Pixajoy

Saturday, March 08, 2014

Video Afia : Ulat & Berdiri




Aksi Afia main dengan ulat, mainan pertama Afia. Ulat ni dah tak musical lagi. Bateri dah habis kot. Dulu masa beli Afia masih new born, nak pegang pun tak reti. Sekarang kepala ulat pun dia makan.hehe




Video masa Afia baru dapat akal. Sekarang dah terer dah berpaut sendiri berdiri tanpa kita pegang. Selamber dia berenang atas meja abang Aiman ni siap aksi kodek kaki. Afia juga tengah seronok jadikan badan kita bahan untuk dia berpaut dan berdiri. Kalau dilepaskan berdiri sendiri, lama dah dia dapat bertahan. 

Tadi pagi kat opis ibu, ibu kalih sat nak bukak loker, tengok2 dia dah turun dari katil elok je berdiri kat bucu katil tersengih-sengih nampak gusi dia yang takde sebatang gigi tu dengan muka tak bersalah. Terkojut omak!







Thursday, March 06, 2014

Kerana Dia




Tintong kepala aku hari ni. Siapa tak sayang laki oi konon tak dapat nak lelap mata selagi cinta hati tak jumpa doktor. Faham sajalah hospital kerajaan, bukan sebab servis tak bagus, tapi nak dapat rawatan tu beruban janggut kena tunggu. En suami bukan kena warded, cuma pergi dapatkan rawatan. Bertolak ke hospital ditengah malam. Selesai semua lebih kurang pukul 4 pagi. Puncanya pergelangan tangan sakit, mula bengkak hingga berterusan sakit yang amat. Urat masuk angin istilahnya lebih kurang macam tu kot. Dah tak dapat tahan sakit sangat tu minta doktor inject. 

Bukan diri aku dalam blog menaip pagi tadi dalam keadaan melayan perasaan risau dan sedih. Hari lahir bagi kami tiada yang istimewa sangat melainkan ucapan tanda ingatan. En suami muda setahun dari aku kalau ikut tahun. Kalau ikut bulan, aku tua 7 bulan. Dulu masa nak mengayat, en suami tipu kata umur sebaya aku. Aku memang tak suka lelaki muda, malah yang sebaya pun bukan taste. Takdir Allah jodoh bukan kira umur ye tak.

Tak sampai dua jam aku tidur malam tadi. Awal pagi uli tepung buat pizza lagi. Kali ni topping udang besaq gedabak untuk birthday man. Lepas hantar Aiman sekolah aku teman Afia tidur sejam dua. Bangun Afia baru kelam kabut memasak semua. Dekat opis petang tadi dapat la aku lelap tak sampai setengah jam. En suami dah mula kerja. Afia pun dah sembuh. Terima kasih pada semua yang mendoakan. 


Disebabkan aku dah tintong, aku mahu beradu. Esok kerja office hour. Daa..









Hari Tua Encik Kutu



Dihari tua yang ke 29, dia keseorangan di hospital. Bila isteri kata pergi saja yang berbayar, dia berkira-kira. Bukan wang tak ada, tapi itulah dia. Kedekut dengan diri sendiri. Apa saja untuk anak isteri. Dalam keadaan begitu, dia masih tak mahu isteri risau. Dia rasa sayang kalau esok tiada rezeki untuk kami. 

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK DIA. SEMOGA DIA SENTIASA DIBAWAH LINDUNGAN ALLAH TAALA. KAU PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN PEKERJAAN DIA YA ALLAH.

Ini bukan kisah sedih mana. Dia malah bergurau senda, isteri yang ketawa air mata. Doakan lelaki yang isteri dia cinta ini cepat sembuh. 





Wednesday, March 05, 2014

Checkup Afia 10 Bulan



Semalam lepas hantar Aiman ke Kafa aku terus bawak Afia ke RSAT chekup untuk 10 bulan. Semua perkembangan Afia normal berada pada graf yang sepatutnya. Nurse cuma uji sama ada Afia dah boleh guna ibu jari dan jari telunjuk untuk ambil benda. Afia memang expert la nurse. Semua benda kecik-kecik kat lantai macam sampah dia memang suka kutip. 

Bagusnya Afia ni dia tak suka mengutip masukkan benda dalam mulut macam baby sebaya dia. Kalau Afia dapat dia just belek-belek benda tersebut dengan penuh kusyuk. Yang tak bagusnya semua benda dia suka jilat. Muka ibu ni memang dah selalu kena jilat, tapi kalau sampai kadang-kadang lantai rumah pun nak jilat apa kes?haha

Macam biasa berat naik sikit je. Nurse kata panjang Afia naik banyak. Patut la Maktok Acu semua dok kata Afia ni tinggi. 


Berat : 8.65 kg
Panjang : 73 cm
BMI : 16.2
Lilitan kepala : 44 cm


Budak tak berapa sihat tak mau pandang kamera ye. Ibu ni sekarang datang penyegan muka malas pakai bedak kedut seribu kang pengsan plak tengok kalau tetiba ibu selfie. Tu pun sesekali nak enterframe jugak kan.kehkeh..