Hari ni ibu dan Afia ke taklimat dan pendaftaran sekolah untuk Afia ke pra tahun depan. Abah meniaga adik aryan hantar sekejap ke mak pengasuh..bawa dia nanti haru biru pulak jadinya. Yes kami buat pilihan hantar Afia ke pra senang tak payah dah nak fikir tadika apa nak hantar. Lagipun dengan silibus dari kementerian dan cikgu terlatih berpengalaman harap Afia dapat yang terbaik kat sana. Senang lagipun sekali hantar Aiman dan Afia sekolah sama.
Malam tadi ibu duty malam pagi lepas hantar Abang Aiman sekolah pakat tumbang 3 beranak lena..jaga je kalut la bersiap. Laju-laju snap sementara Afia tengah excited dan masih dalam mood molek.haha..
Dia kalut suruh hantar dia dulu pi sekolah pastu ibu hantar la adik Aryan. Kemain lagi confident ya..tunggu first day nanti camna.huhu. secara ringkas guru besar bagi ucapan dan penerangan pasal pakaian..pasal peruntukan pra dan sebagainya. Dengar tadi cikgu kata total 40 orang sahaja budak pra. Cikgu 2 orang dan 2 orang pembantu. Ada 10 lagi kekosongan, 2 kelas setiap kelas ada 25 pelajar..5 dan 6 tahun campur.
Orang belum mula taklimat lagi dia dah kalut hangat pastu nak buka tudung. Sekolah nanti nak pakai tudung camna Kak Pia oi.huhu
Dalam sejam lebih je habis la acara. Sebelum balik macam biasa la singgah kedai demand aiskrim. Hari-hari aiskrim budak ni.
Aishh tak sangka sungguh la bambam ibu ni cepat sangat besaq..dah nak sekolah tak lama lagi. Moga diberi kemudahan diterangkan hati menerima pelajaran disenangi cikgu dan kawan-kawan. Rajin - Rajin belajar jadi anak solehah hendaknya.
11 comments:
comei nya afia excited ye nak pergi sekolah
atotototo seronok dia nak masuk sekolah dah =)
all the best afia
Dah bersedia nak ke sekolah dah Afia ni.
Kadang kadang pra susah nak dapat noh. Untunglah Afia dapat masuk pra.Kalau kat KL rasanya susah nak dapat masuk pra.
Setuju tu PK... selain cikgu yg berpengalaman, bagi Afia biasa dengan suasana sekolah pun bagus jugak tu. Hihi...separuh jalan noh pakai tudungnya. Alah tak pelah belum baligh lagi hihi
Yelah PK....rasa kejap sangat Afia dah besar.... mcm baru pandai jalan ja, la dah nak masuk sekolah pulak
Assalam. Cik manggis datang ziarah. Tengok muka afia penuh dengan keyakinan. Semangat nak sekolah tu..
All the best afia
Comeynya dia..
Wah dh nk msk sekolah dh dia.. Rsa aritu bru je dia dilahirkan..
Comelnya dia. Confirm clever girl ni.. suka g sekolah. Selamat masuk PRA sayang
hahaha..dah beso dah..
Kak Pia nak sekolah dah ke kak Pia...? Selamat masuk alam persekolahan Kak Pia... achik Nora doakan Kak Pia maju jaya dan cemerlang dunia akhirat...
Post a Comment