sejarah mungkin berulang.kahkah..Ok lari tajuk..
Dalam perjalanan banyak juga tumbuhan semulajadi yang kami jumpa. Aku nak cerita aku pun tak tau nama saintifiknya..Yang aku ingat, depa tunjuk ranting pokok yang boleh keluarkan air. Lebih kurang macam cara nak dapatkan air kalau sesat dalam hutan. Itu saja aplikasi yang aku tau.hehe..Dipendekkan cerita, selepas aktiviti jungle tracking, rupanya kami didera lagi untuk bermain air, iaitu acara river crossing.
Masing-masing sudah menunjukkan muka cuak bila nampak tali yang panjang bakal dilepasi dalam kedalaman air yang memang tak dapat nak jejak kaki. Aku rasa sedikit gementar tapi eksited gila nak buat aktiviti tu. Gambar yang korang tengok dalam entry WW tu adalah acara water confidence. Kami diconduct untuk membiasakan diri dengan air sebelum acara river crossing.
Water confident. |
* Buat yang tak sabar menantikan mini novella aku, sabar ya..Part 4 tak siap lagi, semalam tak ada mood nak menulis. (budget macam ramai jer yang baca.kehkeh..)
hok aloh... diaorg x tau ke yang mana pn kutu? yang tudung paling menyerlahlah kan? merah.... kah3... tapi mmg besh wat xtvt mcm ni... sy suke giler kalo masuk2 hutan n terjun2 sungai ni...
ReplyDeleteSangat best bermain air!@!!!!
ReplyDeletewahhhhh, saya pun nak join laaa... kali terkhir saya ikut aktiviti macam ni masa Bina Insan Guru tahun 2008.. seronok...
ReplyDeleteranting pokok apa yg ada air tu?.. saya pun suka aktiviti gini walaupun saya sbnarnya tak pandai berenang.. hahhaha
ReplyDeleteP/s : muni yang tudung warna merah.. hihii
dah agak g kursus..hehe..wanie penah sekali mase plkn buat macam akak ni..name die water confident eh?tak ingat sudah..
ReplyDeletewater confident tu bee lulus dengan cermerlang , walo tk de pelampung tu tp leh juga terapung , percaya tak ?
ReplyDeletebestnyer...ala2 berendam dlm ayor berjemaah gitu..hehe
ReplyDeletekenal dah mana kutu..yg sweet2 tu .. ;)