Pixajoy

Monday, May 05, 2014

Santai Taman Jubli SP



Berangan kononnya nak buat makan-makan ala picnic dekat Taman Jubli untuk birthday girl sampai kesudah jadi angan-angan. Abah spoil, baik punya ketiduran. Next time abah kata kita pergi. Untuk tak menghampakan si chubby dan si bambam, hari Sabtu ibu bawak anak-anak ibu santai kat sini. Datang tanpa abah sebab abah kerja. 

Tengah cari parking terjumpa dengan opismate. Dia bawak anak-anak dia main kat sini juga tapi dah nak balik. Kami datang lepas Asar. Turun dari kereta si chubby tunjuk uncle yang biasanya jual sate ikan dekat kuarters. Senyum je abang tu sebab dah kenal kan. Macam biasa santap sorang sepuluh cucuk sate dulu sebelum mula main.


Nampak tak lidi sate ditangan kiri?


Cik pia asal berjalan je sandal kaki kanan asyik la tercabut. Praktis jalan sekejap terus ibu dukung.


Buai laju-laju sampai pokok sena, Awek kat sebelah tu siapa yang punya.hakhak


Sumbat Afia dalam ni untuk betulkan urat-urat ibu.huhu..


Posing sini bu..

Kata orang tua-tua dilupa jangan. Ibu cari port baik punya jauh sikit dari orang ramai untuk Afia berlatih pijak tanah. Praktis tak sampai dua tiga langkah pun. Penat ibu bagi arahan suruh jalan boleh dia bagi aksi Marilyn Monroe.haha layan!




Melihat Afia yang tak kuasa pun nak parktis berjalan, jom kita pusing satu taman. Dah lama tak tawaf sejak dah pencen jogging. Masa tengah semangat nak kuruskan badan dulu sini la port aku bakar kalori. Sibuk Aiman cari daun nak bagi rusa makan sampai sakit-sakit tangan satu ranting pun dia tak berjaya patahkan. Harap badan je besaq!




Sebelum balik Aiman request aiskrim. Makan dalam kereta sebab Afia pun dah mula nak buat perangai. Mana tak mengantuk, aku paksa-paksa tidur dari pagi dia keluar masuk bilik haram tak lena. Ibu jangan tanya dah dua tiga kali lelap dah.hehe Sogok sekejap dengan aiskrim ibu. Kira halal Afia kan dah besar dah setahun dah kan. Cuma bagi rasa je, ni pun kemain panjang lidah dia keluarkan. Jilat jangan tak jilat.haha



Kami pulang ke pangkal jalan hampir pukul 7. Sampai rumah bukak baju, basuh muka, basuh kaki, bagi nenen tertidur terus si bambam ibu.




Sunday, May 04, 2014

Puding Roti Pemanggang Ajaib



Satu petang yang serabut, ketika tak dapat fikir apa benda nak makan tiba-tiba teringat puding roti Lyd dan MD. Aku ingat gitu-gitu je resepinya pastu hentam ikut apa bahan yang sedia ada dekat rumah. Kalau dah banyak sangat adjust ikut sedap hati memang puding roti selekeh la jadinya. 

Jom tengok cara pembuatan puding roti ala-ala lyd & MD aka selekeh ala PK.


Mula-mula aku tumis bawang besar, masukkan karot + sotong + sosej + tomato. Aku guna serbuk hilal, so aku tak letak dah garam dan lada sulah. Kalau korang nak buat boleh je ganti dengan bahan lain macam lada benggala, brokoli, daging hancur dan lain-lain.


Sapu pemanggang ajaib dengan butter, carik-carik roti dan campak. Lepas tu aku tabur segala bahan yang aku tumis tadi, pecahkan telur dan tuang. Akhir sekali baru tuang susu cair. Bila tengok bahan tumisan ni banyak yang amat, aku carik lagi roti campak lagi pastu tuang lebihan telur dan susu cair. Yang afdalnya kena bagi tenggelam semua. Tapi dah namanya selekeh kan hentam sajalah labu.haha


Ni je gambar puding roti yang ada. Aku baru teringat nak snap bila dah separuh kaut masuk perut. Cik pia dok berdrama mengantuk yang amat sampai ke dapur ikut pegang kaki ibu tu yang sampai terlupa. Selekeh macam ni pun sedap. Kalau ada mayones dan cheese lagi mantop. Stok kat rumah dah habis la pulak.

Mula-mula en suami tanya boleh habis ke ni? Aku kata kalau tak habis apa susah esok boleh panaskan. Memang puding rotinya banyak dah aku derhaka letak bahan melimpah ruah. Unbeleiveable boleh habis sekali hadap ok! Cubalah buat ye kawan-kawan...





Saturday, May 03, 2014

Kek Harijadi Simple Untuk Birthday Girl



Kami memang tak biasa pun buat sambutan hari lahir. Selalunya beli kek dan keluar makan sahaja. Disebabkan birthday girl tak pandai demand lagi, ibu bikin saja kek simple untuk Afia. Lagipun Afia belum boleh makan kek. Mulanya rasa nak hias buah-buahan menjadi kek, tapi bila fikir-fikir balik siapa yang nak makan. Buah yang dah dikupas dan potong mestilah kena habiskan ye tak. Mana larat kami nak hadap. Afia pun takde gigi. Jenuh nak memuri la pulak lepas tu. Terus cancel! Mungkin akan diusahakan tahun depan.hehe..


Aku guna strawberry swiss roll cake seperti gambar. Aku potong kepada 9 bahagian, atur masuk bekas pastu tuang cream cheese dan tabur cheddar cheese. Aku buat satu layer saja. Lebihan kek aku buat lagi satu adunan campur dalam cheesekut. Mulanya berangan nak buat buttercream tulis happy birthday dan nama Afia, malas punya pasal aku campak terus coklat nips atas kek.


Begini rupa kek yang dah siap. Strawberry Nips Cheese Cake nama diberi. Cucuk happy birthday ikut posisi kegemaran. Boleh juga ubah kedudukan setiap seminit.haha Buta deko-deko Eric sungguh. Katanya simple!


Kan dah kata, lepas seminit dah ubah kedudukan. Yang pelik tu pandai pulak tala ikut kamera.hakhak..Nampak tak tangan birthday girl? Sibuk dia nak terkam kek harijadi dia tau. Bergegar semua gambar birthday girl. 


Dapat pegang happy birthday tu baru diam sesaat. Cepat-cepat snap gambar sebelum Afia kembali menerkam kek. 


Malas potong sebab yang nak hadapnya kami-kami je. Kaut je kek masuk mulut pakai sudu. Nyum-nyum!







Friday, May 02, 2014

Afia Imanina 1 Tahun



Afia turns 1 today. Ohh kenapa si bambam cepat sangat membesar. Aktiviti sekarang lebih kepada menyepah dan memunggah. Semua perabot berpintu memang jadi kegilaan si anak dara. Pantang kita tutup laju dia pergi bukak semula. Tak serik pulak tu dah beberapa kali terkepit jari dan muka.haha

Usia setahun Afia masih belum boleh jalan, hanya ligat merangkak dan jalan berpaut. Kalau didirikan dia dah boleh melangkah beberapa tapak. Agaknya tahap confident belum tinggi nak berjalan sendiri. Dia cuma expert berdiri, kekal comel dan wangi bergusi tanpa gigi.


Bila ibu panggil Afia akan meluru datang. Semalam bila abah sebut nak remote, Afia hulur remote astro yang dia pegang. En suami sebenarnya nak remote TV dari Aiman. Banyak lagi contoh yang membuktikan Afia dah boleh faham dan ikut arahan. Kadang-kadang je bila kita cakap dia cuma sengih.hehe

Biasanya bila ibu marah si bambam akan senyum buat muka tak bersalah. Kalau abah tinggi suara sikit tau takut, terus nangis. Sama macam abang Aiman, garang ibu tak laku langsung. Paling comel bila dia geleng-geleng kepala time ibu mula suap makan. Auta je lebih padahal makan banyak gila. Lainlah kalau dah banyak makan memang dia akan geleng sambil tutup mulut tanda kenyang. Alhamdulillah Afia masih menyusu sepenuhnya dari ibu.

Waktu mandi adalah peberet si bambam. Suka dia dapat pegang hos sambil main air. Sekarang bila dipakaikan baju, Afia dah pandai bagi kerjasama hulur tangan dan kaki. Dia tahu joget bila dengar zikir atau lagu. Afia akan goyang jari telunjuk bila kita sebut "ingat-ingat..". Selain tu bila dengar word "hello", dia akan secara bergaya letak hp dekat telinga lantas potpetpotpet guna bahasa baby. 


Semoga Afia terus diberi kesihatan yang baik, sejahtera sepanjang masa, sentiasa disayangi dan disenangi semua orang, jadi anak solehah yang sentiasa mendoakan ibu dan abah, dilindungi dan dipelihara Allah atas rahmat dan kasih sayangNYA, cemerlang, gemilang, terbilang, jangan temberang.hehe 

Allah selamatkan anak ibu, Afia Imanina!