Pixajoy

Saturday, July 08, 2017

Kuih Raya 2017




Nak jugak tempek bukti aku buat kuih tahun ni.hahaha..


All the time favourite. Samperit susu buat dua adunan. 1st dought sebelum raya dah licin

Biskut Mazola 1st time buat. Aku adjust resepi letak Peanut Chocholate sedap jugak la tapi tak tau kenapa lepas bakar mesti melekat dekat loyang. Bebai jugak la membuatnya sampai habis. Lepas ni mungkin serik dah nak repeat buat.haha

Kuih gunting tapi hentam sajalah labu macam-macam bentuk.haha..Sedap ni tau buat gonyeh depan TV. Kalau rajin nanti aku share resepinya. 1st time jugak buat menjadi sedap. Cheewah

Jejari Nestum yang takda rupa jejari.hihi. Ni pun laku keras terpaksa buat dua adunan.

Ni satunya biskut yang aku buat tak menjadi tahun ni. Samperit Cheese ni memula lepas bakar sedap jugak pastu terus jadi macam lemau jahanam.haha..Salahkan resepi ye aku ikut step by step bahan semua tak derhaka langsung.

Kerepek bawang je en suami beli. Memang setiap tahun beli sebab sedap. Berpotensi untuk dikomersialkan tau. Tengok la nanti kot2 aku jadi tokey kerepek bawang pulak.hahaha..

Siap packing untuk bawak balik kampung.

Ada sejenis dua lagi biskut yang aku teringin nak buat tapi tak sempat. Bila repeat buat dua adunan tu yang lari budget masa. Bahan-bahan ada tu bila rajin nanti aku try buat. Tak tau la bila nak rajinnya. Jangan kejung hocholate rice Chocholate chips dalam peti ais sudah.





Tuesday, July 04, 2017

1st Raya @ Alor Setar



Kami balik kampung sehari sebelum raya. Tu pun ibu kerja sehari sebelumnya habis kerja pagi tu balik rumah kemas-kemas sampai Alor Setar pun dah tengahari. Sempat la berbuka reramai puasa terakhir. En suami tiga beradik je, raya kali ni semua complete berkumpul.

Lepas cucuk Aryan demam. Bukan sebab cucuk sangat tapi sebab gigi baru tumbuh dia asyik merengek je.

Malam raya tengok Aryan dah meligat main, dah tak demam lega rasa. Bangun awal juga pagi raya tu mandikan dia pastu snap picture Aryan sado laju-laju. Muka pun tak berapa merelakan sangat di photoshoot, candid ajelah janji ada kenangan.






Kak Pia pun mood tak berapa elok nak bergambar. Beraksi paksa rela je ni.huhu..



Adik Aryan dah tido sambung wefie sama Adik Athif

Asal boleh je mana2 snap

Abang Aiman pun 1 ni je sempat

Kak Pia, Kak Mia dan Acu Ecah.

Macam biasa la kan selepas sesi salam bermaafan konon nak snap picture sefamili tapi mai dengan kalut tak sempat juga nak kumpul semua bergambar raya.

Ni je ada picture ramai sikit.haha

Mak Abah purple yaw

Raya Family potrait pun haru biru dengan Kak Pia muncung sedepa, Adik Aryan dah tak bagi kerjasama dok merengek ja sepagi. Redha ajelah ada anak kecik jangan mimpi nak dapat gambar elok. Aku pun dah serabut dengan Aryan, tak feel dah nak selfie ka wefie dengan en suami, bertekak lagi ada..padahal baru salam raya.hahaha

Ni ja gambar raya yang ada.hihi

Dalam pukul 11 lebih dah bertolak balik SP. Raya pertama kena kerja petang. Macam tak raya sangat pun.huhu..

Pulun selfie bukti duty dihari raya.hakhak

Menu raya nasi minyak dengan ayam masak madu, daging dendeng, kurma kambing dan dalca.

Kelam kabut tapau segala kuih raya, kek raya, nasi, ketupat dan rendang at last tertinggal ketupat.Nasib la ada nasi kalau tak kebulur la.haha..Habis kerja pukul 7 terus pecut balik Penang. Nanti sambung cerita raya @ Nibong Tebal.



Friday, June 30, 2017

Resepi Biskut Jejari Nestum Sedap



Orang dah nak habis raya aku baru nak share resepi biskut raya.haha. Mood cerita raya belum mari..so kita share resepi dulu ye. Antara semua biskut raya yang aku buat 1 ni paling laku..so makna kata biskut ni sedap la kan..Siap ada yang demand suruh buat lagi tahun depan, better kita tempek resepi kat sini senang nak refer nanti.

Aku punya versi tak rupa jejari sangat la hentam kromo bentuk gabak. Aiman panggil kuih gergasi.hahaha


Biar rupa tak elok janji sedap.kiki

Disebabkan malas nak taip aku tempek terus resepinya. 


Aku ganti serbuk koko dengan milo. Sukatan milo pun aku lebihkan ikut suka. Walnut aku skip, nestum tu main campak camtu ja takda nak ramas-ramas blend ikut resepi asal. Untuk salut tu aku guna susu tepung semata tanpa gula aising. Tak suka manis sangat..susu saja pun dah sedap gila. Standart la bab derhaka resepi ni jangan nak skema sangat.haha..





Friday, June 23, 2017

Daftar Afia Sekolah



Kami dah daftarkan Afia ke pra tahun depan. Insyaallah kalau dapat senang dah tak payah fikir mana tadika nak hantar. Tahun depan 5 tahun dah ye baby bambam ibu. Rasa macam baru je tengok Afia baby, sekarang dah pandai melawan cakap, very independent semua nak buat sendiri.

Macam biasa nak isi form mesti kena tangkap gambar. So kami ke Central Square bawak Afia masuk studio.haha..Musim raya kan model cilik mood baik rajin nak posing so kita layankan aje.huhu..






Dah lama tak masuk sini tak perasan kedai gambar dah takda kat bawah. Ibu dengan abah menonong ja masuk kedai kata nak tangkap gambar pastu tengok2 rupanya kedai cermin mata.hahaha gelak besar disitu tersalah masuk kedai.

Ok action smile!


Gambar pertama Afia

Afia dah tak sabar nak sekolah. Next year kita tengok kerenah dia mulakan persekolahan camna. Don't cry ya Kak Pia.hihi..