Semalam aku bermimpi. Bukan mimpi yang manis. Tetapi aku rasa mimpi ini begitu memberi kesan mendalam pada aku. Aku dapat menyelami perasaan tidak manis itu walaupun dalam mimpi. Dengan mimpi ini juga aku menyedari yang bermadu itu langsung tiada manisnya.
Aku membuat definisi sendiri bahawa bermadu itu adalah berkongsi suami. Maksudnya suami berkahwin lain selain dari aku. Kalau yang dua itu sedikit-sedikit. Kalau tiga pulak jarang-jarang. Kalau empat kadang-kadang. Ok itu dialog filem P. Ramlee yang aku petik dari cerita Nujum Pak Belalang. Pinjam sekejap ya.
Semalam aku baca entri Kak Halila bertajuk Nasib Perempuan Bermadu, kemudian malam semalam juga aku tengok cerita Arissa kat tv3. Kisah Zamarul Hisham yang berkahwin dengan Fiza dan Rozita Che Wan. Fiza nie tak tahu yang beliau telah dimadukan oleh kawan baik sendiri. Malamnya aku terus bermimpi dimadukan oleh en suami. Betullah kata orang apa yang kita fikirkan akan terbawa dalam mimpi.
Dulu aku agak positif kalau bab hidup bermadu. Pada aku kalau seorang lelaki itu cukup dan mampu dari segi zahir dan batin tak ada salahnya kalau berkahwin lebih daripada satu. Ini lebih baik daripada berfoya-foya tak tentu hala. Dari membuat maksiat lebih baik berkahwin, sekurangnya terhindar dari noda dan dosa. Ternyata aku tak pandai berangan. Dalam mimpi pun aku tak dapat terima, inikan pula realiti.
Dulu juga aku pernah berkata kalau en suami boleh bagi aku sebijik rumah yang selesa, sebuah kereta, lepas tu duit bulanan paling kurang RM5K, aku sedia dimadukan. Cakap besar aku kan? Tapi entah kenapa mimpi malam tadi begitu menyedarkan aku yang hidup bermadu rupanya indah khabar dari rupa. Walau harta segunung sekalipun, kasih sayang yang terpaksa dibahagikan bukanlah sesuatu yang indah untuk aku. Aku mula sedar itu. Selepas mimpi semalam.
i nak romantik dengan u sorang jer! |
* Tak ada kena mengena dengan sesiapa. Cuma kata hati aku tentang perasaan hidup bermadu. Kalau suatu hari ditakdirkan hidup bermadu apa boleh buat. Ohh mintak simpang!!!
madu la best..maniss :D
ReplyDeletededulu masa kat sekolah dulu aida pun fikir cam puan kutu gak..xkisah..jnji lepas semua tanggungjawab..
ReplyDeletetp skrg ni bila dah berkasih-kasihan, memang rasa xmampu nak bermadu..
moga dijauhkannn :(
tidak ku sanggup bermadu, duit byk mana pun..kasih syg lg penting...
ReplyDeleteKINDLY PADA YANG SUDI DAN BAIK HATI PLEASE VOTE amy YA? :D
Langkah 1 :"LIKE" http://www.facebook.com/pameranpengantin
Langkah 2 : "LIKE" http://www.facebook.com/photo.php?fbid=228974170463772&set=a.227905127237343.68704.186380094723180&type=1¬if_t=photo_reply&pid=825911&id=186380094723180
Tq ye cz sudi like,semoga dimurahkan rezeki semurah hati korang klik like untuk kami yang nak kawen ni :)
tak mo madu2 ni .. uwaaa .. tk suka jugak kutu .. kalo bee dah tetapkan dr dulu sekaya mana pun dia jgn madukan bee .. rela di ceraikan kot .. bee tk suka kongsi2 ..
ReplyDelete@syrupmasin
ReplyDeleteohh tidak..:)
@aida4eva
ReplyDeleteitulah kan..okmjugak time sekolah..kita smp la mimpi tu br sedar.hahaha...
@puanbee
ReplyDeleteadoi bee lg dasyat..rela diceraikan?hihi...tu la pahit kan,kutu dah merasakannya..dlm mimpi!haha..
terlebih makan madu bley kencing manis skang sebba madu skang ni bayank yang dah tambah gula..
ReplyDeleteaplikasi dalm kehidupan manusia?? lebih kurang ja kan akak...
tapi kan....islam membolehkan bermadu jika suami mampu memberikan kesamarataan dikalangan isteri..
belum kawen lagi tapi mntak dijauhkan dari bermadu.... baju sendiri pun saya x suka kongsi2 heheheh!
ayung jugak xnak di madukan..
ReplyDeletewalau pun belom kawen nih...hehe..:)
salam..sy dah kemabli...:)
ReplyDeletemaaf lama x dtg psl sy kurang sihat..
bermadu nih lelaki je yg rs manisnya..
salam petang muni sayang, mish sgt2~uhhhhh tajuk yg begitu sensetip pada wanita, mommy pun tak rela aih.....kaseh sayang lagi berharga dri wang berjuta.....tapi kalu dapat laki yg suke sepak terajang lain lak kan
ReplyDeletehehhee.. tu sume mainan tidor la... di alam nyata lak akak jangan la terlampau memikirkanye yerk.. algi satu jangan meragui suami yerk :)
ReplyDelete@senyumSOYA
ReplyDeleteemm spe la yg nk kan..
@AYuNG
ReplyDeleteklu ayung yg no 2 cmna?haha
@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
ReplyDeleteklu madu tak sehaluan,apalah yg manis sgt org lelaki rasa.emmm bab batin jer kot.haha..
@mommylavender
ReplyDeletehi mommy syg..slmt kembali..lamanya bcuti.relly miss u lah.hehe..emm semua pmpuan taknak kan mommy..:)
@Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine
ReplyDeletetakde la terlmpau memikirkannya..tp macam br tersedar melalui mimpi.haha tak la smp meragui.jauh menyimpang tu.hehe..
itulah orang katakan kalau terlalu memikirkan mesti terbawa ke tidur kan..
ReplyDeletememang bermadu tu tiada siapa yang nakk.. saya pun xnk..
nak cuba resepi nie
ReplyDeleteAjal maut & jodoh pertemuan takdir ALLAH..
ReplyDelete