Kad biru bernota menjadi ratapanku.
SMSmu membuat aku bersemangat untuk terus hidup konon! Ayat tak boleh blah! Dah berapa hari dah ni tak hantar aku mesej. Kononnya tak semangat nak hidup dah la tu..Pergi mampos! Hilang sudah kecomelan..cuba ayu sikit lisa oii! Sudah seminggu Shin Shan tidak menghantar SMS buatku. Aku meninggikan ego setinggi-tingginya untuk memulakan mesej terlebih dahulu.
Aku malu..Aku seperti terlalu beria untuk membongkar identiti Shin Chan. Sakit hati yang aku dapat. Aku mengurut dada. Membayangkan keindahan perasaan pada setiap mesejnya. Kemarahanku reda seperti sengaja dipimpin untuk merasakan sebuah pengharapan. Harapan agar Shin Chan SMS aku, harapan agar hidupku kembali ceria dengan kehadiran Shin Chan.

Selama seminggu juga setiap hari aku memandang blackberry, menanti bunyi beep..beep..menunggu panggilan mama dari mesejnya, mengharap kata-kata perangsang dari Shin Chan. Aril menghubungiku setiap hari. Kami hanya sempat bercakap sebentar. Aril juga sibuk dengan peperiksaan akhir. Minggu 'study week' berlalu begitu sahaja tanpa mesej nakal dari Shin Chan. Misae kini terasa kehilangan Shin Channya.
Aku mesti fokus..Biar akal memandu setiap perbuatan. Itu yang selalu Maktok pesan. Seakan ada semangat Maktok merasuk. Lusa 'paper IT', aku mahu kekalkan pointer yang baik. Aku mesti banggakan Maktok, Mama, Abah, Abang Lan dan Angah. Aku terbayang wajah tua Maktok. Wajah berkedut, tenang dan sarat dengan kasih sayang. Ruang rindu membesar sebesar-besarnya. Kasih sayang dan didikan maktok tumpah sepenuhnya sejak aku kecil.
Aku SMS Ira, “Minah bunga, hang kat mana? Aku nak balik jumpa Maktok, nak ikut tak?”
Beep..beep..
“Gila..sok aku ada paper.. Tiba-tiba jer, Mak tok tak sihat ka? Library la..kan dah cakap..Ko balik sini esok kan?”
“Sihat, aku rindu..Yup..Bubye roommate kesayangan..Take care”!
“Mengada-ngada. Manja! OK, hati-hati Lisa..bye!”
Idea gila untuk balik kampung saat orang lain sibuk studi datang mengejut. Rasanya sudah tiga minggu aku tak jumpa Maktok. Aku terlalu sibuk dengan pelajaran, sibuk menyiapkan tugasan, sibuk dengan test dan sibuk dengan study week. Aku perlukan semangat Maktok untuk kertas pertama peperiksaan akhir. Kata-kata perangsang dari Maktok selalunya berjaya buat aku menjawab semua soalan dengan tenang.
Nombor telefon rumah aku dail, suara Maktok tenang mengucap salam..
“Waalaikumussalam Maktok, Lisa nak balik”.
“Eh..hang kata periksa hari Selasa? Hang kata nak belajaq? Kata nak balik lepaih periksa?Lisa lawak ja kan?” bertimpa-timpa soalan dari maktok.
“Lisa tak tahan rindu dah ni..”
“Hang ni..nak suruh Maktok buat coq udang ka?”
“Pandai maktok..”
“Dah tau dah, balik sehari ja la ni? habaq kat abah hang dah?”
“Nanti Lisa sms abah je..Emm esok petang orang balik sini balik. Dan eh..Lagipun Lisa dah studi. Kompem boleh jawab punya. Cucu maktok ni kan pandai, macam maktok jugak..hehe..”
“Hang kompam sangat eh..Mak tok risau..”
“Confirm la Maktok, bukan kompam” gelihati bila maktok cuba berbahasa mat saleh.
“Hang elok2..Bila nak balik? pukui berapa?”
“La la..Nak p mandi, dah siap kain baju dah ni. bye maktok, jumpa satgi naa..”
“Lisa jaga diri baik-baik..Assalamualaikum” Mak tok menamatkan perbualan.
“Yes boss.Waalaikumussalam..”
--------------------------------------------------------------------------------
Di dalam bas, telefon bimbitku berbunyi lagi. Nota IT ditangan hampir terjatuh. Niat untuk membaca nota terhalang dek kedinginan aircond. Kesejukannya begitu mendidik untuk aku menghabiskan masa dengan tidur sahaja. Terkejut! Baru nak tidur sekejap, potong betullah!
“Hello..Assalamualaikum..” aku bersuara serak. Suara orang baru bangun dari tidur.
“Hello..” perkataan hello diulang sekali lagi.
Talian dimatikan..
Isk main-main lagi..Nombor yang sama. aku pasti!
Beep..beep..
“Sedapnya suara mama..hehe”
Shin Chan? Aku serba salah untuk membalasnya. Kerana kerinduan dan harapan yang menggunung tinggi mengharapkan semula kehadiran Shin Chan, aku lupa sekejap kejadian menunggu Shin Chan di depan Body Glove. Dalam keadaan mamai aku membalasnya.
“Huh merajuk..”
“Tak rindu anak mama ni ke? Jangan marah misae, hari tu aku ada hal..Tak sempat inform hang”
"Rindulah Shin Chan. Aku rindu sangat." Tak mampu rasanya nak meluahkan.
“Aku tak tanya pun..” SMS ringkas lagi aku balas. Masih dengan nada merajuk.
“Aku tak tanya pun..” SMS ringkas lagi aku balas. Masih dengan nada merajuk.
“Ibu aku sakit..Babah aku call, tergesa-gesa aku balik”
Timbul pula perasaan kasihan. Aku mengerti perasaanmu Shin Chan. Aku juga punya ibu. Ibu yang melahirkan aku. Walaupun..arghhgh..Aku melepaskan keluhan. Tidak mahu membebankan kesedihan saat final exam semakin dekat.
Beep..beep..
“Aku tak boleh lama..Nanti aku mesej hang lagi…”
“Ok..” mesej orang tengah merajuk mesti ringkas.
“Stay focus your objective to maintain your objective. Gudluck for ur final. Jumpa kita dipuncak kejayaan. Sayang mama..” mesej terakhir dari Shin Chan di tenung. Berbunga lagi perasaanku.
Turun dari bas aku tergesa-gesa mencari bas untuk kerumah Maktok. Pejalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam. Aku tiba dirumah dengan selamatnya.
"Assalamualaikum.." Salamku dijawab Maktok.
Tangan Maktok aku cium. Aku peluk erat tubuh Maktok supaya lepas segala kanganku. Sungguh aku rindu ciuman dan pelukan Maktok. Terasa kehangatan tubuh kurus maktok menjalar penuh rasa cinta pada cucunya.
Tak rugi aku balik walau sekejap. Puas bermanja-manja dengan Maktok, aku ke pangkin depan rumah. Mak Tok ke dapur menyediakan cucur udang. Hendak di bantu tapi Maktok menghalang, katanya suruh aku berehat. Tenangkan otak untuk menjawab soalan peperiksaan lusa. Maktok memang begitu. Suka memanjakan aku.

Sawah padi dikeliling rumah Maktok sedang menguning. Segar dan nyaman udara di kampung. Aku cuba menggamit kenangan. Kenangan bersama Aril. Di pangkin inilah aku dan Aril sering bersama. Dulunya kami akan menelaah pelajaran berdua, menyiapkan kerja sekolah bersama-sama. Kini Aril jauh dimata. Jauh diseberang sana, di Universiti Malaysia Sabah. Hanya telefon yang menjadi penghubung. Jarak menjadi penghalang cinta kami.
---------------------------------------------------------------------------------
Shin Chan dan Aril aku lupakan seketika kerana sibuk dengan peperiksaan. Paper terakhir telah berjaya aku tempuhi. Lega rasanya bila dapat menjawab soalan sebaik mungkin. Sebelum final, seakan ada batu besar menghempap kepala. Hari ini sebaik keluar dari dewan peperiksaan, dadaku terasa sangat lapang. Kepala yang berat terasa ringan. Happy macam dunia ini aku yang punya!
Aya, Iza dan Balkis mengajak aku ke cafe. Iza dan Balkis mengomel lapar. Aku biarkan Aya bersama mereka. Lagipun perutku belum minta di isi. Makan dekat dining saja malam nanti. Nak balik bilik pun boring. Ira dah balik Shah Alam semalam. Hanya bunga-bunga Ira yang di dalam bilik ditinggalkan bersama aku. Rindu pula pada Ira dan keletahnya.
Aku memilih untuk duduk disuatu penjuru tidak jauh dari Cafe.

“Aku tunggu kat sini..Nanti hangpa dah sudah makan, mai sini..”
“Orait..”Balkis dan Iza serentak bersuara.
Aya, Balkis dan Iza sudah berada di dalam Cafe. Di depan cafe, aku ternampak Kimi bersama seorang pelajar perempuan. Tengah bercakap-cakap entah apa butir bicaranya aku tak ambil pusing. Aku belek tubuh montok gadis yang sedang berbual dengan Kimi. Nampak manis berbaju kemeja pink dan berseluar jeans dengan flat shoes. Gadis itu menyelak-nyelak rambutnya yang panjang melepasi bahu dengan senyuman yang menggoda.
Macam aku kenal. Satu batch rasanya, tapi bukan budak business. Ahh lantaklah..Ada aku kesah. Dia punya pasal! Tak ada kena mengena dengan aku langsung! Kimi perasan dirinya sedang diperhatikan. Ketika mata Kimi tepat memandang kearahku, dia mengangkat kening dan senyum.
"Wekk.." aku menjelirkan lidah.
Gadis berkemeja pink sudah berlalu. Kimi menghampiriku. Walaupun perasan kedatangan Kimi, sudah terlambat untuk aku angkat kaki. Sejak kejadian Kimi belanja aku dan Aya minum air, dia menjadi semakin ramah. Aku jadi pelik kerana selama ini kalau bertemu di mana-mana, Kimi cuma memandang tanpa perasaan. Jangan kata nak senyum, aku pun tidak dipandangnya.

Wajah macho Kimi kebelakangan ini sering menghantui. Mana aku pergi ada Kimi..Macam tak ada muka lain. Ke library ada dia, ke koperasi ada dia..ke Cafe ada dia. Ahh mungkin perasaan aku saja. Yelah dia dan aku sama kos, sudah tentu paper yang aku ambil pun Kimi ambil. Kalau aku jawab soalan exam, dia pun jawab soalan yang sama. Apalah aku ni. Suka sangat perasan.
“Awak tak makan? Diet ke? Tak haus..?” Banyak pulak soalan Kimi..Aroma minyak wangi yang sama semasa dibilik Mr Raden aku hidu.
“Waalaikumussalam. En Ziad Hakimi, aku punya sukalah...” Dah la tak bagi salam, main terjah jer. Do I know u?” aku pura-pura berlakon macam tak kenal Kimi.
“Kasar! I like ur way..comel kalau marah..”
Baru saja bercakap dengan perempuan lain, ada hati nak datang sini ayat-ayat aku pulak. Dia ingat dia hensem sangat? Memang hensem pun. Aku memuji pemuda dihadapanku.
“Betul..saya suka..cute sangat..”
“Aku tak suka..”
Aku pura-pura melihat jam ditangan. Aku biarkan Kimi duduk disebelah. Hatiku bergetar. Dadaku berombak kencang. Aduh mamat ni nak rapat-rapat pulak. Ada beberapa orang pelajar perempuan tersenyum-senyum melihat kami. Nak begosiplah tu. Pantang nampak Kimi kasanova dekat dengan perempuan. Mesti mereka kata Lisa gadis murahan. Senang betul menerima cinta dari lelaki seperti Kimi. Pedulikan!
Kimi tenang duduk disebelah. Tubuh sasanya seakan menyentuh bahuku. Bau haruman minyak wanginya menegakkan bulu romaku. Aku mula menjarakkan kedudukan. Kimi tersenyum nakal. Aku buat muka kelat. Kimi mendekatkan mulutnya ketelingaku sambil berbisik. Dia mengeluarkan perkataan yang membuatkan aku hampir pitam.

“If I tell u I love u, can I keep u forever?”
Hah???
BERSAMBUNG..
suka part ngan mak tok...
ReplyDeletewahh, novel bersiri ke ni kak... pandai akak mengolah ayat2nya.. seronok membacanya
ReplyDeletehuuuuu...jiwang betol mamat kimi ni..die la sin chan kan..cepat sambung kak :)
ReplyDeleteencik ziad hakimi..i lebiuuuuuu ekekeke :)
ReplyDeletekimi kah shin channya? huhuhu...
ReplyDeletedalam kelakar ada romantiknya.....
ReplyDeletesukanya kutu ..
ReplyDeletekutu masa bermesej merajuk dgn shin chan atas bas kan , lepas tu terus peluk maktok ? sekjurang2nya tulis lah bas berhenti selepas habis mesej ke ..
pastu ada typo sikit tang ayat ..
Bu haruman minyak wanginya menegakkan bulu romaku.
cari kat mana hikss...
makin syok la.. kimi ni jiwang..i like it.. hihii
ReplyDeletebest3..
terjah part 5 plak..
nk baca...tp tk sempat...byk keje ni...bookmark dulu la...ada masa blh baca... ;-)
ReplyDeletewaallaweiiiiiiii :D
ReplyDelete