Semalam masa pembentangan bajet, aku buat kek susu. Lately selalu teragak nak makan kek. Nafsu mengidam aku nie sungguh mengundang berat badan!haha. Ada yang minta aku tayang rupa kek. Boleh jer, cuma kualiti gambar faham-faham sudah. Over lighting dan bergegar macam aku penghidap parkinson. Malu nak tunjuk tapi mahu.haha..
Lepas bakar aku rasa macam kek aku tak berapa masak di tengah. Almaklum oven cikai, bukan yang ribu2 tu. So aku pun bakar lagi dan kemudian menyambung menonton muka kacak PM. Tak sampai berapa minit hidung aku dah menangkap bau hangit. Bergegas aku keluar, tengok-tengok oven dah berasap.haha..Nak cuba buat?
Resepi Kek Susu
Bahan - Bahan :
- 250 g butter
- 200 gm gula
- 200 gm tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 5 sudu besar susu pekat
- 5 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
Caranya :
- Putar butter dengan gula hingga kembang.
- Masukkan susu pekat dengan esen vanilla.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar lagi hingga sebati.
- Masukkan campuran tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat yang diayak. Putar lagi hingga sebati.
- Tuang dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah c sehingga masak lebih kurang 45 minit hingga 1 jam.
Rupanya langsung tak menawan. Lighting uncontrol! |
Adunan kek aku guna loyang kecik ja, selebihnya aku buat cupcake. Cupcake dah lunyai dalam perut. Kek nie kalau makan macam tu saja pun sedap. Bukan aku kata, en suami yang kata.haha..Tapi aku gatal tangan jugak nak buat topping pasal tak puas hati dengan rupa buruk kek aku. Kalau dah mekap nampak cantik sikit kan. Ini resepi untuk topping kek saiz kecil.
Resepi Topping Coklat / Ganache
Bahan - Bahan :
- 100 gm coklat masakan (dipotong kecil)
- 125 ml susu perisa coklat
- 50 gm butter dipotong kecil
- 4 sudu besar madu (boleh ganti gula perang atau gula biasa)
Caranya :
Campak semuanya dalam periuk dan masak atas api kecil. Lepas tu tunggu agak-agak dah suam curah atas kek yang dah sejuk. Hiaslah suka hati korang dengan chocholate rice!
Gambar waktu gempa bumi. Korang ada?haha.. |
Nah besar gedabak. Hasilnya bila dipotong! |
Ok apa kek tu.janji boleh makan.:)
ReplyDeletemenawan jugak kek PK nih... nanti leh la buat resepi kek PK nih... simple jer.. kakyong suka benda2 yg simple2 nih..
ReplyDeletesaya memang ada masa PK...tapi tak pernah ringan tangan buat kek atau biskut, sebab ada kakak so dah terbiasa kakak yang buat, saya pegang anak dia ker, atau tukang beli bahan...
ReplyDeletenampak sedap :)
ReplyDeletecantik lighting camera akak.. keh3.... wahhhh leh terai buat ni... sonang je tuh....
ReplyDeletefuh menggoda perut!
ReplyDeleteRajinnya. Sambil tgk bajet, siap sebiji kek. Nampak menawan hasil kreativiti PK ni. Tq share resepi.
ReplyDeletesangat menyelerakan...rupanya PK ni rajin masak ek..patutlah aiman cubby.....hi...
ReplyDelete