Hari ni ibu dan Afia ke taklimat dan pendaftaran sekolah untuk Afia ke pra tahun depan. Abah meniaga adik aryan hantar sekejap ke mak pengasuh..bawa dia nanti haru biru pulak jadinya. Yes kami buat pilihan hantar Afia ke pra senang tak payah dah nak fikir tadika apa nak hantar. Lagipun dengan silibus dari kementerian dan cikgu terlatih berpengalaman harap Afia dapat yang terbaik kat sana. Senang lagipun sekali hantar Aiman dan Afia sekolah sama.
Malam tadi ibu duty malam pagi lepas hantar Abang Aiman sekolah pakat tumbang 3 beranak lena..jaga je kalut la bersiap. Laju-laju snap sementara Afia tengah excited dan masih dalam mood molek.haha..
Dia kalut suruh hantar dia dulu pi sekolah pastu ibu hantar la adik Aryan. Kemain lagi confident ya..tunggu first day nanti camna.huhu. secara ringkas guru besar bagi ucapan dan penerangan pasal pakaian..pasal peruntukan pra dan sebagainya. Dengar tadi cikgu kata total 40 orang sahaja budak pra. Cikgu 2 orang dan 2 orang pembantu. Ada 10 lagi kekosongan, 2 kelas setiap kelas ada 25 pelajar..5 dan 6 tahun campur.
Orang belum mula taklimat lagi dia dah kalut hangat pastu nak buka tudung. Sekolah nanti nak pakai tudung camna Kak Pia oi.huhu
Dalam sejam lebih je habis la acara. Sebelum balik macam biasa la singgah kedai demand aiskrim. Hari-hari aiskrim budak ni.
Aishh tak sangka sungguh la bambam ibu ni cepat sangat besaq..dah nak sekolah tak lama lagi. Moga diberi kemudahan diterangkan hati menerima pelajaran disenangi cikgu dan kawan-kawan. Rajin - Rajin belajar jadi anak solehah hendaknya.


























