Pages

Tuesday, July 05, 2011

Sipnopsis Drama Hilang



Salam,


Tadi kawan-kawan kat opis dok kecoh pasal drama hilang yang akan mula ditayangkan malam nie. Aku ekceli tak berapa suka sangat drama yang bersambung-sambung. Bukan apa, bila dah terjebak, mesti tak boleh miss tengok. Tapi dah dieorang dok kecoh sangat, nak jugak aku tengok. Kalau best, layanlah sampai habis, kalau tak aku stop jer la bukan susah pun.hehe..


Drama nie Ada pelakon cilik si Mia Sarah Nasuha disamping pelakon yang hebat seperti Rozita Che Wan, Ayu Raudah, Zul Ariffin, Julia Ziegler serta ramai lagi.




Hilang mengisahkan tentang keluarga Salina dan Salimah (Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah), dua saudara yang begitu akrab. Salina dan Azrul (Zul Ariffin) merupakan pasangan kekasih dan akhirnya mereka telah melangsungkan perkahwinan. Walaupun telah beberapa bulan berkahwin, kepercayaan Salina terhadap suaminya kian pudar kerana Azrul sering di ganggu oleh setiausahanya Malina (Julia Ziegler) dan Salina risau jika Azrul tergoda dengan pujuk rayu Malina.


Suatu hari Salina mendapat tahu dirinya mengandung. Ini membuatkan seluruh keluarganya berasa gembira tetapi Malina pula berperasaan sebaliknya. Ketika kandungan Salina berusia tujuh bulan, Salina terlibat dengan kemalangan ketika pulang dari bersiar-siar bersama Azrul. Akibat kemalangan tersebut Salina telah hilang ingatan dan anak di dalam kandungannya terpaksa dikeluarkan kerana tidak cukup bulan. Setelah keadaan Salina pulih, dia dimasukkan kedalam wad mental.


Azrul tidak tentu arah dan dia bernasib baik kerana Fauziah ibu mertuanya serta Salimah membantunya menguruskan anaknya yang “kehilangan” ibu itu. Fauziah amat bersyukur kerana Salimah sanggup menjaga Rina, anak kakaknya itu. Salimah mempunyai teman lelaki tetapi apabila Fauziah meluahkan hasrat hatinya untuk mengahwinkan Salimah dengan Azrul, Salimah berasa serba salah. Namun demi kakak tersayang Salimah telah mengorbankan cintanya. Ini membuatkan Malina semakin berdendam kerana usahannya untuk memikat dan menggoda Azrul tidak menjadi.

Ketika menghadiri mesyuarat Azrul mendapat panggilan daripada hospital mengatakan bahawa ingatan Salina telah pulih. Azrul, Salimah dan Fauziah amat gembira namun pada masa yang sama risau kerana tidak tahu bagaimana hendak menerangkan kepada Salina keadaan terkini keluarga mereka. 


Drama  terbaru terbitan Hajjah Ziela Jalil ini mempunyai 15 episod yang menggantikan Drama Bait Cinta, waktu tayangannya setiap hari Isnin dan Selasa pukul 8.30 malam, di Tv9. Jangan lupa nonton ya..




* Pelakon drama nie hebat-hebat jugak tapi satu yang buat spoil ialah hero drama nie. Aku tak suka Zul Arifin tu, kenapa ekk?haha..




SUMBER : http://blog.myfriends2u.com/2011/07/04/zul-ariffin-beralih-cinta-didalam-hilang/





16 comments:

  1. baru nak cakap camtu..cam tak sesuai je zul tue kan?

    ReplyDelete
  2. kalau mlm akak xlayan cz tiduzzzzz awal....

    ReplyDelete
  3. ayu raudah dgn kakaknya nampak sama pulak huhu best tk cerita ni ?? tunggu

    ReplyDelete
  4. wajib tonton ke...tapi mata ngantuk pulak....

    ReplyDelete
  5. macam cun-cun jerk pelakon wanita die ni.. mesti kena nengok ni.. tapi kekangan mase la :(

    ReplyDelete
  6. cik rozita blakon x bape besh la....

    ReplyDelete
  7. tak sempat nak tgk mlm tadi,awal sgt startnya,masa tu sibuk dgn anak2

    ReplyDelete
  8. @mykhalis
    betul tu khalis.macam dibuat2 machonya..tak suka!haha..

    ReplyDelete
  9. @NzA
    cerita nie start awal la kak..awalnya akk tido.hehe..

    ReplyDelete
  10. @puanbee
    dah nama pun adik beradik bee kan..

    ReplyDelete
  11. @Mama QS
    takde la wajib.harus jer.haha..

    ReplyDelete
  12. @hyz
    br stating..eisod 1 ramai yg cakap tak best

    ReplyDelete
  13. @ct N honey
    sy pun tak sempat tgok.kluar tgok transformers.hehe..

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!