Salam korang..
Penatnya rasa sedangkan baru tiga hari melalui kerja office hour. 2 days to go.. Lambatnya masa berlalu. Nak share sikit bagaimana Sungai Petani mendapat namanya.
Bandar Sungai Petani, pusat pentadbiran daerah Kuala Muda, adalah Bandar yang kedua terbesar di negeri Kedah. Nama bandar ini diambil daripada nama sungai, iaitu Sungai Petani, anak Sungai Merbok. Pada zaman dahulu, anak sungai itu dikenali dengan nama Sungai Bertanding, kononnya kerana anak sungai tersebut setanding atau selari dengan satu anak Sungai Merbok yang lain. Jarak di antara dua anak sungai itu kira-kira 60 meter.
|
Jam besaq yang menjadi mercu tanda Sungai Petani..Kt sini ada mee udang Sungai Dua, en suami dan bapak mertua aku suka sangat, nak rasa mai la SP..:) |
|
Nama ‘Petani’ mungkin berkaitan dengan daerah Pattani di Thailand. Pattani lahir daripada perkataan Sanskrit pathini yang bermaksud ‘perempuan yang suci’. ‘Pathini’ adalah gelaran yang diberikan kepada puteri Merong Maha Wangsa, puteri yang dikatakan cantik rupa parasnya dan mulia pekertinya. Puteri itu diangkat menjadi ratu yang disanjungi oleh penduduk di sana.
Ketika Kedah dikenali dengan nama Langkasuka, para pedagang selalu berulang-alik antara Lembah Merbok dan Pattani serta bahagian timur Semenanjung melalui jalan darat. Jadi, tidak mustahil jika nama Petani itu dipinjam daripada gelaran ratu sanjungan tersebut.
Begitulah Sungai Petani mendapat namanya. Ekceli aku pernah menetap selama tiga tahun di Merbok waktu belajar dulu. So banyak jugak kenangan aku disini. Tempat berfoya-foya, tempat melepak, tempat bercinta dengan en suami kat sini jugak.hoho..Tak sangka sekarang aku dok kat sini..
SUMBER :
|
|
|
cheQ tak pernah sampai sana...
ReplyDeleteooooo...baru tau..hehehe
ReplyDeleteoh ye ke.. pernah p 3 kali je sp nie..
ReplyDeletemee udang sungai dua memang sedap nangis wooo kutu ...
ReplyDeleteOh begitu kisahnya. Pada awalnya Tira memang dah ada suspek sikit ada kena mengena dengan Thailand sebab nama Petani tu sama dengan Pattani.
ReplyDeleteooo..baru tau..
ReplyDeletehehehe.. top ingat asal usul nye sebab dulu banyak petani ada kat sana :)
ReplyDeletedah agak dah ada kaitan..tp x penah sampai lg kesana
ReplyDeletebaru tau.hehehe..thanx 4 da info^^
ReplyDeletetempat download XRumer 7.0.10 ELITE??
ReplyDeleteKirimkan saya URL silakan!!!
Ini adalah program terbaik untuk massa posting di forum ! XRumer dapat mematahkan sebagian besar jenis captchas !
x rasa mee abu kat gurun lagi..lagi terangkatt..
ReplyDeleteterbaik
ReplyDelete