Pixajoy

Wednesday, February 04, 2015

Cara Mudah Paksa Diri Menabung



Aku terbaca link difacebook mengenai tajuk. Sejak tahun lepas aku dah mula bertekad nak menabung setiap hari. Bukan banyak, aku simpan cuma RM1 sehari. Jadilah dari tak menabung langsung. Paling busuk pun lepas juga untuk barang kelengkapan sekolah Aiman tahun depan.

Artikel yang aku baca tu dia kata sediakan satu tabung dengan misi tabungan. Contohnya tabung untuk kelahiran baby baru, tabung percutian dan sebagainya. Mula menabung hari pertama RM1, hari kedua RM2, hari ketiga RM3 dan seterusnya hingga capai jumlah maksimum mampu kita simpan..Katakan RM 10 sehari, maintain simpan RM10 hingga sampai target masa yang kita mahu.

Aku share benda ni dekat en suami, beliau pun setuju nak buat tabungan tapi dengan misi dan target yang belum pasti. Yang pasti kami tak ikut step yang dinyatakan. Kami setuju secara statik terus simpan satu jumlah setiap hari. Syaratnya tabung tak boleh letak kat rumah. Kalau letak kat rumah memang dah bertahun buat, end up akan terguna jugak duit tabungan tersebut.hehe..

Aku akan simpan dalam loker berkunci dipejabat. Harapnya dapat menabung secara istiqomah. Sempoi je bekas jajan buat tabung. So sekarang ni kena jadi bendahari handle dua tabung la.haha..…









Burger Fruit King & Omaq Charkoteaw



Entry makan-makan balik kampung tempohari. Ni entry terakhir, tak payah nak juih mulut sangat ok.haha..

Jumaat. 

Lepas balik dari Penang Hill kami singgah makan dekat Fruit King. Ni kali ketiga repeat makan sini, lepaskan kempunan tempohari tak dapat pekena burger besar. Fikirkan anak-anak tengah tidur, aku tunggu dalam kereta sementara en suami dan abang pergi order. Bila dah sampai ordernya baru rodger aku.

Alhamdulillah ada rezeki abang nak makan burger besar. Mula-mula depa terkejut en suami dan abang datang berdua order burger besar. Apa ingat burger yang 6orang makan tu tak boleh habis ke?Tengok perut laki aku la.kehkeh..

Bila burger dah sampai, en suami datang ke kereta dan kejutkan Aiman untuk makan. Afia dari mula aku angkat sampai kami sudah makan, masuk kereta semula tidur tak sedarkan diri. Nampak jelas penat sakan berjimba dekat Penang Hill. Sampai rumah nak tukar baju dan drypers baru dia jaga. 

Aiman muka mengantuk senyum jugak bila kita snap. Good boy sangat!



En suami repeat order air chocolate banana large macam haritu. Abang minum karot susu. Aku dengan Aiman tumpang minum air en suami saja. Unfortunately burger kali ni banyak kurang dari segi rasa. Daging nipis, roti terlalu tebal, kuah black pepper pun cair. Serba serbi kurang tak tau apa hal. Ni pun licin sebijik burger kami empat orang je belasah padahal en suami dah soru sepinggan nasi goreng sebelum burger sampai. Lapar punya pasal kan.haha

Rasa frust jugak kenapa burger kali ni kurang sedap. Harapnya hari tersebut saja kami agak unlucky. Sayang kalau tak repeat  makan kat sini lagi. Makanan lain semua sedap. Tauke kedai pun peramah. Apa pun Alhamdulillah kenyang.


Sabtu. 

Lepas menjala dekat Pasar Kemboja Parit Buntar aku demand nak makan charkoteaw. Selalu kami pekena charkoteaw dekat Along, tapi Ain kata sate daging dekat Omaq lembut dan sedap. Nak makan sate punya pasal kami pun ke Omaq. Omaq charkoteaw ni lokasinya sebelah Fruit King. Dua hari berturut-turut la makan dekat jam besar.

Rupanya tak ada rezeki kami. Sate daging habis, tinggal 7 cucuk, jadilah buat lekat celah gigi merasa sorang secucuk, selebihnya order sate ayam. En suami komplen charkoteaw hangit dan masin. Mujur ada lada jeruk pembangkit selera. Aku yang biasanya suka komplen makanan, makan tak banyak cakap. Lapar wey penat bakar lemak shopping tadi.hehe

Aku memang lebih prefer charkoteaw Along dari Omaq. Bagi aku, area Parit Buntar ni, charkoteaw Along jugak terbaik. Senang cakap antara lokasi wajib kalau balik kampung. 


Selesai makan, hantar abang dan Ain balik rumah, angkut semua beg masuk bonet, kami terus bertolak balik Sungai Petani.









Tuesday, February 03, 2015

Richeese Ahh



Bila datang meroyan update, jajan pun masuk blog.hakhak..

Tauke kedai aku selalu singgah kata sedap sangat. Tengah hot benda ni kata dia. Benda berkait rapat dengan cheese memang aku tak tolak. Cuba dulu tiga peket, sorang satu untuk aku, aiman dan afia. Satu dah seklamat Aiman belasah.


Boleh tahan sedap. Rasa saling tak tumpah macam smarties cheese. Ohh macam banyak perasa tak sesuai untuk si bambam. Katanya bergizi vitamin, tapi kalau dah namanya jajan boleh percaya ke?hehe


Model richeese seksi OK! Jangan kata nak ikat rambut, nak sikat rambut pun jenuh tahan telinga dengar dia jerit. Semput nak kejar dia satu hal.







Menjala Di Pasar Kemboja Buntar




Masih berkisah cerita balik kampung.hehe..Petang Sabtu demand dekat en suami ke Pasar Kemboja. Pasar sebenar buka pagi Sabtu sahaja, tapi kat situ ramai gila orang. Lagipun Ain (adik bongsu yang disalah tafsir tu.hehe) kata depa jual murah hanya untuk yang beli pukal. Setakat nak beli sepasang dua, baik ke Pasar Buntar. Lokasi Buntar berdekatan Econsave Parit Buntar.

Pasar Buntar dibuka setiap hari sampai malam. Kat sini barang jual dalam bangunan, takdelah bersesak dan berpanas. Material sama cuma tak sebanyak actual pasar kemboja yang tepi jalan aku kata buka Sabtu tadi. On the way sempat wefie dalam kereta. Ain punya kerja layan je.huhu


Ni kira baru kali kedua aku kesini. Kali pertama masa raya tahun lepas. Pasar ni pun kira baru buka juga. Yang pasar Sabtu tu je sejak zaman aku anak dara dah ada. Puas shopping dekat pasar kemboja sebab harga murah, barang pun kualiti. Dah namanya blogger tak sah kalau tak snap picture bukti sampai sini. Kalau sekali pandang tak nampak pun ada blogger tersepit di celahan tudung. Rambang mata tak ingat. Kerja Ain sekali lagi.haha


Lebih kurang satu jam setengah kat sini dapat juga aku menjala sehelai inner shawl, dua helai blouse, sehelai skirt dan dua helai instant shawl. Padan je en suami datang awal, kalau tak, harus shopping selagi tak rabak poket.


Jumpa gambar ni dalam handphone en suami. Pakwa tengah melayan fia naik gelongsor. Minta en suami bawak budak berdua tu main kat playground sementara aku ditemani Ain dengan misi menjala. Kalau ada si bambam memang tak dapat la nak membeli apa.



Apa pun terima kasih en suami kerana sudi menjaga anak dan bagi peluang aku shopping. Bukan senang tau nak dapat chance. Lepas ni setiap kali balik kampung boleh kot demand lagi macam ni.hahaha