Pages

Tuesday, March 22, 2011

Suratan Atau Takdir?



PERKAHWINAN adalah fitrah semulajadi manusia untuk ingin dikasihi dan memberi kasih. Melalui ikatan yang sah ini jugalah kita dapat memelihara keturunan. Setiap pasangan pasti mengimpikan sebuah kehidupan yang aman dan harmoni. Rasa marah, kesal, kecewa dan tak sependapat bukan hal aneh dalam hidup berumah tangga. Namun begitu segala masalah dapat di atasi sekiranya wujud toleransi. Bagaimana pula kalau pasangan yang kita  impikan menjaga kita dengan penuh kasih sayang tapi berlaku disebaliknya?


Kisah berlaku pada seorang rakan..Tidak begitu mengenali, hanya pernah bertemu kira-kira 5 tahun dahulu tapi sehingga sekarang kami masih berhubung. Walaupun tidak acapkali mendengar suara ditelefon, kami mengikuti cerita hidup masing-masing di laman sosial. Rakanku ini belum mendirikan rumahtangga sewaktu kami mula-mula kenal. Kami menjadi rakan sebilik sewaktu aku melaporkan diri di Kementerian Pertahanan kemudian berkursus di sebuah hotel di ibu negara. Orangnya berkulit cerah dan sedap mata memandang.


Dua tahun kemudian, aku dapat berita yang dia akan berkahwin. Selepas mendirikan rumahtangga, memang jarang sekali kami berhubung..Aku fikir mungkin dia sibuk dengan tanggungjawab sebagai isteri..Sehinggalah suatu hari tiba-tiba rakanku ini menghubungi aku melalui telefon dan bercerita tentang masalah yang dihadapi..


Aku ringaskan cerita. Dia sebenarnya makan hati dengan sikap suami. Badan yang dulunya agak berisi kini kurus melidi. Si suami memilih kerja. Tak mahu pekerjaan yang pada pandangan mata dia takde standart.Walhal si suami hanya punya Spm. Rakan aku terpaksa tanggung segala perbelanjaan rumah,bil, kereta dan dua orang anak yang masih kecil. Buat pengetahuan semua, mereka punya anak selang setahun. Mana nak bayar duit mengasuh, nak beli pampers dan susu..Dengan gaji yang tak seberapa, cukup ke makan pakai dia?


Menurut cerita rakan aku, masa mula-mula kenal, maksud aku waktu bercinta, si suami baik sekali. Memang pandai berlakon. Tak lama kenal dia sudah menyatakan hasrat nak meminang rakan aku nie..Terus jumpa famili rakan aku dan mereka pun berkahwin. Mula-mula rakan aku tak perasan perangai jahat si suami. Lama-lama si suami pun menunjukkan diri yang sebenar.


Duit dalam dompet rakan aku selalu hilang. Cincin perkahwinannya digadai, si suami balik kampung dia di terengganu pastu tinggalkan anak isteri dan lakukan macam2 hal lagi tapi rakan aku nie tak berani bersuara, nak jaga hati sebab terlalu sayang si suami. Walaupun perangai si suami macam setan tapi dia tak pernah la sampai memukul..Rakan aku terus pendam dalam hati sampai makan diri..


Kalau dia perlukan si isteri pandai pulak dia pulang kerumah. Faham kan maksud aku? Rakan aku cakap suami dia pandai psycho..Kadang-kadang dia boleh jadi baik sangat..Aku pun tak berapa faham apa yang dia cuba maksudkan.Rakan aku cakap dia sayang sangat si suami.."Dia cinta pertama aku.."


Si suami malas kerja satu hal, yang paling menaikkan marah aku, aku rasa rakan aku seperti diguna-gunakan oleh si suami. Tapi tak taulah kan, takde bukti..Rakan aku mengaku yang kawan2 diopis dia pun berkata hal yang sama. Pada dia, "aku jadi macam nie sebab aku makan hati..bukan sebab dia guna-gunakan aku.."Korang rasa?

Malang lagi bagi kawan aku bila semua famili si suami menyokongnya malah berkomplot untuk menipu..Mintak duit rakan aku untuk beli tanah kononnya, sampai habis semua duit simpanan dia..Mertua rakan aku pun percaya dan menyokong si suami..Tak heranlah sebab si suami pandai berlakon kan..Niat rakan aku untuk menyambung pelajaran pun tak disokong malah si suami seakan cemburu dengan isterinya.Tak mahu isteri lebih dari suami sedangkan memang dah lebih pun dalam segala hal. Aku tak faham apa sebenarnya yang si suami mahu dari isteri? Apa motif dia kahwin dengan rakan aku?

"Kenapa tak mintak cerai?" itu saja soalan aku buat si rakan..dia kata dah beberapa kali pergi kaunseling, tapi si suami tak nak ikut sekali. Ustaz pulak tak habis-habis suruh berdamai. Suaminya juga tak nak lepaskan dia. Sekarang dah lama tak dengar cerita dari dia. Entah apa yang berlaku..Aku ada nasihat suruh dia pergi berubat tapi dia kata tak percaya dengan bomoh. Kalau tak percaya dengan bomoh sekalipun, pergi cari ustaz yang pandai..Dia kena tolong diri dia dulu kalau nak hidup bahagia..

Benarlah perkahwinan itu satu percaturan. Kalau dapat jodoh yang betul, bahagialah kita..Apakah hidup rakan aku nie suratan atau takdir? Dia kahwin dengan lelaki yang dia cinta dengan harapan bahagia tetapi dimana silapnya? manalah dia tahu sikap si suami begitu? Kalau tahu tentu saja tak ingin bersuamikan lelaki itu..Siapa yang sakit sebenarnya? Suami atau isteri?


12 comments:

  1. ok, ini sy nak komen sgt2.
    kawin dah kawin, pahit dah pahit.
    klu tak sggup berpisah,kena usaha.
    saya bercakap dr pengalaman.
    saya seteruk2nya sebuah perkahwinan. ckpla apa saja,kwn2 semua mendoakan sy bercerai.
    saya tekad sbb sy yg pilih suami.
    mcm3 cara sy lakukan.
    akhirnya, saya pergi darul shifa'.
    saya minta awk selaku kwn dia pujuk dia ke darul shifa.

    fikirla pjg2..

    ReplyDelete
  2. Darul Shifa di mana2. Silala berbuat sesuatu, hidup mmg satu perjudian..tapi kita yang jadi buah catur ni harus pandai menyusun langkah.
    Insya Allah ada hari yg sungguh cerah buatnya.

    ReplyDelete
  3. Hurmmm... Susah nak dikata, Apa yang hanya kita mampu doakan semoga sang suami berubah sikap... :(

    ReplyDelete
  4. memang nasib tak sama kutu kalau kita nk cadangkan dia bercerai dgn suami dia tak akan terjadi melainkan dia yg nak tapi kutu boleh lah cuba pujuk dia pergi berubat dgn ustaz2 termasuk suami dia tu , lelaki kalau lupa tanggungjawab payah lah :)

    ReplyDelete
  5. Kenapa jumpa pakar kaunseling. Orang kaunseling dia memang macam tu. Pasanglah lawyer unndang-undang syariah. Tengok gigil tak gigil laa si suami tu.

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah manusia ni berubah, doa2kan semoga dia berubah.
    ada caranya untuk setiap dugaan..

    ReplyDelete
  7. kesian mommy bc kesah kawan muni tu..mmg hidup sebuah perjalan yg maha panjang...ade luka di setiap tapak yg kita lalui, cerai perkara terakhir mugkin..krn ia paling tidak di sukai dalam islam meskipun perkara itu boleh di tuntut.Cam yg muni usulkan suruh pi jumpa ustaz...cari di mana silap, cam yg wan hafisah komen...darul syifaq mmg terkenal kerana kemujaraban...dan doa2 yg di gunakan.bertahan lah demi anak2...berdoa semoga die berubah.jalan terakhir...jika tak juga....buat lah solat istikharah..insyallah di tunjukKan Arah

    ReplyDelete
  8. nk komen pun..diri sendiri belum mengalaminya..apa pn..semoga rakan puan kutu dpt diselamatkan dan menemui jln yg terbaik untuk dia dan anak2..insya Allah

    ReplyDelete
  9. macam2 cerita alam perkahwinan...
    ngeri kekadang bila pk....

    tp xleh nak tolak apa yg Dia turunkan pada umatnya...suma tuh dugaan...

    kasi tau kawan muni, sabar bebanyak yer...mintak petunjuk dr Dia...

    insyaAllah..ada jalan penyelesaiannya nanti....

    ReplyDelete
  10. bercerai mungkin bukan option yg terbaik.. mencari penawar dgn ustaz mahupun mereka yg pakar spt di Darul Shifa adalah alternatif yg sangt baik..

    pokok pangkal nya hati... jika hati tdk berpegang dgn tali ALlah, ini lah yg terjadi.. lebih2 lagi bila org ke3, ke 4 (keluarga suami) yg bersikap tamak haloba spt itu..

    cuba lah ajak2 kawan pn kutu itu menjadi 'penawar' dgn perubatan alternatif Islam.. & juga bersihkan jiwa.. Allah sayang & akan tunjukkan jalan pada hambaNya yang meminta padaNya.. memang berat beban yg ditanggung, tapi harus cari jalan keluor..

    ReplyDelete
  11. Hmm... mcm2 dugaan lam r/tangga.. yg ada suami, suami bt hal... cam sy... ada suami yg ckup baik tp dh pergi tnggalkn sy n ank2 bt selama2nya...lau ckp rindu mmg teramat rindu... antara sbb sy berblog sbb sy nk pujuk hati spy x terlalu bersedih...

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!