Pages

Wednesday, July 06, 2011

Family Outing - Transformers : Dark of the Moon

Petang tadi dengan buang tebiatnya aku ajak en suami tengok wayang. Kalau nak tengok cerita melayu en suami memang tak nak. So aku ajak tengok transformers. Nama pun family outing, mesti bawak Aiman sekali. Aiman bila cakap nak tengok Transformers punyalah excited. Lagipun ini first time bawak Aiman tengok wayang. Aku pun first time jugak sejak bergelar ibu.keke..

Nie buktinya family outing kami tadi. Pic kabur nie macam dah 5taun dulu jer kan?haha..

Masuk jer kat dalam panggung, Si chubby nie memang excited habis, masa promo intro dah sibuk dok tanya bila nak mula, Aiman dah tak sabar. Belum mula kami dah melantak popcorn dan minum air segala. Beberapa minit lepas transformers start, Aiman dah nak kencing. Spoil betul bawak budak kecik kan..Pastu  bila masuk semula dalam panggung, Aiman dah tak pandai duduk diam. Mulutnya yang macam popcorn tu dok bising bercakap. Taksenang duduk dah. Sekejap bangun sekejap duduk.

Aiman yang keboringan last-last tertidur. Tak lama lepas tu abahnya yang memang kepenatan pun tertidur jugak. Pastu bila terjaga, cerita dah dekat nak habis. Bila keluar panggung en suami sibuk dok tanya aku kenapa transformers tu ramai-ramai turun kat bumi. Aku jawab jer tak tau.haha..


Filem ini dibintangi oleh aktor terkenal Shia LaBeouf (Sam Witwicky), aktress cantik Rosie Huntington-Whiteley (Carly), aktor Josh Duhamel (Major William Lennox). 

Bumblebee Autobots, Ratchet, Ironhide dan Sideswipe dipimpin oleh Optimus Prime, yang kembali beraksi melawan Decepticons jahat, yang bertekad untuk membalas kekalahan mereka di film Revenge of fallen Transformers 2009.

Pemerintah Amerika selama ini ternyata tak sepenuhnya jujur mengungkapkan apa yang mereka ketahui. Selama bertahun-tahun mereka menyiasat tentang kewujudan makhluk hidup lain selain manusia yang menghuni bumi namun mereka tak pernah mengatakan kalau sebenarnya mereka telah ada bukti.

Apollo 11 adalah bukti kemajuan teknologi luar angkasa Amerika Syarikat. Di saat Uni Sovyet saat itu juga mereka berusaha menjadi manusia pertama yang menjejakkan kaki di bulan, Amerika Syarikat berjaya mendahului dan mendaratkan astronot pertama mereka di permukaan satelit bumi ini.  Misi sukses ini menjadi tonggak sejarah awal kejayaan manusia menjelajah wilayah di luar bumi yang sebelumnya hanyalah impian belaka.

Sayangnya tak semua dokumentasi tentang pendaratan manusia pertama di bulan ini terungkap. Ternyata, saat mendarat di bulan, para astronot ini menemukan bangkai pesawat luar angkasa lain yang terpaksa mendarat darurat di sana. Masalahnya, bangkai pesawat ini bukan dari bumi. 

Lepas tu korang kena tengok sendiri. Sebabnya sepanjang 2 jam 30 minit aku tengok cerita nie aku langsung tak faham apa-apa. Subtitle kat panggung memang tak jelas. Oleh kerana aku asyik berusaha nak baca subtitle, aku langsung tak menghayati apa dialog pelakon. Haha ekceli aku bukan faham sangat apa omputih nie cakap. 

Jalan ceritanya sepatah haram aku tak faham. Yang aku tau, kejap lawan, kejap tembak sana, tembak sini. Pastu ada banyak jugak adengan lawak. Pasal aku dengar orang gelak. Nampaknya aku berjaya buang masa tonton cerita nie tanpa tidur walaupun sepanjang cerita aku dok menguap tak henti-henti. 

Filem nie memang sesuai untuk korang yang suka action movie. Dengan jiwa aku langsung tak sesuai! Menyesal aku tengok. Dah la lama sampai sakit bontot dan pinggang aku. Kalau tadi layan filem "Sekali Lagi" tentu aku tak menyesal. At least aku faham jugak jalan ceritanya. Sokonglah filem melayu kita ok. Tetiba!haha..

Lepas tengok wayang, acara menternak lemak la kan. Perut kami bertiga sememangnya besaq, jadik makan banyak gila. Oh yer aku tak snap pic langsung tadi sebab malas. Perut dah kenyang, aku pun nak tidur. Esok nak kerja..Daa..


* Aku dah miss intro drama hilang. Emm family outing punya pasal..







27 comments:

  1. nasib baik aiman tak nangis ajak keluar,anak saya masa bawa tgk wayang dulu..takut sbb gelap

    ReplyDelete
  2. ehhh..buleh pulak tertido dlm wayang masing2..hehe

    ReplyDelete
  3. ila pun dah tgk..tak faham sebab tak tgk dari filem satu dan dua

    ReplyDelete
  4. haritu suami mcm ajak gak sy tgk citer neh..tp mikirkan nnt si kecik buat ragam baik x usah..tp sy pon x gemor la citer-citer robot camneh..

    ReplyDelete
  5. wow.. best nya .. malam sabtu nak g panggung kat Landmark Cntre kulim orang punya ramai last2 yg ada tiket midningth jer terus x jadi pasal ahad sekolah... semua org nak tgok tranfomesr

    ReplyDelete
  6. baru je beli cd ni malam tadi..x sempat tengok sampai habis..hari ni baru nak sambung tengok ngan anak2..hehe :)

    ReplyDelete
  7. masih tidak berkesempatan tengok lagi tau..ramai yang cakap best! ntah bila nak tgk ni.

    ReplyDelete
  8. anak mama Qayyum sure le suka punya kalau dapat tengok ni.... tunggu le bila dia balik nanti hujung bulan ni

    ReplyDelete
  9. bawak budak dalam panggung mmg mcm ni la kan..x boleh duduk diam dan byk soalan..

    ReplyDelete
  10. MUMMY TAK TGK PUN LAGIK....HEM ENTAH BILA BLEH TGK WAYANG DAAAA,,,,

    ReplyDelete
  11. haha... sama la ngan saya tengok transformer sampai tertido..

    mmg susah beno nak hafal watak robot2 tue... nsb baik org blanja kalau tak mmg tak la nak tgk citer nie hehe...

    ReplyDelete
  12. seronoknya nih ... bee suka cerita mcm nih opss sokong cerita melayu kita k hhaaa

    ReplyDelete
  13. @ct N honey
    dh beso,klu kecik lg msti nangis.haha..

    ReplyDelete
  14. @AYuNG
    haha aiman igt cerita kartun,dia boring tidur la,en suami tak sedar time bila tidur,pastu menyesal.haha..

    ReplyDelete
  15. @Ila
    ok gak tak faham sgt.sy tak faham lgsung.haha..

    ReplyDelete
  16. @Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
    sy pun tak gemor.ank betty tu kecikbaik takyah bawak.lgpun filem nie panjang..

    ReplyDelete
  17. @halila Ibrahim
    lor kt sp nie takdak org pun..byk tmpt kosong..

    ReplyDelete
  18. @Mrs.Yie
    haha memula en suami nk beli cd jugak.tp dvd dia g kt adk dia,nk tgok kt ps,kadang2 cd tak boleh baca.lappy plak osak.netbook tak bley tgok dvd.haha..

    ReplyDelete
  19. @Mama QS
    klu minat cerita robot bolehlah tgok..best jugak..

    ReplyDelete
  20. @Atiey
    danny nk ke dok diam?tggu danny beso sket la mummy..hehe..

    ReplyDelete
  21. @wanbu
    haha sy smp habis cerita still tak kenal lg robot2 tu.haha..

    ReplyDelete
  22. @puanbee
    kihkih klu minat bley tgok bee..action dia best jugak..cuma tak faham lgsung ceritanya..mgkin sbb tak pernah ikut part 1 n 2..

    ReplyDelete
  23. kalau camtu lagi best tgk TV kt umah PK.....suka hati la nk tidur ke, nk trbongkang ke......nk zzzzzzzzzzzzzzzz.....ke...

    ReplyDelete
  24. wah,... bestnye... saya pon lom sempat nengok cter ne lagi kak.. :(

    ReplyDelete
  25. kat sini Swk,tiket harga rm10 utk dewasa,rm6 utk kanak-kanak.mahal rm2..semalam kitorang g tengok movie ni juga.bess kan..my Yenyen memang duk diam je,fokus..hehe

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!