Pages

Thursday, October 06, 2011

Sambal Udang Bersos



Salam..


Dah lama tak menunjukkan skill memasak. Selalu juga teringin mahu share resepi tapi ketiadaan gadget buat memupload gambar mematikan mood. Hari nie hasil edit photoscape bolehlah, nampak juga rupa masakan walaupun gambar tak semegah mana. Kalau tengok gambar sebenar serupa terkena ribut salji. Putih melepak tak perlu compact powder.haha..


Puan-puan, hari nie resepinya mudah saja. Semua tahu bukan buat sambal? Masing-masing punya cara tersendiri. Tak banyak beza, rasanya sama saja kot. Manalah tahu korang nak ubah selera ikut cara aku. Jom usha Resepi Sambal Udang Bersos dari Puan Kutu.


Bahan - bahan yang diperlukan seperti biasa minyak untuk menumis, udanglada kering+bawang merah+bawang putih+halia di blander semuanya, sebiji tomato di potong dadu, sedikit sos cili dan air asam jawa. Jangan dilupa serbuk perasa, garam dan gula secukupnya ya.


Caranya, panaskan minyak, masukkan semua bahan blander. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan tomato yang dipotong dadu kemudian sos cili. Masukkan serbuk perasa, gula, garam dan akhir sekali air asam jawa. Setelah mendidih masukkan udang dan jangan masak lama sangat, dikhuatiri udang akan keras dan manisnya hilang.keke ini semua orang tahu!


Taraa..siap...


Udang fresh dari Tanjung Dawai.
Abaikan comot-comotan di magkuk tu yer..


Kalau suka boleh juga letak bawang besar dan petai. Kondisi pedas, manis dan masam yang setara akan melahirkan sambal udang yang enak dan mabeles sampai tak cukup tiga pot nasik. haha..Sekian..


15 comments:

  1. akakkkkk terliur ni.dh lah rara suke udang.

    ReplyDelete
  2. hadoi mengugat betul dah berapa hari rinduan nak makan udang nih

    ReplyDelete
  3. sedap2..lama tul x makan udang..ni yang terasa nak masak sok ni

    ReplyDelete
  4. Sedap3x.. tp anak2 suka sotong berbanding udang.. :D

    ReplyDelete
  5. amboi flash kamera x hengat..... x leh mkn udang lah kak.....

    ReplyDelete
  6. membuka selera yang sememangnya tak pernah tertutup

    ReplyDelete
  7. yummy..irsyad suka sgt makan udang...hmm

    ReplyDelete
  8. sambal udang fevret den tuuu ... method lebey kurang jer cume adakalanya terlupe letak air asam jawa maybe sbb sos dah rasa masam2 kot :p

    ReplyDelete
  9. isk..isk..sedapnya :) dah lama tak makan udang..tetiba terliur nak makan tengok gambar ni

    ReplyDelete
  10. aiyo...strees nye tengok sambal udang nih... kat kolej asyik lauk ayam je semua...tensen tol..huh..

    kak, nak oder sambal udang petai satu!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  11. esok den nak msk mcm ni jgk la..membangkitkan selera betul..:)

    ReplyDelete
  12. alaaaa....buatku terliur nak makan sambal udang, dah lama tak makan ni...huhu

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!