Pixajoy

Tuesday, March 06, 2012

Fakta Dan Mitos Tentang Kecantikan



Semua orang mahu memiliki wajah dan tubuh badan yang cantik. Namun kadang-kadang kita terlalu percaya kepada mitos tanpa mengetahui apa fakta sebenarnya. Berikut beberapa mitos dan fakta tentang kecantikan : 


Mitos : Waktu aku kecik-kecik dulu, aku pernah terdengar yang jika kita mencabut sehelai uban, akan tumbuh lebih banyak lagi uban. 
Fakta : Uban sebaiknya tidak dicabut kerana boleh merosakkan folikel, saraf-saraf dan juga akar rambut. Jika akar rambut ini rosak, ia boleh menyebabkan terjadinya infeksi. Selain itu kebiasaan mencabut uban juga boleh menyebabkan rambut menjadi nipis. Uban akan kelihatan lebih banyak, meskipun sebenarnya jumlah uban yang muncul di rambut itu tetap.

Mitos : Rambut harus dicuci setiap hari.
Fakta : Salah. Deterjen yang terkandung dalam shampo membuatkan rambut semakin rapuh dan kering terutama bagi yang mewarnakan rambut. 

Mitos : Tidak perlu memakai sunblock (krim pencegah sinar uv) ketika cuaca mendung atau di dalam ruangan yang dingin.
Fakta : Sunblock sebaiknya kita pakai meskipun cuaca dingin atau mendung. Ini kerana ketika cuaca mendung pancaran sinar ultraviolet (UV) sebenarnya adalah lebih kuat dibandingkan hari panas biasa yang boleh merosak kulit. 

Mitos : Kertas minyak akan membuat kulit tambah berminyak.
FaktaFungsi kertas minyak sebenarnya memang untuk menyerap minyak berlebihan pada kulit wajah. Walau bagaimanapun, muka akan lebih berminyak jika kita menekannya terlalu keras. Ini juga membuatkan kotoran dan minyak di wajah menjadi tersumbat di pori-poriJika menggunakan dengan betul, kertas minyak tidak akan menambah kadar minyak di wajah.

Mitos : Jangan segera mandi selepas bersukan.
Fakta : Jangan sekali-kali enggan mandi setelah bersukan. Ketika aktiviti sukan, tubuh memproduksi sebum yang bila tidak dibilas akan menghambat pori. Bakteria mudah bersarang di keringat dan minyak.


Mitos : Jika kulit berminyak, selalulah basuh dengan pencuci muka.
Fakta : Merawat kulit berminyak memang tidak semudah merawat kulit normal. Minyak yang menempel di wajah lebih  terdedah terhadap debu dan kotoran yang boleh menyebabkan jerawat. Minyak di wajah tetap diperlukan dalam kadar tertentu. Jika semua minyak yang ada di wajah dihilangkan, iritasi boleh berlaku. Penggunaan pencuci untuk membersihkan wajah maksima boleh dilakukan empat kali sehari. Pencuci yang digunakan pun mesti khusus untuk kulit berminyak yang memiliki kadar pelembab dan minyak seimbang.

Mitos : Krim kolagen membuatkan kulit lebih lentur 
Fakta : Kolagen adalah molekul dengan ukuran besar, sehingga sulit untuk masuk menembusi lapisan kulit. Cara paling efektif untuk memasukkan kolagen ke dalam kulit adalah dengan menyuntikannya, bukan dengan mengoleskan di permukaan kulit.

Mitos : Pelembab dapat mencegah timbulnya kedut.
Fakta : Manfaat utama pelembab adalah mencegah kulit kering. Efeknya pun hanya berlangsung beberapa jam. Pelembab memang membuat 
kulit terasa nyaman kerana mengisi garis-garis di wajah. Namun pelembab tidak mampu mencegah timbulnya kedut tambahan lagi hendak menghilangkannya. Pelembab tidak boleh menembus lapisan kulit yang dalam. Padahal di lapisan itulah mulai terbentuknya kedut.

*Kalau macam ni tak gunalah SRG aku.haha..




Happy Birthday Sayang






I love you when you're near me
Or when you're far away
And I'm really glad I've got you
Cause I love you more each day

Happy 27th Birthday Sayang!


*Sokongan korang masih diperlukan di ENTRI SAAT KERIANGAN AIMAN YANG SUKA BERKUBANG. TQ





Monday, March 05, 2012

Tips Amalan Ketika Anak Tidur




Mungkin antara kita sudah sedia maklum tentang perkara yang patut dilakukan ketika anak sedang tidur. Tapi aku tetap nak berkongsi dan nak tempek kat sini sebagai rujukan. 





  • Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau sebanyak 100 kali. 
  • Membaca surah Al Fatihah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali. Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru nama penuhnya. Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. 
  • Amalkan selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita, seperti air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak. 

Sebagai ibu bapa, eloklah kita menjadikankan ini sebagai amalan. Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat hendaknya. Amin..






CONTEST SINOPSIS ‘SAYANG CIKGU KETAT-KETAT’



Jom teroka novel nukilan rafinamimi.com, kisah percintaan penuh ranjau antara Nurul Anis dan Cikgu Safarin dalam SAYANG CIKGU KETAT-KETAT. 


Sinopsis SCKK

Dilahirkan dalam sebuah keluarga miskin, Nurul Anis menggalas tanggungjawab yang besar sebagai anak sulung. Gadis cantik berperibadi mulia ini punya cita-cita tinggi. Dia cekal mengharungi hidup serba kekurangan dengan ketabahan demi pelajaran. Ayahnya hanyalah seorang pekerja kilang papan yang sering sakit-sakit. Kepayahan hidup hampir memaksa Anis berhenti sekolah.


Kehadiran Cikgu Safarin, guru muda yang baru ditukarkan kesekolahnya memberi sinar baru dalam hidup Anis. Cikgu Safarin sering membantu Anis dari segi kewangan. Pertolongan demi pertolongan diberikan hingga Anis terjerat cinta dengan guru sendiri. Hubungan Anis dan Cikgu Safarin dicemburui ramai di sekolah. Anis difitnah dan dilemparkan dengan pelbagai tomahan. Gosip liar tentang hubungan mereka memburukkan lagi keadaan. 


Akhirnya Anis dan Cikgu Safarin disatukan dalam ikatan perkahwinan. Walaupun belum bersedia menjadi seorang isteri, kesempitan hidup membuatkan Anis akur dengan jodoh. Perkahwinan yang dibina bahagia hinggalah muncul seorang wanita bernama Aida. Bekas tunangan Cikgu Safarin itu menyemai bibit cemburu dihati Anis. Kerana salah faham, berlaku satu insiden pergaduhan besar dalam rumahtangga mereka


Ketabahan Anis diuji lagi. Suaminya koma setelah terlibat dalam kemalangan. Tiba-tiba Aida muncul mengaku Cikgu Safarin ingin mengambilnya sebagai isteri kedua. Bagaimanakah keadaan Cikgu Safarin selepas itu? Mampukah Anis mempertahankan rumahtangga mereka? Berjayakan Anis mencapai cita-citanya? 


Klik banner untuk usha hadiah paling comel dari SENARAI SPONSOR paling comel berikut : - 
  1. MR.YIE
  2. ABG TEROR
  3. WANCIKGUMUZIK
  4. ZN SERI ADUNAN ENTERPRISE
  5. JOSREVALUTION
  6. HARU ELIE