| Simple Ayam Panggang : Lada hitam+bawang merah+bawang putih+halia (ditumbuk), serbuk kunyit dan garam. |
Sedar tak sedar hari ni dah 30hari aku berpantang. Tak lama lagi je nak raya.huhu. Dalam menu berpantang selepas bersalin, aku cuma makan ikan tenggiri. Dekat rumah aku ni pun memang jarang beli ayam. Bila takde ikan sangat baru en suami beli ayam. Ayam sekarang cucuk sana cucuk sini bukan bagus sangat pun makan. Tapi serius kan ayam memang sedap.
Sejak kecik aku dah set dalam kepala otak yang ayam kategori benda tak boleh makan bila luka. Boleh sebabkan gatal dan bernanah. Sebab tu masa pantang anak sulung dulu aku tak pernah sentuh ayam atau daging. Kali ni berani cuba pun bila luka dah sembuh. Sedap kot tengok en suami,Aiman dan adik aku makan nasik ayam. Takkan nak telan air liur je.haha..
Mungkin takde bukti saintifik mengatakan orang dalam pantang tak boleh makan ayam, seriously selagi luka tak sembuh aku memang tak berani. Orang kata kalau ayam kampung elok untuk orang berpantang, sekarang ni susah kot nak carik ayam kampung.
