Pages

Tuesday, June 21, 2011

Jangan menjilat Sampul Surat Korang!



Salam korang, 


Zaman semakin berubah. Penggunaan surat dan kad raya semakin dilupakan. Kalau dulu musim raya acara menulis kad raya merupakan sesuatu yang sangat wajib, kini tidak lagi. Perubahan zaman dan kecanggihan teknologi mengatasi puitisnya bait-bait kata daripada seorang insan. Tapi dalam sesebuah organisasi, penggunaan surat masih lagi dianggap penting kan?


Ekceli  aku bukan nak cerita pasal surat atau kad raya tapi aku begitu tertarik dengan sebuah artikel mengenai sampul surat. Mungkin korang pernah terbaca tentang ini tapi aku nak share untuk korang yang tak tau. Dulu aku selalu gunakan air liur atau lebih tepat lagi menjilat kalau nak lekat sampul surat. Isk jijik rupanya! Bahaya pulak tu. Aku baca artikel nie kat SINI. Nie aku copy paste dan aku edit sikit mengikut kefahaman aku.



Jangan Menjilat Pelekat Sampul Surat Anda


Seorang wanita bekerja di sebuah pejabat pos di California. Beliau tidak menggunakan span untuk melekat sampul suratnya tetapi hanya menjilat pelekat sampul surat. Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya. Luka itu membengkak. Beliau terus pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya. Setelah diperiksa doktor mengatakan tiada apa yang tidak kena dengan lidahnya. Doktor juga menganggap bahawa ia hanyalah luka kecil dan bengkak biasa.

Wanita itu langsung tidak merasa sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak. Hari berganti hari, bengak pada lidahnya semakin membesar. Dengan rasa yang tidak puas hati beliau terus berjumpa doktor untuk kali kedua. Doktor menjalankan ujian x-ray dan mendapati terdapat satu benjolan lantas menasihatkannya agar menjalankan pembedahan kecil pada lidah untuk memastikan punca benjolan itu. Alangkah terkejut beruknya apabila doktor mendapati terdapat seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu.


Rupanya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang dijilatnya. Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam mulut. Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.


Andy Humes menulis:
“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat. Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan “tray” gam tersebut!. Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah. Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan saya tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat. Saya tidak pernah faham mengapa".

“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak, di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”


Lepas baca artikel nie agaknya korang nak tak jilat pelekat sampul surat tu lagi? Aku taubat tak mau...





29 comments:

  1. oh, betul ke? geli la pulak!

    ReplyDelete
  2. perghh... gelinye.... tu la orang kata... benda simple2 ne jangan sangaka xde bahayanye kn....

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang berguna :)
    thank :)

    ReplyDelete
  4. @Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine
    itulah terkejut jugak,tp ada org yg komen lec dia pnah cerita benda yg sama...

    ReplyDelete
  5. eiiii gelinya.. pernah jilat setem je.. tapi dulu2 la zaman budak2.. hahah

    ReplyDelete
  6. dulu pun selalu gak jilat sampul surat kat bahagian gam tu tapi syukurlah x jadi apa2.. :)

    ReplyDelete
  7. itulah kak liza ada jumpa pasal ni kat borak kosong... memang menakutkan. tapi kak liza pun geli nak jilat. biasa guna span basah je.

    ReplyDelete
  8. Selama ni tak pernah terfikir. Ingat nak cepat je. Tak mau dah.

    ReplyDelete
  9. sy x pernah jilat sampul surat!

    ReplyDelete
  10. @halila Ibrahim
    klu setem lg selalu sy buat,ntah2 setem pun sama jugak.haha..

    ReplyDelete
  11. @Adzriel @ Liza AB
    baguslah..sy nie tak geli pulak dulu..:)

    ReplyDelete
  12. eeeeeeeeeeeeuuuuuu.....seb baik skrg pakai MMS jer...hehe

    ReplyDelete
  13. lama da x antar surat..slalu email je.hehe..

    ReplyDelete
  14. Hmmm.. Dulu pasal kes pad wanita.. Berita tu dari Cina.. Dia kata wanita tu melahirkan anak tikus sebab pakai pad murah yang mana dalamnya ada telur tikus..

    P/s: Pada pandangan Tira ini tidak logik.. Kalau pasal lipas ni pulak hmm.. No komen tapi Tira memang tak pernah jilat sampul surat pun selama ni..

    ReplyDelete
  15. dulu2 lah selalu jugak tp dah lama tk tulis surat2 ni.. semua pakai tepun je kan..

    ReplyDelete
  16. @chii
    ye la surat mmg dah hampir pupus dah

    ReplyDelete
  17. @puanbee
    emm ye la bee,surat nie buat org yg jiwang cam kutu jer.kehkeh...

    ReplyDelete
  18. sama jugak ke dengan jilat setem ???

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!