Menarik bila pertama kali mengetahui tentang asal usul makanan dan minuman nie :
KEROPOK KENTANG
Pada tahun 1853 seorang lelaki bernama George Crum mulanya dikutuk kerana kesilapan menghidangkan kentang goreng yang dipotong sangat nipis kepada pelanggan restorannya. Namun selepas itu, kentang nipis tersebut sangat disukai oleh pelanggannya dan menjadi terkenal dengan nama Saratoga Chips, sesuai dengan nama restoran tempat George bekerja, iaitu Restoran Saratoga Chips. Hingga sekarang, keropok kentang tetap menjadi kesukaan di seluruh dunia.
AISKRIM BATANG
Pada tahun 1905, Frank Epperson yang berumur 11 tahun secara tidak sengaja meninggalkan campuran minuman soda, air, dan sebuah batang di dalam gelas. Keesokan harinya, soda dan air tersebut menjadi beku kerana sejuknya udara di malam hari. Frank kemudian menamakan eplisce. Ternyata banyak yang menyukai eplisce buatan Frank, hingga akhirnya pada tahun 1923 Frank patternkan penemuannya dan menjualnya kepada sebuah perusahaan di New York. Hingga sekarang pelbagai aiskrim batang dapat kita jumpa di pasaran.
CHOCOLATE CHIP
Pada tahun 1930, Ruth Wakefield menambahkan kepingan coklat ke dalam adunan kuih dengan harapan kepingan tersebut akan meleleh bersama adunannya. Namun ianya tidak meleleh. Kepingan coklat hanya melembut dan bentuknya tidak berubah. Walaupun tidak sesuai seperti dibayangkan, Ruth tetap menghidangkan kuih tersebut kepada tetamu yang menginap di hotelnya. Akhirnya kuih yang beasal dari kesilapan ini menjadi sangat terkenal hingga sekarang.
BUTTER TEA
Butter tea nie macam asing bagi kita kan?. Di daerah Tibet, minuman yang paling banyak diminum adalah butter tea. Minuman ini terbuat daripada butter, garam dan teh. Bahkan rata-rata orang Tibet mampu minum sekitar 50 sampai 60 cangkir teh sehari. Teh ini dibuat dari teh cina yang dijemur selama beberapa hari untuk mendapat rasa yang kuat. Kemudian teh tersebut direbus selama setengah hari dan dimasukkan ke dalam batang buluh bersama dengan garam, soda dan mentega.
COKLAT PANAS
Coklat pertama yang diminum oleh manusia ditemui sekitar abad ke 5. Minuman tersebut dibuat dari tanaman coklat yang dicampur dengan air, cili, jagung dan rempah rempah lain. Minuman ini disajikan dingin dan rasanya pedas dan pahit, berbeza dengan coklat panas seperti sekarang. Sedapnya hot coklat sekarang kalau nak bandingkan dengan dulu ekk?
SOS TOMATO
Sos tomato berasal dari sos ikan pada awalnya. Sos tomato yang disebut ketchup itu berasal dari dua perkataan Fujian, Cina. Ketchup yang berasal dari ke-tsap dan kio-chiap digunakan untuk menggambarkan sos ikan dan sos tomata. Pada awalnya ketchup dibuat dari ikan dan bahan rempah-rempah atau mushroom. Kenyatannya hingga kini sos mushroom wujud. Rasanya lazat pulak tu.
Makanan perlu kita ambil sepanjang hayat untuk meneruskan hidup. Nie nak tanya korang :
1) Tahukah korang tanpa air liur di dalam mulut, kita takkan dapat merasa makanan.?
2) Tahukah korang madu adalah satu satunya makanan yang tidak pernah busuk?
3) Tahukah korang alergi manusia paling banyak pada makanan adalah terhadap susu lembu?
4) Tahukan korang buah lemon mengandungi kandungan gula lebih banyak daripada buah starwberi?
5) Tahukah korang sesetengah buah buahan mengandungi lebih nutiren dalam keadaan sejuk?
6) Tahukah korang akan berasa lapar apabila cuaca sejuk?
7) Tahukah korang jika anda aktif dalam kehidupan harian, kalori tidak akan sempat bertukar kepada lemak?
dlm byk2 info tu kan..chii cuma tau ttg,kalo time sejuk,perut akan ras lapaa..yg lelain sumer baru :p
ReplyDelete@chii
ReplyDeleteamboi chii time lapo tau jer bila ekk.hehe...bagus la dpt info baru..
rupenye banyak yg khalis tak tau..kenyataaanya,,apa yg puan kutu cakap semua khalis tak tau..huuuuuuu..tq qt
ReplyDeleteselama ni tak amik tau pun asal usul.. main bedal makan je..
ReplyDeleteDalam banyak2 soalan Muni tu kan... Soalan 6, memang tahu dah sebab Fiza kalau dlm cuaca sejuk... Asyik nak ngap jer kerja... yang lain tu 1/2 jer tahu. Heee. Sebab tak mendalam sangat.
ReplyDeletesodap :D :D
ReplyDeletecoklat yang menarik hati bunga..
ReplyDeletehem menarik info ni..tapikan..bab makn2 ni kekadang takleh tahanlah lapaulah kutu...heemm tamabg gambar potato tuh..uih peberet omak... nice n3 darling..
ReplyDeleteline rini sempotlah...kentut mummy pun pun tak sesempot line hahahha....
di mana kentang putar dan kentang sring tercipta? sejak bila ? oleh siapa??
ReplyDeletedi mana kentang putar dan kentang sring tercipta? sejak bila ? oleh siapa??
ReplyDeletesuka yg no.7..
ReplyDeletejadi kena aktif la kalau taknak himpun lemak yer...
Butter tea tu pernah dengar tapi belum pernah rasa lagi camner. Erk, sebab tak suka mentega. Hahaha. Tapi minuman hot cokelat tu jangan ditanya. Huuuuu sluuurrp.
ReplyDeleteWah, best best. Amacamlah rasanya tu bila teh dicampur dengan garam dan butter?
ReplyDelete