Assalamualaikum
Memotong kuku adalah amalan sunat. Pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat memotong kuku. Adalah harus dipotong kuku pada bila-bila masa sahaja. Walaubagaimanapun janganlah membiarkan kuku tidak dipotong sehingga melebihi 40 hari. Entri sebelum ini, aku ada berkongsi tentang kesan buruk berkuku panjang. Malam ini walaupun kepenatan,aku nak share sikit bagaimana cara memotong kuku menurut Islam.
Berikut adalah cara memotong kuku yang betul. Walaupun tiada hadis sahih berkenaan hal ini namun, perlu juga kita tahu bagaimana cara yang betul untuk kita memotong kuku menurut Islam. Potonglah kuku korang mengikut gambar di bawah:
Mulai memotong kuku dengan Bismillah dan selawat Nabi dan mulakan daripada jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri.
Memotong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, memotong kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku di tempat yang tidak kotor. Eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.
Begitu indahnya Islam, sampai memotong kuku pun ada ajarannya kan..
* Aku nak tidur dulu, esok Insyaallah aku akan membalas jejak korang semua. Maaf atas kelewatan. Lately busy sikit. Bye...
SUMBER :
tenkiu puan kutu kerana sharing info ya :)
ReplyDeletebee nk copy nih kutu boleh dak ? selalu lupa huhu
ReplyDeletepuan kutu kembali beraksi...
ReplyDeletedulu saya ikut sunnah ni kak.... tapi sekarang saya nampak mane yang lagi panjang saya potong dulu :)
ReplyDeleteTerima kasih atas info yg bagus
ReplyDeleteada sy penah baca tu potong kuku hari selain isnin, khamis dan jumaat mendatangkan kemudaratan..betul ke karut?
ReplyDeletechii slalu potong hr khamis or jumaat..tp kadang2 kalo terlepas 2 hari tu..chii potong hari isnin plak..eheh..
ReplyDeletedulu-dulu sy selalu amalkan cara potong kuku macam ni...
ReplyDeletesekarang ni dah berterabur...
salam petang muni~berinfo lagi....tq muni, terkadang lupe....benda2 yang kecik cam ni
ReplyDeletepernah baca dulu..kadang2 ikut kadang2 lupa..ehhee
ReplyDeleteTak pernah tahu pun pasal adab memotong kuku ni. Baru pertama kali baca berkenaan soal ini. Terima kasih atas info ini. Sangat menarik.
ReplyDeletexpernah tau pun..huhu slama nie potong terbalik la erk ish2 :P
ReplyDeleteMeh sini: Saida (Akak Ct Nurhaliza) Ada Teman Lelaki??!!
sini jugak: Salih Yaakob Nak Kahwin 4??