Pages

Monday, October 31, 2011

Tom Yam Campur Suka Hati


Assalamualaikum

Hari nie bertemu lagi dengan menu masakan dari dapur Puan Kutu. Tadaaaa...Tomyam Campur. Nampak cair kurang mengancam. Kuah turun kebawah tu.hehe..

Misai udang berterabur.haha..

Resepi nie untuk hidangan tiga orang yang berperut besar. Aku tak pandai sangat masak tomyam, so aku selalu sesuka hati masak ikut cara aku. Janji en suami suka. Ekceli beliau tengah lapar. Hari nie aku tak masak nasik, jadi habis dihirupnya kuah tomyam nie sampai licin.haha..


Nama pun campur, apa saja bahan yang ada, aku campur sesedap rasa..Resepi nie ada sedikit gabungan asam pedas rebus. Boleh cuba kalau nak bertukar selera. Original resepi suka hati hentam kromo dari aku sendiri.


Resepi Tomyam Campur


Bahan-Bahan

  • 100gm daging kisar
  • 3 ekor ketam
  • 6 ekor sotong sederhana besar dipotong ikut suka
  • 3 ekor udang besar punya
  • 1 peket pes tomyam Adabi
  • Bawang merah, bawang putih, halia dan lada kering diblander. (aku guna lebih kurang 4 sudu besar, ikut korang nak pedas macam mana)
  • 3 batang serai diketuk
  • 2 keping asam keping
  • Sayur campur ( aku guna lobak merah, kobis bunga dan baby jagung)
  • Bawang besar dibelah 4 dan 3 biji tomato dibelah dua. (aku tak letak pun)
  • 2-3 sudu besar sos cili.
  • Garam, gula dan sedikit serbuk pati ayam maggie.

Caranya, masukkan air dalam kuali sebanyak mana kuah korang nak. Kemudian masukkan peket pes tomyam, sos cili, bahan blander, daging kisar, serai dan ketam kedalam kuali. Tak perlu minyak, cuma masak hingga mendidih. Bila mendidih masukkan asam keping dan semua sayur campur yang telah dipotong. Masak sekejap lepas tu masukkan sotong dan udang. Perasakan dengan pati ayam, garam dan gula secukupnya. Last sekali kalau suka masukkan bawang besar dan tomato..Siap untuk dihidang. 

Sungguh enak di makan begitu saja atau dengan nasi dan mee. Aku makan dengan lebihan bowties hari tu. Kalau malas tapi kempunan sila datang rumah aku, nanti aku tolong masakkan.haha..


                                               



13 comments:

  1. mmg suka hati tgk tomyam tu...sedap..umah ni pun penggemar tomyam..saya pun buat sesuka hati jugak..

    ReplyDelete
  2. ehem ehem ada lagi tak? nak makan ni lapo pulak,hehe

    ReplyDelete
  3. sedpnyerrr.. mmg febret ni... klo mkn kedai..tomyam+telur dadar mmg wajib

    ReplyDelete
  4. sedapp...chii slalu wat tomyam ayam je..kalo cmpur2..best gak kan..nnt penuh sampah sarap :p

    ReplyDelete
  5. "alah kutu..kita masak ni takyah nak berkira2 sgt,main hentam ja..hahaha..akak ler tu,janji cukup rasa..tomyam ni sedap kan makan tk kira waktu...lps mkan ngan nasik ratah2,hirup kuah pulak.."

    ReplyDelete
  6. sy br skali msk tomyam.. hihii tp sy mmg pggemar tomyam.. lbh2 lg kalu org buat.. hahahaaa

    ReplyDelete
  7. eh tersama lak menu lunch kita ya..sy masak tomyam kupang smalam (isnin)

    ReplyDelete
  8. tom yam belasah ni... hehe... pandai reka resepi ek? gud

    ReplyDelete
  9. akak, copy resepi tau..hehe..wanie tiap kali buat tomyam mesti ade je yg kureng..huhu

    ReplyDelete
  10. rajin kutu wat tomyam , bg bee tomyam nih makanan kat kedai je tk minat sgt hehe ..tp kalo org masak laju je habis ..

    ReplyDelete
  11. kakyong pun suka masak tomyan.. anak2 suka hirup kuah byk2..
    tp kakyong x suka guna asam keping.. jd mcm kurang ummpphh (selera memasingkan..).. lebih suka letak daun limau purut.. & perahan limau nipis.. & selalunya lebih cili api..

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!