Pages

Thursday, June 30, 2011

Wold's Greatest Mom



Perasan tak header dah tukar? Tetiba rasa nak review header yang pernah aku guna sepanjang kira-kira setengah tahun berblog. Header melambangkan identiti. Korang setuju? Aku main belasah jer. Tapi sebab empat daripada header nie adalah ciptaan aku sendiri, sedikit sebanyak ada la kot jiwa aku di situ.


Kadang-kadang melalui header orang boleh tertarik dengan blog kita. Itu aku setuju. Aku suka tengok header yang comel dan canggih2 yang ada pada blog blogger-blogger. Setakat nie dah lima header aku guna. Ekceli aku nie memang tak reti sangat dan malas nak explore buat header yang canggih-canggih. Paling senang pakai photoscape.


Ini header pertama yang aku guna waktu mula-mula aktif berblog. Sangat simple. Aku suka tengok katak tu yang bermuka blur dan kerek semacam dengan perkataan ada aku kisah. Ada aku kesah melambangkan aku yang memang selalu tak ambik kisah bukan aku yang kerek ok...


Ini header kedua, aku pakai header nie sekejap jer sebab bee kata header yang first tu lagi menarik. Lukisan tu hasil tangan kay are. Ekceli aku memang cepat boring, aku nak tukar header tapi takde sesiapa nak dermakan aku header. So terhasillah header dengan lukisan puan kutu dan pen polkadot yang nerd.huhu..


Pucuk dicita ulam mendatang, aku masuk contest sebab nk header, tak sangka pulak menang. Header yang paling lama aku pakai. Satu-satunya header yang dibuat oleh pakar. Dapat hadiah banner plus watermark sekali. Suka tapi terpaksa tukar lepas berdomain. Dah tukar ke puankutu.com kenalah ada header baru kan.hoho..


Ini header ke empat yang bergaya klasik (perasan!) selepas menang contest AF. Dapat domain free, Simple jer header. Setiap detik bersama..menambat jiwa..membelai sukma..with si chubby Aiman..


My latest header. Comel tak? Ok sedar muka tuan blog memang tak comel. Maksud aku tema pink yang girly. Tiga pokok tu menggambarkan en suami, aku dan Aiman. World's of Greatest Mom tu sesuailah dengan dunia aku yang perasan greatest nie..keke..


Tak kisahlah header cantik ke tak, even ada yang takde header pun, kalau isi entrinya menarik mesti orang suka singgah kan?





Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday : Minah Kilang





Tuesday, June 28, 2011

My Best Friend Wedding



Aku sampai penang dalam pukul 4 pagi, so dapat tidur sekejap jer. Bangun pagi terus mencari pembalut hadiah. Baru dok kalut nak balut pastu nak iron baju lagi. Kelam kabut sebab berjanji dengan Elly dan suami dalam pukul 9.30 pagi. Si mak buyung tu kata nak ambil aku kemudian pergi sama ke rumah pengantin. Shahida yang tinggal area rumah aku nak tumpang jugak coz suami dia kerja. Bawak anaknya, Niyaz Fahim yang umur dua tahun tu sekali. 

Dah lebih sepuluh tahun rasanya Elly tak datang rumah aku. Banyak perubahan sampai terlajak jauh dari area rumah. Aku dan Elly memang kawan baik tapi kami terpisah masa tingkatan 4 kerana Elly mengikut keluarganya pindah ke Kelantan. Walaupun jarang berhubung tapi kami masih keep in touch sampai sekarang.

 Seingat aku kali terakhir aku jumpa Elly pada 2005 masa konvokesyen kat Uitm Shah Alam. Kebetulan masa tu Elly tengah buat diploma kat sana. Walaupun lewat buat diploma, rezeki Elly dapat sambung belajar sampai buat Master. Baru kahwin tahun lepas dan tengah sarat mengandung. Dengar cerita pas bersalin nanti nak sambung PHD pulak. Gembira tengok kawan-kawan berjaya. Aku nie jer entah bila jer nak further study..

Terbanyak pulak cerita pasal Elly. Aku kalau bab melalut memang pro. Tak suka skip jer!haha..Aiman dah bangun masa aku nak keluar, tapi dia buat tak tau jer kat aku. Selalunya mesti nak ikut. Nie tak, pak ndak dan pak njang (adik aku) dia ada, mana nak peduli kat aku dah. Aku lagi la suka Aiman tak nak ikut, senang aku nak bersembang mesra ngan kawan-kawan. So, hari tu aku bergerak solo sebagai mak budak yang perasan anak dara.

Si Fahim nie kesian takde kawan. Tapi kalau Aiman ada macam Aiman nak main dengan dia sangat? Aiman nak kawan ngan org beso ja. Nasib Fahim nie baik, tak banyak ragam sangat.

Dalam dok kalut, ada kejadian tak berapa best berlaku. Baju pengantin lelaki terbakar betul2 kat tengah belakang. Macam-macam hal. Kelam kabut yang mengandam tu pergi cari baju lain yang sama warna. Si syida mengomel jugak, depa nie buat kerja last minit. Nak cakap banyak ambik baju, mekap, pelamin semua kat sedara sendiri. Emm susah jugak..Nasib si suami syida nie tak banyak kerenah.


Tengok tu patutnya baju yang original kain dia shining2..Baju nie dah tak cantik sebab tukar dengan yang lama..
Ini pengantin dengan sanggul beyonce nya.kihkih..



Tak banyak ekceli gambar yang sempat aku snap. Nie jer pic aku dengan pengantin. Nie pun ramai-ramai. Puan yang bawak kamera sibuk dok tangkap gambar orang sampai gambar sendiri pun takde.haha.. 

Bergambar kenangan dengan pengantin. Abaikan muka poyo paling kiri..
Dari kiri cepat jalan! opss..dari kiri, si perasan dara yang comot, Syida si goges bride, Elly si mak buyung n Shahida si hot mama with Fahim..


Two hot mama, yang kanan tu munirah, janji nak datang sekali, tapi datang setelah perut kenyang!makan dulu baru jumpa kami rumah pengantin.

Kami tunggu sampai pengantin habis bersiap dan mekap segala pastu baru ikut ke dewan. Oh yer lupa nak bagitau, yang wedding syida nie 2 in 1. Maknanya buat dua sekali dengan adik dia, Nisya.
Pengantin tiba di dewan. Syida bergerak solo nampak.
Dialog si suami :Huh.. bini aku pantang nampak kamera, kalau ya pun ajak la aku bergambar sekali!

Ini pengantin lagi satu. Nampak mesra, Nisya n Mr engineer..

Makan beradap..Jangan kurang adab sudah!hoho..
Pengantin lelaki iras si actor penang, balak actress eira syazira tu. Setuju?

Cuaca panas sampai nak makan pun tak selera. Tekak nie rasa nak minum jer. Masa makan jumpa Linda dan Husna. Linda nie aku langsung tak pernah jumpa lepas sekolah. Tak banyak berubah pun dia. Rupa dan susuk tubuh masih macam dulu. Linda dah kahwin 2 tahun lebih tapi belum rezeki nak timang baby. Tak ramai kawan-kawan yang datang. Tapi syukurlah dapat jumpa kawan rapat. Cuma hafa jer tak dapat balik. Jia memang dah dalam pantang.

Aiman ikut adik aku pergi tengok futsal. Langsung tak ingat nak makan. En suami datang bersama abang aku pastu kami balik bersama. Elly dan suami terus balik Perlis. Shahida tumpang aku tanpa kami sempat tengok pengantin naik pelamin. Kesian tengok Fahim yang dah mengantuk sangat. Gambar pelamin pun aku lupa nak tangkap..What a loser!

Tak sedar yang entri nie macam panjang giler. Teruja jumpa kawan-kawan lama...:)



* Teringat masa aku kawen dulu, semua kawan rapat datang tunggu sampai petang..Syida lambat kawen, kawan2 semua dah berkeluarga. Susah la nak menunggu sampai habis majlis..






Monday, June 27, 2011

Bila Nak Tambah?



Hari nie kepala pusing. Seharian aku membuat taik mata semata. Mungkin sebab penat dan tak cukup tidur. Petangnya baru reda sikit sakit kepala. Bukan mengada nak cerita pasal sakit kepala yang tak seberapa, tapi nak cerita pasal aktiviti semalam. Hepy coz dapat jumpak kawan-kawan lama, kawan sekolah masa tengah hingusan dulu. 


Sebelum pergi kenduri syida, aku dan dua orang kawan lain pergi melawat kawan kami, jia yang baru melahirkan. Tengah dalam pantang anak kedua dan kali nie baby boy. Bestnya Jia dah ada sepasang dah. Seperti biasa soalan yang dah sering orang tanya, bila lagi aku nak tambah? Aiman dah besar, dah boleh bagi adik. Antara semua, anak aku yang paling tua, so soalan tu popular sangat la. Senyum..Tak perlu kata apa-apa (sila nyanyi)..Tapi aku nie kan cakap banyak, mana boleh senyum jer! Setiap soalan mesti ada jawapan. Pantang aku. Tak perlulah aku bagitau jawapannya. Korang pun tak nak tau kan? Ada rezeki adalah..Jawapan budget artis!keke..Bila nak tambah? Ingat senang kot nak beranak.haha.. Even anty yang kat entri Berwajah Baru pun tanya soalan yang sama. 


Berbalik pada kisah jia, baru 10 hari dalam pantang. Operation kedua sebab beliau special kes. Kalau tak salah aku nama baby Danial Yusry, lupa pulak ada Mohamad ke tak kat depan. Dah aku memang tak pernah peka. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.


Danial dan mamanya
Comel gila si Danial nie, hidung saling tak tumpah hidung mama..
Bila pegang Danial, hati aku memang suka dan teringin sangat nak baby lagi. Danial nie bila besar nanti mesti hensem. Baby lagi dah kacak. Aku dapat baby girl nanti kita berbesan la jia ekk?hoho..




* Nanti aku cerita kisah kat kenduri. Nak upload banyak gak gambar pengantin yang hot.huhu..










Sunday, June 26, 2011

Rahsia Kentut




Nak berloklaq lagi setelah Fakta Tentang Kentut, kali nie tentang rahsia kentut pula. Hanya untuk suka-suka. Korang boleh pilih korang dalam kategori orang yang macam mana?

PELUPA - Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia yang kentut.

TIDAK JUJUR - Orang yang kalau kentut selalu menyalahkan orang lain.

PANAS BARAN - Orang yang suka marah walaupun terbau kentutnya sendiri.

BINGUNG - Orang yang menahan kentutnya berjam-jam.

TIDAK SIHAT - Orang yang apabila batuk dia terkentut.

RAMAH - Orang yang tak kisah bau kentut orang lain.

BERWAWASAN - Orang yang tahu masa terbaik untuk kentut.

GUGUP - Orang yang tiba-tiba terkentut apabila disergah.

JUJUR - Orang yang mengaku apabila sudah kentut.

KELAKAR - Orang yang bila ketawa sambil kentut.

PINTAR - Orang yang boleh menghuraikan bau kentut orang lain, contohnya bau telur rebus dan durian.

SOMBONG - Orang yang suka mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

PELIK - Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila disuruh.

BODOH BANGANG - Orang yang kalau sudah kentut, menghirup udara untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.


 * Dah buat pilihan? Orang yang bodoh tu memang tak boleh blah!!!








Saturday, June 25, 2011

Dinner With Beff Burger

"Aiman lapar..Aiman lapar.." Dialog yang hari-hari pasti dengar. Tak sempat tutup telinga!

Erkkk...sendawa kekenyangan!

Alhamdulillah..

Bolehlah..Tapi sangat pedas! selambak depa boh sos cili dan sos lada hitam


Baru sudah melantak beef burger. Walaupun rasanya tak la sehebat Prosperity Burger mekdi tu, nasib dapat makan. Hajat dihati nak beli mee segera dekat kedai runcit depan rumah. Kereta en suami naik, kunci moto pun dibawanya. 

Lalu mati kutu..


"Takpe jalan kaki jer", si chubby bersuara. Senyum kambing!


Dalam dok jalan kaki dengan Aiman, nampaklah stall bege. Aiman pun jerit, "Nak Burger!!" Keputusan ditukar. Makanya tiada istilah diet. Melintas jalan lalu tak sampai dua minit sampai ke stall bege. 

Aiman pantas mengorder, "Nak bege daging!". Ahh macam la pandai sangat. Siap order bagai. Ingat tadi nak benjo. (dalam hati)

Adik penjual burger senyum. 

Mata aku meliar tengok harga burger kemudian baru bersuara, " Burger daging dua. Satu tak mau sayuq, tak mau sos". Men check. Ada RM 4.90. Membayar harga burger RM 4.00. Baki tinggal RM 0.90 kan?

Ini contoh anak soleh..Baca doa sebelum makan!
Ini contoh anak obes! gelojoh ketika makan.haha..



* Apa motif ajak korang main kira2? 
Sebab : Tak suka bawak duit banyak kalau pergi kemana saja .
Moral : Supaya tak terbeli benda yang tak sepatutnya. Almaklum aku nie rambang mata. Ada duit ada je benda yang nak dibeli.haha..





Dah Jumpa Hadiahnya



Salam bahagia.


Panasnya cuaca hari nie. Sambil mesin basuhku berputar, jejari comel nie macam gatal jer nak menekan keyboard, tapi takde modal nak buat entri. Si chubby tadi dok tengok TV, sekarang dah tertidur. Aiman nie jarang tidur siang, hari nie entah penat sangat kot. Aku baru balik dari kenduri dekat area SP jugak. Musim kenduri kahwin masih lagi belum sampai penghujungnya walaupun cuti sekolah dah berlalu. Zaman sekarang orang buat kerja kahwin dah tak kira masa cuti sekolah dan hujung tahun dah. Esok pulak kenduri kahwin kawan baik aku. 


En suami tak dapat cuti, so malam nie lepas beliau habis kerja baru bertolak balik Penang. Aku pernah buat entri tentang Apa Hadiah Yang Sesuai untuk kawan baik aku. Dua hari lepas aku jenjalan kat Tesco, shopping sikit dan sambil2 tu mencari hadiah. Mata asyik terbeliak jer melihat harga barang yang semuanya mahal. Pelik betullah sekarang nie semua benda mahal belaka. Nak beli apa pun fikir banyak kali. Kena berjimat cermat la kan. Nak beli hadiah kat kawan baik pun berkira.hoho.. 


Ini bukan berkira, tapi aku memang takde budget banyak untuk hadiah. Walaupun baru gaji, kepala dah berkira-kira nak bayar itu ini. Memula bercadang nak beli blander atau dapur gas. Dalam sibuk dok pilih hadiah apa yang berpatutan harganya, terpandang 1 benda nie, harganya memang sangat murah. Tak sempat lagi beli pembalut hadiah. Nak balut pun maunya tiga helai baru cukup. Korang nak tau apa?


-
-
-
-
-



Aku kira ini perbelanjaan bijaklah. Hadiah nie agak tahan lama dan lain sikit dari hadiah2 yang selalu aku bagi bila ada orang kahwin.  Nampak tak disitu beratnya 5kg. Lenguh tangan tau nak bawak. Pastu panjang dan besar, nampak macam mahallah..haha..Yang penting made in Malaysia ok..Pandai-pandai la pengantin pasang sendiri!




* Keikhlasan dan tanda ingatan tu lagi penting daripada harga. Korang setuju?









Friday, June 24, 2011

KSRS : Teka Teki

Salam semua..


KSRS bersua kembali. Kali nie nak jawab teka teki teka tekuk, sapa salah kena ketuk! Ok tanpa berlengah jom jawab soalan kacang dari madam president!hikhik riak gila...Soalan berbunyi seperti berikut, saya jawab dengan pantunlah yer :

1. Ahli mana yang tinggal Di doha ?

Ahli KSRS sweetnya strawberi 
Merantau ke Doha bersama famili
Norlela Binti Ali nama diberi
Mama Najla comel sekali

2. Ahli yang mana bekerja sebagai pembuat bakery?

Dari SP ke BM tak sampai sejam
Kak pah ahli mesyuarat tingkap
Pembuat bakeri Bukit Mertajam
Biskut raya dan cupcakes pasti sedap

3. Gambar sebelah dari blog mana? 
Ini soalan adventure sekali
Berpeluh ketiak saya mencari
Gambar com itu di blog Rafina Mimi 
Berkongsi Murni nama kami

4. Siapa yang mempunyai anak kembar lelaki?

Izan Ishak gojes mama
4 hero riuh sekali
Suri rumahtangga sepenuh masa
Kembar lelaki sebagai penyeri

5. Peserta benama Haslina, telah berkahwin berapa tahun?

10 tahun membina mahligai
Puan Haslina usahawan berjaya
Hobi bercakap ketawa bagai
Suka makan sepanjang masa

Sekian yer puanbee..Diharap jawapan ini membuatkan bee berpuas hati. Rasanya semua betul kot. Penat buat research nie tau! Tata..






Fakta Tentang Kentut

Mungkin kedengaran agak loklaq orang utara kata bila sebut pasal kentut, tapi hakikatnya korang pernah tak terfikir apa sebenarnya kentut dan bagaimana ia dihasilkan? Pakar Perubatan Greek, Hippocrates pernah menyifatkan kentut adalah proses penting untuk kesihatan. Jangan malu untuk kentut kerana setiap orang kentut. Tanpa kentut, korang sebenarnya mungkin berhadapan dengan masalah kesihatan.


Kentut yang berbau dan dilepaskan dengan bunyi yang kuat memang memalukan. Benarkah orang kata kalau kentut yang busuk selalunya lebih perlahan daripada kentut biasa? Ya betul..Bau dan daya kekuatan kentut dilepaskan bergantung pada makanan yang kita ambil, berapa lama kentut itu disimpan dan daya kepantasannya dikeluarkan daripada anus.


Dalam definisi perubatan, kentut adalah sebahagian daripada lebihan gas dalam perut atau usus. Ada kala lebihan gas ini menyebabkan kita berasa tidak selesa seperti perut kembung, sendawa atau kentut. Kebanyakan orang melepaskan gas berlebihan ini 14 kali sehari, tidak kiralah sama ada sebagai kentut atau sendawa.


Gas kentut dihasilkan daripada beberapa punca iaitu udara yang dihirup (menerusi tabiat mengunyah gula-gula getah atau merokok), udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut. Gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen. 
Korang tahu tak apa yang menyebabkan kentut busuk? Bau kentut terdiri daripada sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contohnya bila korang makan telur rebus, bila kentut, baunya enak bukan?hoho..Kekacang pula akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.


Kentut tersebar bergantung pada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran kecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif dan kereta. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding.




SUMBER :






Thursday, June 23, 2011

Sosej Hilang

Ini siapa punya kerja?

 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




*Takde mood nak menaip. Penyakit wordless semalam berjangkit ke thursday!keke..Ngantuk...ZzzzzZzz.....







Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday : Rindu








Tuesday, June 21, 2011

Jangan menjilat Sampul Surat Korang!



Salam korang, 


Zaman semakin berubah. Penggunaan surat dan kad raya semakin dilupakan. Kalau dulu musim raya acara menulis kad raya merupakan sesuatu yang sangat wajib, kini tidak lagi. Perubahan zaman dan kecanggihan teknologi mengatasi puitisnya bait-bait kata daripada seorang insan. Tapi dalam sesebuah organisasi, penggunaan surat masih lagi dianggap penting kan?


Ekceli  aku bukan nak cerita pasal surat atau kad raya tapi aku begitu tertarik dengan sebuah artikel mengenai sampul surat. Mungkin korang pernah terbaca tentang ini tapi aku nak share untuk korang yang tak tau. Dulu aku selalu gunakan air liur atau lebih tepat lagi menjilat kalau nak lekat sampul surat. Isk jijik rupanya! Bahaya pulak tu. Aku baca artikel nie kat SINI. Nie aku copy paste dan aku edit sikit mengikut kefahaman aku.



Jangan Menjilat Pelekat Sampul Surat Anda


Seorang wanita bekerja di sebuah pejabat pos di California. Beliau tidak menggunakan span untuk melekat sampul suratnya tetapi hanya menjilat pelekat sampul surat. Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya. Luka itu membengkak. Beliau terus pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya. Setelah diperiksa doktor mengatakan tiada apa yang tidak kena dengan lidahnya. Doktor juga menganggap bahawa ia hanyalah luka kecil dan bengkak biasa.

Wanita itu langsung tidak merasa sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak. Hari berganti hari, bengak pada lidahnya semakin membesar. Dengan rasa yang tidak puas hati beliau terus berjumpa doktor untuk kali kedua. Doktor menjalankan ujian x-ray dan mendapati terdapat satu benjolan lantas menasihatkannya agar menjalankan pembedahan kecil pada lidah untuk memastikan punca benjolan itu. Alangkah terkejut beruknya apabila doktor mendapati terdapat seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu.


Rupanya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang dijilatnya. Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam mulut. Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.


Andy Humes menulis:
“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat. Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan “tray” gam tersebut!. Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah. Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan saya tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat. Saya tidak pernah faham mengapa".

“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak, di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”


Lepas baca artikel nie agaknya korang nak tak jilat pelekat sampul surat tu lagi? Aku taubat tak mau...





Monday, June 20, 2011

Berwajah Baru



Petang tadi aku pegi potong rambut Aiman. Selalunya aku akan botakkan jer kepala Aiman. Memang sangat tak style. Kalau ikutkan si Aiman nie memang tak nak rambutnya dipotong. Biasalah jawapan Aiman kenapa tak nak potong adalah sebab nak kacak. Agaknya kalau botak bukan style idaman dia. Aku memang tak suka tengok rambut Aiman panjang, rimas..Kalau pendek tu nampak kemas.


Masuk ke dalam kedai, Aiman beberapa kali bagitau kat anty tu suruh potong tepi jer. Mulut becok si Aiman mengomel cakap geli, pastu suruh anty cepat. Memang nak tergelak tengok kerenah Aiman. Aku tak tau style apa yang budak 4tahun nie nak..Anty tu menurut pulak perintah si chubby nie..

Style sangat ker rambut camnie? Macam tak potong jer aku tengok! Ada gaya gangster!

Selepas beberapa minit, Aiman dah siap dengan style rambut mafianya. Agaknya Aiman dok bising suruh cepat dan anty pun tak tahan telinga dan rimas, cepat jer beliau jalankan tugas potong memotong. Ini pertama kali Aiman potong gaya selain botak. Aku memang tak berkenan langsung! Tapi nampak lain sikitlah muka Aiman.
Berwajah baru! Awak ingat awak kacak??

Aku tumpang sekaki sebab memang dah lama ekceli nak potong rambut. Lepas dah siap aku pun tanya berapa. Anty jawab 19 ringgit. Dah la aku ada 20ringgit ja dalam beg.keke..Bagi aku mahallah. Kedai anty takde la macam saloon berbintang pun. Selalunya aku potong rambut cuma 8 ke 10 ringgit. Takkan la potong rambut Aiman sampai 9ringgit? Tak sampai lima minit pun aku tengok. Tapikan kalau nak murah, potong sendiri la!haha..

Bila ditanya rambut Aiman kacak tak? Aiman jawab tak! Nampak gayanya macam nak kena potong sekali lagi jer nie. Huh...