KLIK BANNER UNTUK TENGOK SYARAT-SYARAT CONTEST |
Telebih dahulu, Waalaikumussalam (jawab salam k.mimi kan)
Assalamualaikum dan salam bahagia.
Pada peminat novel, korang dah baca novel online dari novelis berbakat rafinamimi.com atau lebih dikenali sebagai Mrs Yie? Ini bukan pujian tau kakmimi.hehe..Mrs Yie ada buat contest tahu? Apa kata kita ramai-ramai meriahkan suasana disamping berhibur membaca novel. Oleh kerana aku memang ikut novel nie, so wajiblah aku join. Belasah la sipnopsis macam mana pun janji tak lari dari jalan ceritanya yang asal ye tak?
Sipnopsis Takdir Itu Untuk Aku
Ariana, anak tunggal Encik Ahmad dan Puan Rokiah, gadis serba sederhana yang cantik, nakal, agak kasar dan berpendirian tegas. Ariana tidak senang memikirkan tentang jodoh. Dia seakan serik untuk bercinta kerana pernah ditipu oleh Nazri. Malang menimpa, orang yang paling Ariana sayang pergi meghadap ilahi. Kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan.
Disebabkan pernah kecewa, Ariana berjiwa keras terhadap lelaki. Izudin dan Haji Fahmi, dua lelaki berlainan karektor menaruh perasaan terhadap Ariana. Tersepit diantara kekasih dan majikan, timbul pelbagai konflik hati dan perasaan. Haji Fahmi, bujang terlajak yang kaya dan alim. Majikan Ariana ini sangat taat pada agama, sentiasa tenang dan bersahaja. Selain menunjukkan sikap mengambil berat, Haji Fahmi selalu memberikannya hadiah. Kebaikan Haji Fahmi ternyata tidak membuka hati Ariana untuk menerima jejaka itu.
Ariana lebih tertarik pada jirannya Izudin, duda yang masih terikat dengan pelbagai masalah peribadi. Hubungan mereka sering konflik kerana bekas isterinya, Puan Dila sering mengganggu dan meminta wang. Izudin pula langsung tidak bersikap tegas. Perasaan yang Ariana cuba selindung rupanya tidak bertahan lama. Cintanya diluahkan secara tidak sengaja. Peribadi Izudin benar-benar membuatkan Ariana tertarik. Walaupun penuh dengan cemburu, lelaki yang menjadi perhatian ramai wanita ini seorang yang terlalu melindungi, cukup romantik dan pandai bermain kata-kata. Hubungan Ariana dan Izudin semakin semarak dengan rindu dan kasih.
Pelbagai insiden romantik, salah faham, merajuk, cemburu, sedih dan lucu bisa menyentuh hati sesiapa yang membaca. Bagaimanakah kesudahan percintaan Ariana dan Izudin? Dapatkah Haji Fahmi meraih cinta Ariana?
‘Hadiah wang tunai beserta topup adalah tajaan MR.YIE.. Hadiah TOWEL, PEDOMETER, MOUSE PACK dan KLIK STAND adalah sumbangan dari blogger HALIF yang telah di syorkan oleh PUAN BEE..
* Macam berterabur jer ayat aku. Susah jugak nak buat sipnopsis.
kihkihkih..akak gelak je baca sinopsis yg murni buat ni..amboi,panjang betul sinopsisnya..tapi, akak suka baca..terlalu padat! Seolah-olah mcm cerpen pulak..nanti akak akan senaraian peserta contest pada sidebar dalam blog akak ye..nanti ceklah..time kasih kerana sudi membaca novel hentaman akak tu ye..kelakar je..hehe :) time kasih juga sudi join contest ni.. :)
ReplyDeletenanti murni baiki sikit ayatnya ye...rasa mcm agak kelam kabut sikit tu..hehe :)
ReplyDeletehamboii, panjangnya sinopsis... semoga akak berjaya dalam contest ni ye....
ReplyDeletehuhu.. gud luck ye kak kutu.. hehe... saya xsempat la baca novel kak mimi tu.. kalau saya baca dah lama saya join contest ni :)
ReplyDeletegood luck puan kutu..
ReplyDeletenama puan kutu ni apa yer?.. nak panggil apa ek?.. hihii
ohya, tag puan kutu..
http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2011/10/jom-main-tag2.html
gud luck...moga brjaya.
ReplyDeletedulu masa skolah mmg minat baca novel..1 hari boleh abis 1 novel..tapi skrg..dah berbelas tahun sy tak pegang novel.huhuh
ReplyDeletesay lama tak bca novel kak, pegang buku je anak dah tarik..huhuuuu
ReplyDeletesemoga berjaya...
ReplyDeleteok murni akak dah cek.yg ini lebih bagus dari tadi..gud luck! :)
ReplyDeletepeh...payah ni...:)
ReplyDeletegud luck PK...
ReplyDeletedah lama x join contest.. nak buat sinop lagi le malas.. ;)
gudluck kutu ! EH tp result dah kuar kan... ;) xsempat jenguk result
ReplyDelete