Pages

Sunday, April 10, 2011

Bila Rindu..

Assalamualaikum dan selamat pagi

Pagi Yang indah di Tanjung Pengelih. Alhamdulillah syukur masih diberi peluang menghirup udara segar. Semakin hari semakin sayang mahu meninggalkan tempat ini. Selesa sekali dengan cuaca yang jauh lebih sejuk di hujung tanjung jika dibandingkan dengan utara. Suasana sibuk dan sesak di Sungai Petani pasti membuatkan aku rindu akan Tanjung Pengelih..

Sedang menikmati sepenuhnya hari ahad terakhir di opis bersarapan mihun goreng bekalan pagi. Sedih dan sebak aku biarkan begitu saja. Masih malas hendak mengemas barang-barang dan mengosongkan laci. Sebak lagi melihat gambar sahabat seperjuangan tergantung di dinding pejabat. Entah bila dapat bertemu mereka semula..

Bukan senang melupakan tempat yang mengajar aku erti hidup. Disini aku datang membawa perut mengandungkan Aiman, di sini aku merangkak mencari arah kehidupan yang lebih baik, disini aku belajar hidup sendiri, disinilah juga bermulanya pelajaran pertama aku bergelar kakitangan kerajaan..Begitu banyak kenangan pahit manis disini..

Aku juga pasti rindukan rasa air bukit yang membuatkan kdsi begitu istimewa. Minuman wajib tanpa perlu susah payah memanaskan air. Segarnya tekak selalunya menghilangkan haus lebih dari air mineral yang dijual dikedai Sungai Rengit. Tadahan air itu adalah kurniaan ilahi yang begitu indah..

Melihat kapal-kapal yang berlabuh di lautan luas terbentang begitu mententeramkan..Aku pasti rindukan keindahan tanjung pengelih dengan air laut dan ombaknya..Segarnya ikan pancingan dari jeti pangkalan begitu menerujakan anak tekak biarpun hanya seekor ikan yang penuh tulang..Tidak mampu lagi melihat keindahan laut yang menampakkan kemilaunya  Kota Singapura diwaktu malam..


Titiskanlah seberapa air jernih agar aku puas..Sekian entri emo dari Puan Kutu..















14 comments:

  1. Jangan lah emo sangat yer dear... Kang tak jadi lak nak pindah. Heeee. Fiza faham perasaan Muni, memang susah kita nak melepaskan sesuatu yang kita sayang dan lebih2 lagi tempat kerja yang penuh dengan kenangan. Fiza doakan semoga Muni berjaya di tempat yang baru nanti.. Amin =)

    ReplyDelete
  2. Puan Kutu, berapa punya best entri ni macam cerpin bahasanya. Sastera sungguh. Cuma tang ayat penutup tu je macam kelakar sikit. Hahaha. Mana ada emo. Mana ada. Takde kan. Ngaku cepat.. Hahaha..

    ReplyDelete
  3. @Fizalinolie
    5tahun fiza bukan jgka masa yg pendek.byk kenangan..;)

    ReplyDelete
  4. @Miss Tira
    ini betul2 sedih tira.bukan cobaan.hahaha..

    ReplyDelete
  5. salam..puan..

    begitulah betapa indahnya ciptaan Allah swt..bila memandangnya..air laut yang tenang..kita rasa damai..

    ReplyDelete
  6. hum hum..mmglah sebak kan nak tinggalkan..takpe nnt dah kat tpt baru boleh happy² lagi..

    ReplyDelete
  7. 5 tahun? lama gak tu. memang kalo semakin lama kita kat sesuatu tempat,memang semakin sayang kita nk tinggalkan..

    tp idup harus diteruskan..anjakan harus berlaku..kadang2 mmg susah nk keluar dr zon selesa..tp dun wory..insya Allah..kat tmpat baru pun lg menarik ke kan :D

    ReplyDelete
  8. @chii
    4tahun setengah jugak chii,sejak aiman dlm perut..tu la hidup perlu perubahan..:)

    ReplyDelete
  9. emm akk plak yg emo.. baru baca entry ni dah sedih.. cm ner nak bepisah nanti.. :(

    ReplyDelete
  10. hemmm saborlah yer kutu...mmg sedih kalau nak tinggal tmpat yg byk kasi kenangan kat kita..lebih2 tempat yang selalu muni gunakan tuk bermain dengan laptop tu...tempat tulah muni selalu gunakan tuk berfalsafah dgn laptop..nnti kat tempat baru ada kenangan baru...krnangan lama dibuang jgn.......semoga muni ceria bila disana nnti...

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!