Pages

Sunday, April 03, 2011

Fakta Menarik Lagi

 
Belum habis lagi entri pasal fakta yer..Rasa sayang sekali kalau tak dapat share dengan korang. Untuk simpanan aku jugak sebab aku memang suka fakta. Ia memberi pengetahuan yang kadang-kadang tak terjangkau dek akal..Kali nie tentang manusia-manusia yang dah menjadi sejarah, namun hebat dengan kelebihan masing-masing, Jom kenali mereka : 

  • Raja Uganda, King Mutasa, dianggarkan mempunyai isteri seramai 7,000 orang. (gila terer..)
  • Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke 5 Sebelum Masehi meninggal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya. (mati dalam iman..)
  • Ketua Perpustakaan Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe Caspar Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa.(solute la sama lu..)
  • Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral dengan menyertai pasukan perubatan tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga ketua penyelia kepada beberapa buah hospital dalam tentera Ratu Victoria. Jantina sebenar beliau hanya diketahui pada 1865 apabila meninggal dunia. (memang pandai menyamar)
  • Maharaja Keempat Moghul, Jahangir yang memerintah dari 1605 hingga 1627 mempunyai 300 orang isteri, 5,000 gundik, serta 1,000 anak muda untuk "menghiburkannya". Di luar istana Jahangir memelihara 12,000 ekor gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor singa jinak, 500 ekor kerbau dan 10,000 ekor burung merpati. (betul2 sayangi wanita dan haiwan, gay ker nie?.hihi..)
  • Jutawan Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke kediaman baru mereka berhampiran Seattle, Amerika yang menelan kos US$50 juta. Ia dilengkapi pelbagai peralatan elektronik canggih. Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang dikehendaki dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya dilekatkan di kocek baju.(tak hairan, ada duit semua boleh)
  • Wira Greek, Agamemnon yang merupakan pahlawan terbilang empayar tersebut menemui ajalnya bukan dimedan perang tetapi di tangan isterinya sendiri selepas dia kembali dari perang Trojan.(agak2 kenapa ehh kena bunuh?)
  • Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila Margaret Harrick, Pengarah Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia itu mempunyai rupa yang seiras dengan bapa saudaranya, Oscar. (patutlah..)
  • Apabila panglima Sepanyol yang menawan Peru, Francisco Pizarro, menculik ketua suku kaum Inca yang bernama Atahualpa pada tahun 1532, beliau meminta bayaran tebusan yang amat "menggerunkan"- sebuah dewan yang dipenuhi emas dan perak bernilai $170 juta! (kalah Puteri Gunung Ledang)
  • Pemimpin negara China yang terkenal dan diagung-agungkan oleh rakyatnya, Deng Xioping sebenarnya mempunyai rahsia tersendiri bagaimana beliau berjaya mengekalkan kesihatan sehingga umurnya menjangkau lebih dari 90 tahun. Rahsia tersebut adalah amalannya mandi air sejuk dan bermain terup.(eh boleh percaya ker?)
  • Seorang sherpa dari Nepal, Ang Rita telah berjaya mendaki hingga ke puncak gunung tertinggi, Everest untuk kali yang kesepuluh pada 23 Mei 1996. Apa yang menakjubkan ialah kesemua ekspidisi menawan puncak Gunung Everest yang dilakukan oleh Ang semenjak kejayaan pertamanya mendaki gunung tersebut pada 7 Mei 1983 tidak pernah menggunakan bekalan oksijen. (memang power)
  • David Breashears dari Massachusetts, USA pula berjaya menjadi pendaki pertama yang sampai ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 29,028 kaki dengan membawa peralatan untuk penggambaran yang paling berat.(hebat gila)
  • Seorang wazir agung Parsi, Abdul Kassem Ismael telah memiliki perpustakaan bergerak pada abad ke-10. Buku-bukunya yang berjumlah 117,000 buah terpaksa dibawa oleh 400 ekor unta yang terpaksa bertatih menyeberangi padang pasir ke mana sahaja di pergi.(tiba2 terkenang library bergerak yang bas tu, time sekolah dulu)
  • Pada 1905 seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Forestier telah memanjat 729 anak tangga Menara Eiffel di Perancis dalam masa 3 minit 12 saat untuk sampai ke puncak.(gila ahh..)


Cuba fikirkan kalau korang mati agak2 apa benda yang korang boleh banggakan untuk dikenang oleh generasi akan datang? Aku pun tiada jawapan untuk itu.hehe..Selamat menambah ilmu pengetahuan..






    

18 comments:

  1. Wah! muni sejak bila jadi pengkaji fakta ni.. hehehe. nak jadi Macam Giuseppe Caspar Mezzofanti... Byk bhs boleh ditutur. Ahakahak... Hurmm, menarik. Alhamdulillah bertambah ilmu saya. thanks yer Muni =)

    ReplyDelete
  2. Pasal pahlawan Greek tu rasanya Puan Kutu kena tengok cerita Troy baru tahu kot. Itu semua pasal skandal tu. Hehe.

    P/s: Maaf tak jenguk blog kamu semalam sebab ada hal.

    ReplyDelete
  3. xde jawapan tuk soalan terakhir tp yg pasti zeuxis plg comel sbb meninggal ms tgh ketawa..hahaha

    ReplyDelete
  4. chii takjub ngan raja uganda yg ad 7000 isteri..camne dia layan..pastu bp ramai skali dia kawen dlm satu hari

    pastu ketua library yg leh bertutur 50 bhs..kalo 5 bhs chii da salute..inikan plak 50...giler arhh

    chii tertanya2 gak..nape wira greek mati kena bnuh ngn wife dia...

    mandi air sejuk?? kirenya pasni kalo nk mndi..kena guna air yg kuar dr freezer la :p

    forestier tu flashman ke..729 dlm masa 3 minit lbh..gle laju

    ReplyDelete
  5. aku rasa 2 hari cuti ni cam tegok tv decomentri plak...ekekeke...go diego go!!! morning dear...kutu sekilo...

    ReplyDelete
  6. khalis sangat kagum ngan raja-raja zaman dulu..entah ae la yg wat diorang kaya sampai camni sekalikan? bini gundik sampai ribu riban

    Ada apa dengan DARA

    ReplyDelete
  7. Good entry la Pn Kutu.hehehe....

    Kalo saya mati, tiada yang perlu dibanggakan. Tengok belog saya jela...Baru leh kenang² diri saya. haha

    ReplyDelete
  8. @Fizalinolie

    best..macam ketagih pun ada.hehe..

    ReplyDelete
  9. @Miss Tira

    takpe tira dahulukan keje dulu tau..cite troy ekk?tak pnah tgok lg..

    ReplyDelete
  10. @Anah

    comel?p ramlee kata mati dlm iman..;)

    ReplyDelete
  11. @chii

    tu la chii masing2 hebat kan?

    ReplyDelete
  12. @Atiey

    ehh nie bkn dokumentari..sekurang2nya dua hari nie byk tak mummy belajar?

    ReplyDelete
  13. Francisco Pizarro ,
    hu3 . boleh jdkan contoh ni .

    ReplyDelete
  14. akak bunga : setuju ! he3 .

    ReplyDelete
  15. rasenye sume name tu tak pernah dengar.. huu

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!