Pages

Friday, July 08, 2011

Suami Idaman Wanita


Salam,
Hari nie jiran depan rumah buat Bacaan Yassin dan kenduri kesyukuran sempena keberengkatan suaminya ke Lubnan. So dari pagi aku dok sibuk menolong di rumah jiran. Ekceli tolong makan dan bersembang jer lebih.keke..Hari nie berehat dari memasak. Makan kat rumah kenduri jer.
Ok back to the title entry. Banyak kisah-kisah hidup suami isteri yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabat baginda untuk dijadikan contoh dan teladan buat para suami agar sentiasa berhemah dan berhikmah dalam menguruskan keluarga dan rumah tangga supaya menjadi suami idaman wanita. Sempena Jumaat yang mulia, aku nak berkongsi sedikit kisah yang boleh jadikan contoh oleh para suami supaya dapat melayari kehidupan berumah tangga yang  sentiasa harmoni dan diredhai Allah.

Kerana Sifat Al-Amin, Siti Khadijah terpikat
Rasulullah telah digelar dengan gelaran Al-Amin oleh para penduduk Kota Mekah kerana beliau telah diberi amanah oleh para pemuda Quraisy ketika isu untuk meletakkan Hajar Al-Aswad timbul. Baginda telah diberikan amanah tersebut kerana seluruh Kota Mekah mengenali baginda dengan sikap baginda yang amanah dan boleh dipercayai.
Abu Lahab pernah cuba meminang Siti Khadijah melalui Abu Thalib. Namun, Abu Thalib telah menolaknya dan Abu Thalib berkata :
"Dalam pertemuanku itu, Khadijah mengatakan dia memerlukan seorang lelaki yang dapat dipercayai bagi menjalankan perniagaannya. Dia berpesan supaya mencarikannya seorang lelaki yang jujur dan dapat dipercayai. Ayah tidak nampak orang lain selain kamu, wahai Muhammad."
Agak-agaknya apakah ciri-ciri orang yang boleh dipercayai yang dimaksudkan Siti Khadijah? Antaranya adalah mempunyai tutur kata yang baik, amanah, jujur serta tidak berbohong.
Keberanian dan ketulusan Saidina Ali 
Dua sahabat terkemuka iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar telah cuba meminang Fatimah, namun pinangan mereka ditolak dengan baik oleh Rasulullah. Akhirnya yang bernikah dengan Saidatina Fatimah adalah Saidina Ali.
Apakah yang menyebabkan Saidina Ali dipilih oleh Rasulullah sebagai menantu? Jelas Rasulullah memilih Saidina Ali sebagai menantu baginda kerana sifat keberanian yang terselah dalam diri Saidina Ali. Sejauh manakah keberanian Saidina Ali yang telah menyebabkan beliau dipilih oleh baginda Nabi menjadi menantu baginda? Antara keberanian Saidina Ali sebelum perkahwinan beliau dengan Siti Fatimah lagi, Saidina Ali memang sentiasa berdamping dengan Rasulullah s.a.w. Akhirnya, beliau sendiri berjumpa dengan Nabi dan menyatakan hasrat beliau untuk mengahwini Saidatina Fatimah.
Keikhlasan Cinta Abu Salamah
Abu Salamah merupakan saudara susuan kepada baginda Nabi Muhammad. Beliau telah ditakdirkan bertemu jodoh dengan sepupu Khalid al-Walid, yakni Hindun binti Abu Umayyah atau lebih dikenali sebagai Ummu Salamah.
Ummu Salamah merupakan seorang wanita yang sangat cantik, mulia, terhormat dan bijaksana. Cintanya kepada Abu Salamah terlalu besar. Abu Salamah merupakan seorang pahlawan Islam yang berani dan terbilang, beliau sering tercedera ketika berjuang di medan peperangan. Setiap kali Abu Salamah tercedera, Ummu Salamah akan menumpukan sepenuh perhatiannya untuk merawat suaminya yang tercinta.
Namun, telah ditakdirkan jodoh mereka tidak berpanjangan. Abu Salamah pergi meninggalkan Ummu Salamah ketika luka lamanya semasa perperangan berdarah kembali. Saat-saat sebelum pemergian Abu Salamah, Ummu Salamah berkata :
"Kandaku sayang! Dinda mendengar bahawa jika seorang isteri ditinggal mati oleh suaminya, sementara suaminya itu menjadi penghuni syurga dan isterinya tidak menikah lagi, maka Allah mengumpul mereka kembali ke alam syurga. Maka berjanjilah wahai kekasihku, kanda tidak akan menikah lagi, seandainya dinda pergi dulu. Dinda juga akan berjanji akan tidak menikah lagi andai kanda pergi dulu.
Abu Salamah memang mencintai isterinya, dan mengharapkan wanita solehah, secantik dan sebijak isterinya dimiliki oleh seorang yang lebih baik darinya. Dalam tenat berbicara, Abu Salamah membuat keputusan yang terbaik buat isterinya.
"Mahukah dinda taat kepada kanda?' kata Abu Salamah.
"Sudah tentu wahai kekasihku," jawab Ummu Salamah.
"Berjanjilah, jika kanda pergi terlebih dahulu, maka menikahlah lagi," pinta Abu Salamah. Ummu Salamah terkedu, air matanya bercucuran hiba.
"Ya Allah, jika aku mati terlebih dahulu, maka berikanlah Ummu Salamah seorang suami yang lebih baik daripadaku yang tidak akan membuatnya sedih dan menyakitinya," doa Abu Salamah dalam kepayahan.
Abu Salamah berdoa untuk isterinya sebelum dia meninggal dunia, agar isterinya memperoleh kebaikan yang tak terhingga tatkala dia menutup mata.
Demikianlah keikhlasan cinta seorang suami kepada isterinya, memikirkan yang terbaik untuk isterinya, dan akhirnya, Ummu Salamah bernikah dengan Rasulullah s.a.w 
Romantis Seperti Rasulullah
Sebut perkataan romantis pasti ada antara korang membayangkan romantis jiwang seperti yang selalu dipaparkan didalam drama atau filem-filem cinta. Namun romantik ala Rasulullah berbeza dengan gambaran romantis yang digambarkan didalam drama mahupun filem-filem cinta. Romantik adalah penghubung kemesraan dalam berumahtangga. Pernah suatu ketika Nabi Muhammad keluar menyambut salam dari sahabatnya, dan sahabatnya melihat tangan baginda terdapat tepung. Rupa-rupanya ketika itu baginda sedang membantu isterinya menguli tepung didapur.
Rasulullah juga cukup romantik ketika menegur isteri-isteri baginda. Pernah suatu ketika Saidatina Aisyah memasak sesuatu, dan menjemput baginda nabi merasainya. Saidatina Aisyah bertanya tentang masakannya. Lantas, Nabi Muhammad s.a.w sendiri menyuapkan makanan itu ke dalam mulut Aisyah. Tahulah Aisyah mengenai masakannya itu.
Daripada Aisyah beliau berkata : "Saya biasa minum daripada cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan itu dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut saya".
"Lalu baginda minum, kemudian saya mengambil cawan, lalu saya menghirup isinya. Kemudian baginda mengambilnya daripada saya, lalu beliau meletakkan mulutnya pada tempat saya meletakkan mulut saya, lalu beliau pun menghirupnya." (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Sa'id bin Manshur).

* Begitu tersentuh dengan keikhlasan cinta Abu Salamah dan Romantisnya Rasulallah..





14 comments:

  1. isteri idaman lelaki pulak? hehe.

    ReplyDelete
  2. Rasulullah s.a.w sesungguhnya sebaik2 contoh dan ikutan

    amat beruntungnya isteri2 baginda

    ReplyDelete
  3. susah nak jumpa lelaki melayu yg betul2 romantik seperti rasululullah..tapi sikap romantik itu seringkali ada pada mereka yg berbangsa asing..

    ReplyDelete
  4. Kagum dengan Sifat Rasullullah s.a.w. Sememangnya Rasullullah s.a.w contoh terbaik buat umatnya.

    ReplyDelete
  5. @belog amiyo
    org lelaki plak buat entri tuh..:)

    ReplyDelete
  6. @ibuintan
    yup, unfortunately lelaki skang takde yg camtu..:)

    ReplyDelete
  7. @Mrs.Yie
    itulah..yg melayu dr kecik dah di didik keja rumah semua pmpuan nk kena buat.kn tugas lelaki.tu yg salahnya..:)

    ReplyDelete
  8. @fyna
    ank dara suka jer..sbb blom jmp suami idaman.hehe..

    ReplyDelete
  9. sebaik2 umat adalah nabi muhammd,rasanya tak terikut sifat sempurnanya,tapi kalau ada sikit2 tu alhamdulillah

    ReplyDelete
  10. jika semua lelaki mengikut sunnah Rasulullah, rasanya xdelh isteri yg menderita.....

    ReplyDelete
  11. tak taula Khalis ada tak dalam mana2 kategori kat atas..

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!