Pixajoy

Friday, February 19, 2016

Santai Padang Kota, Penang



Jumaat 12 Feb 2016. 

Sebelum balik SP kami menyinggah ke Penang tunaikan hajat orang mengidam. Memang dah siap berkemas barang semua masuk bonet, lepas ke Penang terus je balik SP. Lama dah ni dok ketaq nak makan pasembuq sejak tengok Fariz Adriyan Cinta Si Wedding Planner tu makan pasembur Penang.haha..

Lepas Solat Jumaat baru bertolak. Macam biasa kami pergi dan balik naik feri. Waktu pergi Afia tidur, so anak bujang je la kena paksa jadi model. Kebetulan kereta dapat park ditepi,  bolehlah ibu keluar bercerekarama ditiup angin laut bersama abah. Gambar selfie ibu abah simpan sendiri sudah.hahaha..


Akhirnya kan..dapat juga pasembur Padang Kota. Yang mengidamnya bukan ibu, tapi bapak baby dalam perut ni.hakhak..


Lepas makan layankan kejap anaknda berdua lepak kat playground, main bubbles, bergambar lebih kurang terus bertolak balik.





Sampai SP lapar balik jadinya, so kami ke Al Haura Arabic Kopitiam lagi pekena nasi arab setalam. Dalam seminggu tiga kali kena nasi arab, macam takda menu lain.hakhak..


Dari Sungai Petani - Kulim - Alor Setar - Perlis- Alor Setar - Nibong Tebal - Cameron Highlands Nibong Tebal - Penang - Sungai Petani. Seminggu bercuti Alhamdulillah selamat pulang kesarang.hehe..






Thursday, February 18, 2016

S'Corner, Strawberry Farm & Cactus Nursery



Aku update laju-laju..sementara semangat Cameron masih ada. Ni entry terakhir la pasal Cameron.

Katanya la kan yang S' Corner ni barang lagi murah dari Kea Farm..so kami pun ke sini. Kea Farm tak sempat singgah..kereta nak park pun susah. Penuh dengan umat manusia. Lain kali memang tak boleh pergi time cuti sekolah. 


S'Corner yang katanya murah tu rupanya tepi jalan berbentuk S..dah salah tempat rupanya.haha.. Yang kami masuk ni macam market kecik, kedainya pun tak banyak tapi bolehlah nak apa semua ada. Setakat sayur, teh dan buah-buahan tu ada. Cuma ralat sikit tak beli strawberi sebab ingatkan nak merasa yang fresh dipetik tu..tapi tak dapat. 

Alas perut dulu sebelum lunch.

Ubi madu kukus dan sweet corn..nyum

Lepas dah shopping lebih kurang kita pekena teh ais dekat Kafe Mualaf. Satu-satunya kafe kat sini rasanya..

Kak Pia kemaruk baby chair.hahaha

Abang Aiman dengan pose jari best tak sudah.

Abah dan Pakwa menikmati teh ais sorang segelas.

Konon nak ke Strawberry farm, tapi dengan kereta banyak dari Tapah berpusu-pusu masuk Cameron, en suami teruskan perjalanan je tak kuasa nak hadap jam. Sampai Tanah Rata kami berhenti lunch nasi arab dekat Al Raudah Cafe.

Rasa biasa saja tapi murah la ambil family package siap dapat air sejug.

Dekat Tanah Rata pun banyak tempat ladang strawberi..tapi dah tak tahu tempat..Mardi pun kami terlepas. Padahal en suami dah jumpa kawan dia yang dok Cameron tapi lupa pulak nak bertanya. Memang takda rezeki la nak makan strawberi segar celup coklat.huhu..

Kami teruskan perjalanan at last singgah ladang strawberi kecik apa nama ntah on the way balik. Tu pun stawberinya baru dok bunga..buah hijau-hijau dah habis kena petik ke apa. Nak beli pun tak bernafsu tengok. Snap picture pun tak teringin. Merajuk la tak dapat strawberi.hahaha..

Oleh sebab Afia merengek sangat nak strawberi beli juga sebekas..tu pun bukan dia makan. Dekat strawberry farm ni ada juga Cactus Nursery dan kedai jualan. Borong jugak la sayur pastu sambung cuci mata sebelum balik.









Good bye Cameron. Memang tak puas pergi CH balik hari, kejap sangat tak sempat menikmati suasana sejuk malam di Cameron. Insyaallah next time kita pi sana lagi noo..










Wednesday, February 17, 2016

BOH Tea Centre Sungei Palas Cameron Highlands



Destinasi kedua selepas Lavender Garden. Tea Palas ni dibuka seawal 8.30 pagi dan tutup pada 4.30 petang. Nasiblah kami sampai agak awal..perjalanan lancar waktu pergi..masa on the way nak balik tu je jam sikit. Tersekat kejap almaklum jalan kecik pastu bengkang bengkok.

Parking pun penuh juga..tunggu orang keluar baru boleh masuk park. Alhamdulillah dipermudahkan. Tempat parking kat bawah pastu menapak la panjat bukit menikmati keindahan dan kesegaran cuaca Cameron Highlands.





Kat sini ada ladang teh saja la pastu sebuah cafe. Kami duduk tak lama, snap picture lebih kurang pastu turun. Cafe dia pun penuh dengan umat manusia..takda chance nak lepak kena bagai sepotong kek. Tak salah aku dulu-dulu boleh tengok cara proses teh tapi sekarang dah tak ada...ke aku tak habis pusing. Mai Cameron last pun zaman sweet 18..berpuluh tahun dah pun. Yang selalu naik turun Cameron mesti gelakkan aku kan.hahaha..







Ada satu lagi je kot entry CH. Banyak tempat dah terlepas sebab tak tahu lokasi. Sapa suruh menonong je pergi time cuti perayaan bersambung cuti sekolah..cari nahas la kan.








Tuesday, February 16, 2016

Lavender Garden Cameron Highlands



Rabu 10hb Feb 2016..bersambung lagi aktiviti kawad kaki.hehe

Balik kampung aku memang ada plan nak pergi jalan-jalan tapi tak tahu arah nak tuju kemana. Dok fikir sama ada Penang, Taping or Bukit Merah la destinasi kami. Macam mana ntah boleh melarat sampai ke Cameron. Sungguh on the spot punya short vacation. Kebetulan esoknya Acu Ain dah start kerja..malas nak fikir cari hotel..plus baju sejuk apa pun tak bawa, lagipun musim cuti ni faham sajalah Cameron tu macam mana. So kami pergi balik hari.

Semangat punya pasal sebelum Subuh kami bertolak dari rumah. Acu dan Pak Wa Aiman Afia ikut sama. Selepas subuh dan sarapan di RnR Gunung Semanggol, kami teruskan perjalanan ke Cameron. Dipendekkan cerita tempat pertama dituju ialah Lavender Garden. Nak pergi Avant Chocolate mulanya tapi dah terlepas jalan..payah la nak patah balik.huhu..


Bayaran masuk Lavender Garden RM8 untuk dewasa, RM 5 untuk kanak-kanak. Macam agak mahal juga tiket tapi berbaloi la kalau tangkap gambar banyak-banyak. Cantik, wangi dan sejuk tempatnya. Banyak gila gambar aku snap kat sini..so bertabahlah scroll sampai kebawah. Ni pun dah select mana patut..kalau tak, boleh jadi 5 entry kot pasal lavender garden saja.hakhak..




Barang yang dijual semua mahal. Kami tak beli apa pun kat sini. Nasiblah Afia tak merengek nak titi ni semua. Abang Aiman je dapat pistol kayu satu pastu en suami beli jem strawberi. 
















Layan je la gambar. Gerun tengok badan sendiri dah sama besar en suami. Jangan lepas bersalin tak surut sudah.haha..