Pages

Saturday, October 08, 2011

Bajet 2012 : Untuk Rakyat



Sana sini orang bercakap pasal bajet ekk. Balik kerja tadi singgah kat kedai runcit pun makcik kedai dok sebut yuran sekolah free. Sebagai salah seorang kakitangan awam, aku tidak terkecuali untuk merasa tempiasnya. Walaupun tak merasa bonus dua bulan gaji, tenyata bajet kali ini membuatkan rakyat tersenyum dengan habuan masing-masing.keke..Selama dua jam pembentangan, aku siap terlelap dan sempat baking kek sampai hangus.haha..



PM bersama timbalannya, memegang buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012 selepas membentangkan Bajet 2012 di Parlimen.



Nak highlight sikit antara pembentangan bajet 2012 untuk rakyat semalam :


Kakitangan Awam
- Struktur gaji lebih baik dengan kenaikan gaji 7-13 peratus
- Kenaikan gaji tahunan antara RM80-RM320 mengikut gred
- Umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun
- Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500



Perumahan Rakyat
- Pembiayaan Skim Rumah Pertamaku dinaikkan kepada RM400,000
- 15,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat
- Subsidi RM20,000 bagi 10,000 rumah Program Perumahan Mesra Rakyat



Pesara Kerajaan
- Bayaran khas RM3,000 kepada bekas anggota, duda dan balu polis khas dan polis tambahan
- Kenaikan pencen 2 peratus setahun
- Bayaran bantuan RM500

Sektor Swasta
- Caruman majikan KWSP untuk gaji bulanan di bawah RM5,000 dinaikkan kepada 13 peratus
- Pelepasan cukai sehingga RM3,000 bagi caruman skim persaraan swasta dan anuiti insurans
- Pengecualian cukai ke atas pendapatan dana skim persaraan swasta

Warga Emas - Caj pendaftaran pesakit luar percuma di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk Klinik 1Malaysia
- Diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel

Tangani Inflasi
- Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000
- Penerusan subsidi bil elektrik RM20
- Penerusan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.3 bilion

Pelajar
- Yuran sekolah percuma
- Bantuan RM100 untuk semua pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5
- Baucar buku RM200 kepada pelajar IPTA dan

Peneroka FELDA
- FELDA Global Ventures Holdings disenaraikan di Bursa Malaysia untuk jadi syarikat konglomerat global
- Peneroka akan dapat durian runtuh




SUMBER : http://www.bharian.com.my/







9 comments:

  1. tp manusia xpernah rasa cukup. hehe. kek ape puan kutu? tayang sikitttt.. haha

    ReplyDelete
  2. kek apa yg sampai hangus tu??

    ReplyDelete
  3. harap2 belanjawan yang disampaikan dapat menggembirakan ati semua pihak

    ReplyDelete
  4. ok dh tu klu penjawat awam dpt cmtu..hehe..tpi klu up lg kn best

    ReplyDelete
  5. chii x sempat pun nak dgr semlm.terlupa..tp katanya banyak menggembirakan rakyat..bagus la tu kan

    ReplyDelete
  6. Bajet 2012..rezeki jgn di tolak, musuh jgn dicari....tnggu bonus akhir tahun...

    p/s...bajet punya pasal...sampai hngus kek yer dik...nape tak tayang kek bajet tu????

    ReplyDelete
  7. syukurlah semua happy..:)
    tayang skt kek yg hangus tu hihi

    ReplyDelete
  8. Lepas dengar bajet, semua sibuk kira gaji masing2 bila dah selaras nanti. Alhamdullillah ada gak bonus untuk kakitangan awam.

    ReplyDelete
  9. kalau PK nk tau akak sbnarnya xsetuju dgn umo prsaraan 60 thn tu ttp yg bertukus lumus bawa isu tu adalah suami akak (dia ahli majlis trtinggi cuepecs Msia)n masa usul tu dibuat akak ada brsama mrk smasa brseminar kt sabah......dh bbrapa thn suami n the geng bawa usul tu utk dibincang...

    akak prnah ckp kt suami, jgn smpai nnti ada cikgu lupa jln blk rumah cz dh nyanyok...wakaka..-jgn mare, gurau je...

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!