Pejam celik besar dah anak dara ibu. Tak puas lalui fasa golden age tapi kena terima hakikat yang ibu pun makin lama makin tua. Jumaat lepas check up RSAT timbang berat Afia 21. 7 kg, Tinggi 114 cm, BMI 16.6. Alhamdulillah membesar sihat dan cerdik.
Mood baik tak payah ajar la dia pose. Hebatnya kamu.. Yakinnya kamu. Kan model!haha
Girls day out. Boleh jadi geng shopping ibu dah
Geng jogging ibu juga. Tapi sekarang susah dah nak jogging adik takda orang jaga, tukar jadi geng zumba ibu kat rumah.
Kek buah ibu buat untuk harijadi tempohari. Sebab ibu diet kek buah je la lebih sihat dan berkhasiat.
Sambut birthday dengan anak-anak mak mengasuh dia. Bulan Mei 4 orang sekali termasuk Afia
Tudung-tudung ibu zaman jahiliah dah boleh turun ke Afia.
Aktiviti luar tengok wayang dengan cikgu. Kat sekolah dia macam pembantu cikgu dah tau, garang lebih dari cikgu.
Bulan puasa ni dah mula rajin solat, semangat belajar bangun sahur dan puasa. Alhamdulillah pelan-pelan kita hafal bacaan dalam solat.
Kaki melaram. Ibu pi work muka bedak pun malas tempek, dia dok rumah pun lipstik merah terang.
Happy belated birthday Kak Pia. You glow as you grow.
2 comments:
happy belated birthday kak pia...moga jadi anak yg solehah
happy belated besday afia...semoga jadi anak yang solehah, cemerlang dunia dan akhirat.
Sama umur dengan anak dara saya ni
Post a Comment