Pixajoy

Saturday, September 15, 2018

Resepi Bebola Nasi Tempe


Ok tempek resepi lagi. Pertama kali buat ni haruslah masukkan di blog. Orang kata untuk anak yang tak suka makan nasi tu boleh pelbagaikan menu. Anak-anak aku semua balun, semua pun pencinta makanan tapi ibu depa saja la pun gigih juga nak buat benda-benda camni.

Ni sebab dah tak tentu arah nak makan apa.. Apa ja bahan yang ada kita hasilkan menu baru janji boleh makan. Masa dok proses buat ni pun anak-anak berkali kali tanya ibu buat apa.. ibu masak apa..tapi entah lah anak oii nak bagi nama apa masakan ni pun tak tau. At last kita namakan Bebola Nasi Tempe. Sukatan tu hentam saja lah mana nak lebihkan dan kurangkan ikut suka tekak. Boleh adjust ikut apa bahan yang ada kat rumah, tak payah la ikut sebijik resepi aku ni.hehe

Potong dadu kentang + lobak + bawang besar, tumbuk isi ayam + tempe + ikan bilis + bawang putih hingga hancur. Satukan semua dengan nasi, masukkan tepung gandum + garam + air. 

Bulatkan camni, tambah tepung & air, gentel sampai jadi bebola. 

Celup bebola dengan telur,  boleh salut dengan breadcrumbs kemudian goreng. Aku tak ada serbuk roti,  so buat ala2 begedil je. 


Bawang putih + ikan bilis tu aku letak sebagai perasa, so tak perlu serbuk perasa sebagai penyedap. Siap dah bebola sihat yang sungguh enak dimakan dengan sos dan mayones. Cheewah.. 






Friday, September 14, 2018

DIY Flower Hand Bouquet & Flower Veil



Ok nak juga tempek sini kenangan. Ibu DIY bunga tangan dan bunga di kepala veil untuk Afia masuk pertandingan baju patriotik. Ni pun idea saat akhir gunakan perca baki bendera baju Afia. 

Hand bouquet mulanya dah malas nak buat, malam sebelum pertandingan dapat idea gulung-gulung bendera tu jadikan kelopak bunga pastu cantumkan. Versi simple guna apa ja bahan yang ada janji Afia happy. 

Muka happy dapat hand bouquet 

Reben ni ja ada. Pink pun hentam sajalah. Masa Afia naik pentas rebennya tercabut. Tapi takpa la still nice tanpa reben. 

Siap untuk Pengantin Merdeka kita.

Ibu tengok veil bendera Afia kosong macam tak menarik, nak pergi beli headband dah tak sempat so cuba google dan jumpa cara nak buat bunga dari kain. Jom tengok cara nak buat dan hasilnya. Gambar step by step ni ibu ambil di pinterest. 

Potong kain memanjang dan lipat pastu potong buat kelopak bunga

Pastu jahit dan cantumkan jadi bunga. Mudah kan

Ni yg ibu buat. Ibu cantumkan bunga terus jahit pada veil. 

Tara.. Hasilnya

Nanti update kisah Afia bertanding.




Thursday, September 06, 2018

Raya Haji 2018


Tu dia baru nak update kisah raya haji. Ok la kan better late than never.haha..Raya tahun ni tak balik kampung langsung kita beraya kat Sungai Petani je. Mak abah mertua balik beraya di Johor, aku pulak raya pertama tu duty malam, en suami planning raya kedua dah mula berniaga, sebab hujan raya ketiga baru start.

Raya sendiri bermakna menu raya masak sendiri la kan..No ketupat rendang, masak nasi minyak bodoh-bodoh je senang sekali harung boleh makan dari pagi sampai malam. Here our nasi minyak.

Kambing Masak Hitam, Ayam Masak Merah & Acar Mentah

Mak ngasuh depa ni jemput kenduri Korban kat Kampung Memali, Baling. Dah takda aktiviti apa lepas solat raya tu en suami ajak kesana. Anak dara mood baik nak pose dalam kereta, layan! 

Jubah Wan Maktok beli di Mekah. 

Selfie so-so tempek pi la dah ni ja picture raya yang ada. haha.. 

Abang Aiman kat rumah kenduri

Esoknya habis duty pagi stall nasi lemak semua masih tak buka, kita sarapan kat mamak ja la sambil mengimbau kenangan roti salad mamak yang penuh nostalgia. 

Kalau nak tau dulu waktu ibu abah fall in love, roti salad ni la antara menu kegemaran kami. Hari ni setelah 12 tahun kahwin, dengan pakej 3 anak baru nak makan menu zaman bercinta. Hakhak



Raya kedua baru masak menu raya. DIY nasi himpit dan kuah kacang daging je, jadi la habuan orang raya sendiri tanpa sanak saudara. hehe








Sunday, August 12, 2018

Resepi Roti Bakar Bahan Paling Simple



Hai.. dah macam buku resepi dah pun nak update blog makin hari makin sendu. huhu. Apa pun roti bakar ni antara resepi wajib  tempek sebab best gila.

Aku try buat pertama kali menjadi gebu elok, suka sangat sebab bahan semua mudah dapat tak payah susah nak uli lama, takda bread maker pun boleh buat dengan girang tanpa mensadokan otot lengan.  Pastu kan resepi dia tak guna bread flour dan tak renyah,  simple step boleh makan roti yang sedap.

En suami pun kata sedap, lagi sedap dari yang beli kat kedai, anak- anak ja tak makan sangat sebab aku buat kosong takda inti. Cicah roti dengan kopi, teh ke milo nikmat tau, tapi aku suka ja makan begitu saja.  Next time boleh letak inti, cuba buat roti sosej pakai resepi sama.

Resepi Roti Bakar

1 kg tepung gandum
1 Peket yis mauripan
2 biji telur Gred B
1 gelas gula
1 gelas minyak
2 gelas air
1 sb baking powder

Cara - cara : Campur semua bahan, uli sampai doh betul-betul tak melekat kat tangan. Rehatkan hingga doh naik,  masukkan inti kemudian bakar.

Tada.. 

Banyak ni 1kg, 3 hari makan tak habis.haha

Bukti kegebuan 

Aku pakai cawan plastik ikea tu ja. Tak suka manis kurangkan sikit gula ya. Kalau nak roti cantik pepandai la bulatkan bagi sama saiz. Aku ni belasah ja kecik besar nak cepat kejar masa nak masuk duty malam. Puas makan buat sendiri. Selamat mencuba!