Aku sampai penang dalam pukul 4 pagi, so dapat tidur sekejap jer. Bangun pagi terus mencari pembalut hadiah. Baru dok kalut nak balut pastu nak iron baju lagi. Kelam kabut sebab berjanji dengan Elly dan suami dalam pukul 9.30 pagi. Si mak buyung tu kata nak ambil aku kemudian pergi sama ke rumah pengantin. Shahida yang tinggal area rumah aku nak tumpang jugak coz suami dia kerja. Bawak anaknya, Niyaz Fahim yang umur dua tahun tu sekali.
Dah lebih sepuluh tahun rasanya Elly tak datang rumah aku. Banyak perubahan sampai terlajak jauh dari area rumah. Aku dan Elly memang kawan baik tapi kami terpisah masa tingkatan 4 kerana Elly mengikut keluarganya pindah ke Kelantan. Walaupun jarang berhubung tapi kami masih keep in touch sampai sekarang.
Seingat aku kali terakhir aku jumpa Elly pada 2005 masa konvokesyen kat Uitm Shah Alam. Kebetulan masa tu Elly tengah buat diploma kat sana. Walaupun lewat buat diploma, rezeki Elly dapat sambung belajar sampai buat Master. Baru kahwin tahun lepas dan tengah sarat mengandung. Dengar cerita pas bersalin nanti nak sambung PHD pulak. Gembira tengok kawan-kawan berjaya. Aku nie jer entah bila jer nak further study..
Terbanyak pulak cerita pasal Elly. Aku kalau bab melalut memang pro. Tak suka skip jer!haha..Aiman dah bangun masa aku nak keluar, tapi dia buat tak tau jer kat aku. Selalunya mesti nak ikut. Nie tak, pak ndak dan pak njang (adik aku) dia ada, mana nak peduli kat aku dah. Aku lagi la suka Aiman tak nak ikut, senang aku nak bersembang mesra ngan kawan-kawan. So, hari tu aku bergerak solo sebagai mak budak yang perasan anak dara.
Si Fahim nie kesian takde kawan. Tapi kalau Aiman ada macam Aiman nak main dengan dia sangat? Aiman nak kawan ngan org beso ja. Nasib Fahim nie baik, tak banyak ragam sangat. |
Dalam dok kalut, ada kejadian tak berapa best berlaku. Baju pengantin lelaki terbakar betul2 kat tengah belakang. Macam-macam hal. Kelam kabut yang mengandam tu pergi cari baju lain yang sama warna. Si syida mengomel jugak, depa nie buat kerja last minit. Nak cakap banyak ambik baju, mekap, pelamin semua kat sedara sendiri. Emm susah jugak..Nasib si suami syida nie tak banyak kerenah.
Tengok tu patutnya baju yang original kain dia shining2..Baju nie dah tak cantik sebab tukar dengan yang lama.. |
Bergambar kenangan dengan pengantin. Abaikan muka poyo paling kiri.. |
Dari kiri cepat jalan! opss..dari kiri, si perasan dara yang comot, Syida si goges bride, Elly si mak buyung n Shahida si hot mama with Fahim.. |
Two hot mama, yang kanan tu munirah, janji nak datang sekali, tapi datang setelah perut kenyang!makan dulu baru jumpa kami rumah pengantin. |
Kami tunggu sampai pengantin habis bersiap dan mekap segala pastu baru ikut ke dewan. Oh yer lupa nak bagitau, yang wedding syida nie 2 in 1. Maknanya buat dua sekali dengan adik dia, Nisya. |
Pengantin tiba di dewan. Syida bergerak solo nampak. Dialog si suami :Huh.. bini aku pantang nampak kamera, kalau ya pun ajak la aku bergambar sekali! |
Ini pengantin lagi satu. Nampak mesra, Nisya n Mr engineer.. |
Makan beradap..Jangan kurang adab sudah!hoho.. |
Pengantin lelaki iras si actor penang, balak actress eira syazira tu. Setuju? |
Cuaca panas sampai nak makan pun tak selera. Tekak nie rasa nak minum jer. Masa makan jumpa Linda dan Husna. Linda nie aku langsung tak pernah jumpa lepas sekolah. Tak banyak berubah pun dia. Rupa dan susuk tubuh masih macam dulu. Linda dah kahwin 2 tahun lebih tapi belum rezeki nak timang baby. Tak ramai kawan-kawan yang datang. Tapi syukurlah dapat jumpa kawan rapat. Cuma hafa jer tak dapat balik. Jia memang dah dalam pantang.
Aiman ikut adik aku pergi tengok futsal. Langsung tak ingat nak makan. En suami datang bersama abang aku pastu kami balik bersama. Elly dan suami terus balik Perlis. Shahida tumpang aku tanpa kami sempat tengok pengantin naik pelamin. Kesian tengok Fahim yang dah mengantuk sangat. Gambar pelamin pun aku lupa nak tangkap..What a loser!
Tak sedar yang entri nie macam panjang giler. Teruja jumpa kawan-kawan lama...:)
* Teringat masa aku kawen dulu, semua kawan rapat datang tunggu sampai petang..Syida lambat kawen, kawan2 semua dah berkeluarga. Susah la nak menunggu sampai habis majlis..
caniknya baju depa..geram ..pengantin pun lawo..eh kutu tahun ni tema baju raya kelar apa ? bee kelabu cam pengantin tu hehe
ReplyDeletemmg cantik baju pengantin ppuan tu..
ReplyDeleteaah cantik kan bee..amboi bee..awat hang pilih greyy jugak raya tahun ni??? cek pun dok pikiaq nak warna tuh..hehehe..lulus tak ckp penang..kutu oi...
ReplyDelete@puanbee
ReplyDeletekutu setiap taun tak pernah ada tema..en suami tu ssh..nk beli baju raya pun tak nak.setiap taun colourful jer.haha...
@ct N honey
ReplyDeleteemm sendiri design.cntik la..:)
@Atiey
ReplyDeletemummy ngan bee apa slhnya klu sama pun.haha..
selamat pengantin baru...
ReplyDeletebestnye dapat makan nasi pengantin...
ada 2 pengantin..apa hubungan antara pengantin?
ReplyDeletesian pengantin yg satu tu baju terbakor..
pengantin lelaki yg bwh tu mmg ada iras muka pelakon tu..
puan kutu nmpk comel je bg sy..takda lah comot pon..
mst rasa macam tak sangka kan? masa berlalu pantas gile.. ada yang dah ada anak.. ada yang tambah anak.. dulu budak2 sekolah lagik..hehe
ReplyDelete@solomolo
ReplyDeletepanas la solo,tak selera.huhu..
@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
ReplyDeleteyg first tu my bff, yg 2nd tu adk dia.imean pngantin perempuan. buat dia sekali..itulah klu buat keje last minit.aiyoo mana comel..:)
@mykhalis
ReplyDeletebetul khalis..sgt tak sgka
sweet je..moga jodoh brpnjangan...
ReplyDelete